NUFFNANG

Jumaat, 27 Februari 2015

ubat expired


~ Assalammualaikum ~

Salam jumaat buat kwn2 semua...

Ada x kwn2 yg bersemangat membeli supplement tapi bila nak mengamalkannya
hanya hangat2 tahi ayam?!! hahahaha.....mungkin adakan..T__T.....

Samalah ngan kak nurul.........dgr org atau kwn ambik nie,nak ambik jgk....
mengikut........eheheh bukan mengikut tp nak mencuba!
Tapi sayangnya x konsisten,....huhuhu......
itu yg byk supplement expired  x hbs mkn.
Salah satunya vitamin B-complex nie....
dah satu lg kat rumah alfafa expired bln 2 nie.

Susahkan nak konsisten....

Tapi ada satu blog kak nurul baca supplement Shaklee nie yg dah expired
boleh lg dimkn,tp khasiatnya xlah sama spt blm expired.....



Jadi adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh? 

Jawapannya cukup mudah!
SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum dariapda penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akn kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan beli baru

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?
Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?
Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapanterbentuk dalam botol. Sebanrnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dr awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh. 

Sumber: SINI


Vitamin B-Complex x habis mkn.......terpaksa di letgo...
letgo kat opis,x berani letgo kat rumah,nanti hubby jumpa.....hahaha......

Expired thn yg lalu dah....

Khamis, 26 Februari 2015

Satus Non-Glitterati


~ Assalammualaikum ~

Hampir seminggu x bukak ac nuffnang,rupa2nya status kak nurul Non-Glitterati...
Bila jd Non-Glitterati pun kak nurul x tahu.
Jadi htrlah ticket ke nuffnang,tanya kenapa....

Pagi kak nurul htr tiket dan mlmnya baru diorg reply.
Nak tahu kenapa???
Bacalah sendiri jwpnnya,hehehe!!



Setahu kak nurul blog akak xdelah iklan pesaing nuffnang nie.....
dan apa yg kak nurul faham apa yg dijwbnya di atas ialah
blog kak nurul status aktif tp bila crawlers detect blog kak nurul nie ada
masa xde pengunjung.....jadi status aktif tu x relevan dan blog kak nurul
dianggap spam....itulah dpt status Non-Glitterati....
Tp hari nie dah blk ke status Glitterati.....
So pengajarannya kena update blog tu wlupun satu entri satu hari
dan aktifkan blk BW tu.....

*Nampak sgtkan entry2 yg sblm nie xde org cari dan baca.....sedeynya

Isnin, 23 Februari 2015

Proton ambil berat isu Exora terbakar


~ Assalammualaikum ~

Minggu lps kecoh kes kereta Exora yg terbakar di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(LPT2),
menjadi viral di laman sosial dan dikatakan berpunca dari tangki minyak yg diisi penuh sgt
spi xde ruang dlm tangki minyak itu utk melepaskan udara............
Takut jgk bila baca,sbb selalu jgk kak nurul dan hubby isi minyak full tank.
Tapi  minggu lps pihak  Proton Holdings Bhd(Proton) jgk telah berkata akan menyiasat
secara terperinci puncanya,dan tunggulah kita apa sbb yg sebenarnya..........



KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari lepas.
   
"Kenyataan di media sosial mendakwa bahawa kebakaran Exora tersebut adalah berpunca daripada peningkatan suhu akibat terlebih isi bahan api, manakala ada yang menghebahkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan tangki minyak yang bocor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Proton sedang melakukan siasatan terperinci dan telah menghubungi pemilik kenderaan itu untuk memastikan kesejahteraan beliau dan keluarganya serta bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.
   
"Kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.
   
Pembuat kereta nasional itu memberitahu, ia tidak berkompromi dengan mana-mana isu kualiti yang akan menyebabkan enjin atau keretanya mengalami masalah.
   
Proton Exora merupakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara, dengan lebih daripada 140,000 unit terjual di seluruh dunia. - Bernama


Proton ambil berat isu Exora terbakar


Sumber:Sinar Harian

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut


~ Assalammualaikum ~

Minggu nie Malaysia dijangka mengalami musim panas.
Hari nie pagi2 msk opis dah panas........)*  panas sbb ekon x on lg...
biasanya msk opis dah sejuk.........hahaha >< >< ><........  ingatkan sbb fenomena nie!
Syukur alhamdulillah dlm kul 11 nie dah rasa sejuk cam biasa.
Semoga ada turun hujan dlm minggu nie utk sejukkan sikit.

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.


Sumber: Utusan Malaysia

Khamis, 19 Februari 2015

Jom Sarapan Bersama


~ Assalammualaikum ~

Jom kita beraerobik slps tu barulah bersarapan.......
Sebenarnya nie adalah program sklh anak2 kak nurul.
Program nie klu x silap buat bln 1 hari tu.
Ok jgklah sklh buat program nie,
sambil2 bersarapan tu ada berbincangan ,soal jawb ibu bapa dgn 
pihak sekolah.
Tentang makanan plk, buat pot luck.
Ada mcm2 makanan yg parent bawa.
Kak nurul bawa kuih seri muka, buat sendiri mlm tu.








Kuih seri muka nie kak nurul bawa sklh

yg nie plk tinggal utk org di rumah mkn




P/s: Hari nie CNY....




Rabu, 18 Februari 2015

Kelab Pengasuh Putrajaya


~ Assalammualaikum ~

Di sini kak nurul nak kongsi Kelab Pengasuh Putrajaya.
Dgn adanya kelab Pengasuh nie di FB  akan memberi byk manfaat kpd
ibu bapa yg nak mencari pengasuh anak2 mereka espp mereka yg duduk 
Putrajaya.

Masih kak nurul ingat lagi mula2 dtg kat Putrajaya nie susahnya nak cari
pengasuh,sampaikan si Izzat kak nurul tinggalkan dgn MIL di Melaka
utk dibela.

Skrg semuanya ada di hujung jari.......
Zaman it katakan.



Wordless Wednesday


~ Assalammualaikum ~



= Kisah minggu lps

= kuatnya angin spi berkali2 ampai kak nurul tumbang
wlpn kakinya kak nurul dah timpa ngan batu bata.......






P/s: Semuanya kuasa Allah SWT

Selasa, 17 Februari 2015

Biskut celup coklat ala2 Pepero


~ Assalammualaikum ~


Mlm tadi mood rajin buat biskut coklat nie,
Biskut nie dah lama kak nurul beli dan simpan sbb nak buat 
celup coklat. Kak nurul cairkan coin coklat dan celup dgn biskut nie
dan letak atas redai,kemudian taburkan dgn kepingan badam.....
Sedap jgk tp x dptlah nak lawan pepero tu..........<> <> <>
Cubalah kwn2..........




Sbb2 mesin basuh x boleh SPIN


~ Assalammualaikum ~

Lamanya x update blog.Malas sgtlah....dah xleh nak lawan, lg2 ditambah dgn
bz kerja sikit2.Memang x berupdatelah blog............)(

Hari nie nak sekadar berkongsi pasal mesin basuh.
Setakat nie mesin basuh kak nurul dah sekali berganti since kak nurul beli
thn 2001. Mesin basuh yg pertama kak nurul beli Panasonic dan thn lps dah
rosak dan kedai yg repair pun ckp xleh nak repair lg sbb alat ganti yg
digunakan mesin tu dah x klr............* boleh percaya ke

Sbb masa tu kewangan pun x seberapa nak ada,jadi kita belilah mesin basuh
jenama samsung di kedai tu jgk....mesin second hand yg hanya ada basic shj.
Menurut tuan kedai tu(Pakistan) di Dengkil mesin basuh tu lps student u pakai,
sbb student dah habis belajar dan diorg pun beli share2,jadi diorg jual situ.

Minggu lps mesin basuh tu xleh nak spin.....bila time spin dia akan bertukar 
function ke isi air blk nak cuci lg..................
klu nak cuci lg,spi ke sudah x siap baju dicuci tu....
last2 hubby call kedai tpt beli mesin tu tempohari,diorg dtg nak cek,siap bawa lori
lg standby nak angkut mesin basuh tu.

Tapi diorg cuba buka dulu tgk situ...........

nak tahu apa sbbnya?

Mesin tu xleh nak spin sbb byknya duit syiling kat bwhnya.......
agaknya dah berapa lama mesin basuh kak nurul nie menabung...........
Nasib baik blh pki lg.....
Betapa susahnya kak nurul klu mesin basuh rosak espp. nak spin tu,
sbb kak nurul selalu jgk cuci tgn dan hanya spin saje dlm mesin basuh...
ok lg klu mesin basuh tu blh spin........

So siapa yg nak dipersalahkan......kak nurul jgk,sbb kak nurul yg mencuci
di rumah tu.....si kakak ada jgk sekali sekala.........


Pengajarannya

Kena check betul2 poket seluar dan baju tu takut ada duit syiling lg.....

klu ada tisu.....hahaha lg lah haru sbb semua baju kena cebisan halus tisu. 


siap ada duit token lg tu................
P/S: Slps tukang baiki tu blk,kak nurul tanya hubby ada tgk tak diorg buka dan buat,klu nanti xleh spin boleh buka sendiri....jadi mekanik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...