Isnin, 26 Januari 2015

Izzyan minggu pertama persekolahannya


~ Assalammualaikum ~

Alhamdulillah hari nie dah msk minggu ke 3 anak2 sklh utk sessi 2015.
Izzyan pun dah sikit2 boleh menyesuaikan diri di sklh tu.
Minggu pertama persekolahan tu kak nurul ambik cuti 2 hari dan hubby 3 hari
sbb nak htr iyan masuk thn 1. Minggu pertama tu Iyan adalah rasa takut ke
sklh sbb kata dia banyak yg dia x tahu.Waktu perhimpunan sblm masuk kelas
si iyan asyik pandang2 kak nurul di blkg tu sbb x nak ditinggalkan.
Klu hari pertama tu parent boleh lg tunggu kat luar klas dan hari kedua,cikgu
klas dah halau....suruh tunggu di kantin shj....huhuhu.....

Hari pertama tu kak nurul dah beritahu iyan klu tiba waktu blk tghri nanti,
turun klas dan tunggu ayah dan mama di dpn gate waktu msk pg td.
Kak nurul tunggu jgk kat lrg dr klas menuju nak ke gate tu,x klr2 jgk dia,
last2 kak nurul pg cari dia di klas,rupa2nya dia masih duduk lg di tpt duduk dia,
dgn air mata dah berlinangan......cikgu klas ada lg situ,menyapu sambil berbual
dgn seorang ibu murid.

Hahahaha.......dah nak menangis dia,rupa2nya dia masih confius x tahu nak blk ke
gate spt yg kak nurul beritahu pg td. So ambik dia bawa blk,kak nurul terangkan dan tunjuk
ikut jln mana, blk kena turun tangga nie,pusing sini dan terus ke gate msk pg td.

Hari kedua pun iyan masih sama,blk tghri dia suruh kak nurul jemput dia kat klas,
sbb dia ckp masih x tahu lg jln blik,so tgri tu kak nurul ajar dia blk,pki jln mana,
sbb keesokkannya kak nurul dah kena kerja dan x sempatlah nak ambik dia di klas.
So skrg,nie iyan lps waktu sklh kena turun kantin plk,tunggu mama dan ayah kat
situ,sbb tghri nak mkn semua situ dan lps tu kena tukar pakaian kafa plk.
Tapi keesokkannya iyan pun xde kat kantin slps waktu persekolahan,ayahnya cari
rupa2nya masih slow2 lg turun dr tangga......ok xpe nampaknya iyan dah 
tahu jln ke kantin,tp cuma lambat ajelah....

Lepas tu,beritahu ngan iyan mcm inilah rutin harian akan dtg,klu habis masa persekolahan
tghri,iyan kena tunggu mama ayah kat kantin,mkn sama2 dan tukar baju kafa.

Tapi thn nie jadual sekolah anak2 semuanya x sama waktu blk.....Si abg najmi waktu
blk setiap hari kul 2.10 ptg,kecuali jumaat kul 12.10thghri,si abg izzat isnin, selasa kul 1.40ptg,
hari rabu kul 2.10ptg sbb koko dibuat pg, dan khamis kul 1.10ptg,jumaat pun sama kul
12.10 tghri,manakala iyan semua blk kul 1.10 tghri dan jumaat pun sama.

Apa yg kak nurul harapkan semoga iyan seronok sklh kat situ dan akan dpt ramai kwn,
risau jgk klu x seronok sklh kat situ.....mcm kakak dia dulu waktu mula2 pindah sini dekat
2 minggu jgk x ke sekolah sbb xleh sesuaikan diri.

Macam mana anak kwn2 yg baru msk sekolah thn nie? 




Bergambar dulu hari pertama persekolahan 2015



muka mcm nak nangis bila tgk mama takde

Dah nak nangis bila tgk mama ayah x ambik kat klas

waktu rehat hari pertama

tgh dengar taklimat di hari pertama

Hari kedua,nak pki tudung,kejap2 betulkan tudung

Nie time kak nurul dtg kat sklh ambik bantuan persekolahan RM100,saje je dia suruh ambik gambar dia.

Khamis, 22 Januari 2015

Running Man Versi Malaysia

~ Assalammualaikum ~
Bagi peminat2 Running Man,Malaysia pun nak buat jgk program realiti mcm tu jgk tau...
Versi Malaysia.
SALURAN TV9 bakal menerbitkan sebuah program realiti sendiri berinspirasikan Running Man yang popular di Korea, mengikut acuan tempatan dan diberi judul Lari.
Ianya dikatakan bakal bersiaran dalam waktu terdekat ini.
Yang menariknya program ini menampilkan hos popular Azwan Ali di samping artis-artis lain seperti Arja Lee, Aisya Hasnaa, Haris Alif dan Afiq Shazwan yang turut bertindak sebagai hos bersama.
Di Korea, program ini dibintangi barisan artis popular sana antaranya Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Gary dan Ji Suk Yin.
Adakah Lari, Running Man versi Malaysia mampu menandingi kehebatan versi Korea yang sememangnya mendapat sambutan hangat di negara ini?
Untuk pengetahuan, Running Man bukan sahaja diminati penggemar muzik K-Pop, sebaliknya orang yang anti dengan muzik K-Pop pun layan program ni tau!
Sama-sama kita tunggu dan lihat sambutan yang diberikan penonton terhadap programLari kelak! -MYNEWSHUB.CC
running man

nie plk di antara pengacara running man versi Malaysia

P/s: Anak kak nurul yg sulung tu pun memang minat running man skrg....

Whatsapp Dinaik Taraf, Kini Boleh Diakses Di Laptop

~ Assalammualaikum ~
MELANGKAH setapak lagi dalam industri komunikasi global, aplikasi Whatsapp kini boleh diakses menggunakan komputer, melalui enjin carian.
Perkara ini disahkan CEO firma itu, Jan Koum yang membuat pengumuman di laman sosialFacebook.
Katanya, “Para pengguna kami di laman web merupakan pengguna tetap aplikasi itu di telefon, dan skrin komputer akan menjadi ‘cermin’ penghubung dari telefon pintar mereka.
“Ia bermakna, semua mesej tersebut akan tetap berada di telefon anda.”
Para pengguna yang mahu mencuba aplikasi itu, boleh melayari laman web khas bagi memuat naik software tersebut. KLIK SINI
Bagaimanapun, telefon pengguna perlu dihubungkan ke web sebelum boleh digunakan dan ia dicipta bagi fleksibiliti terhadap pengguna yang sukar menggunakan dua peranti dalam satu masa.
Buat masa ini pengguna iOS belum dapat menggunakan aplikasi tersebut di produk keluaran Apple, namun ia bakal dilaksanakan dalam tempoh tertentu.
Sehingga kini, Whatsapp memiliki kira-kira 700 juta pengguna yang menghantar 30 bilion pesanan dan ia merupakan jumlah terbesar berbanding kesemua pesaingnya dalam industri sama seperti WeChat dan Facebook Messanger. -Sumber: MYNEWSHUB.CC
WHATSAPP-ON-PC-WHATSAPP-for-PC
P/S:lps nie makin bertambahlah pengguna whatsapp.....

Ahad, 11 Januari 2015

Throwback balik kampung


~ Assalammualaikum ~

Satu pengalaman yg bermakna buat kami satu family bila blk kpg guna kenderaan
awam.Bukan selalu dpt naik bas blk kpg sama2 satu family.
Bermula dari rumah putrajaya hingga ke rumah kpg kami naik kenderaan awam.

Sebenarnya kereta kita waktu nak balik hari raya haji tu eksiden di area higway pluss
Bukit Mahkota,Nilai. Keta kak nurul keta ketiga,ada dua keta di depan,hubby dah
sempat break x melanggar keta kedua,tp keta no 4 di blkg keta kak nurul langgar keta
kitaorg tu yg teruk depan dan blkg kena......keta pertama break emergency,keta kedua x sempat 
break dan melanggar keta pertama,jadi keta pertama tu dah ke dpn sikit,...
Lps tu keta kita pun sempat break tp bergerak ke dpn juga disbb anjakan keta di blkg.
Keta di blkg x leh jln,jem terus....

Syukur alhamdulillah keta boleh jln lg wlpn ada bunyi2 yg kurang menyenangkan.
Sampaikan pg ke nilai,mkn dulu lps tu nak ambik keta satu lg di putrajaya nak tukar.
Tapi fikir2 plk bagus terus bawa melaka dan hantar di workshop sana.
Slps eksiden tu semua keta2 tu ke balai polis berdekatan buat polis report.

Ok,sebenarnya nak cite perjlnn kitaorg blk kpg tadikan!
Dari rumah kitaorg naik teksi utk ke TBS,mesti tahu TBSkan
Bila cal teksi lupa plk nakkan teksi yg eksclusif.....sbb kita family ada seramai 6 org,
xleh guna teksi yg biasa tu,.....sampaikan pemandu teksi tu sikit2 x nak bawa kitaorg.
Oleh sbb terlebih muatan teksi tu jadinya bila dah sampai di TBS kita org diturunkan
sblm pintu utama,sbb pakcik teksi tu takut dia kena saman,dia ckp skrg JPJ nak buat 
operasi pki baju biasa aje,ramai diorag buat operasi di TBS tu......kate dia.
Oleh itu jlnlah jauh sikit kitaorg,sambil hubby pikul beg besar baju kitaorg....
Tambang teksi klu x silap RM30 kot....dah lupa sbb lama dah,hehehe.....

Dah sampai di TBS kita beli tiket di kaunter......beli di kiosk dia pun boleh.
Hari tu kitaorg naik bas Metrobuss,dpt duduk berlonggok di blkg.
Tambang RM10 sorang.....klu blk melaka rasanya setiap jam ada bas....byk.

Ok dah sampai Melaka lbh kurang 2 jam,sbb ada jem sikit....
Dari Melaka Sentrall kita org naik lagi bas Panorama utk blk telok mas.
Tambang klu x silap RM2 sorang termasuk kanak2 pun sama.

Bila dah sampai di telok mas,jauh jgk nak msk dlm rumah mak....jln sikit2
Tiba2 alang ada dan dia ambik pki keta,2 kali angkut,itu pun kita dah jln jauh
dah nak spi rmh mak.

 So blk ke putrajaya balik kita pakai keta dah siap direpair.....
 Begitulah citenya bila lama dah x blk kpg atau gi mana2 pki public transport.
Ada kereta nie skrg bukannya satu kemewahan atau nak menunjuk2 tp ianya
adalah satu keperluan terutamanya bg family yg ramai.....

mimi duduk paling blkg....dah lena diulit mimpi

kakak di Melaka Sentrall

Di dlm bas Panorama

Di TBS,iyan sempat jgk nak bawa anak patung dia ....yg jadi mangsa mak dia kang nak mengheret sana sini.

Sabtu, 10 Januari 2015

Roti kari ayam


~ Assalammualaikum ~

Jom buat roti....
Kali nie kak nurul nak buat roti bun inti kari ayam

Kitaorg dapatlah mkn 2 biji sorang.


Sebenarnya kak nurul guna bread maker utk buat dohnya.
Bahan2 utk roti
Tepung high protin 490g(3 1/2 cup)
Minyak masak 24g(2 sudu besar)
Gula 24g(2 sudu besar)
Air 330ml/330g
Yis 3g(1 sudu kecil)
Minyak masak 24g(2 sudu besar)
Masukkan semua dalam bread makers cari menu doh,
Bila dah bunyi bip boleh matikan bread maker dan uli doh kita bentuk yg dikehendaki.
Selalunya kak nurul bread makers tu uli sampai 1 jam stgh....sbb kak nurul
leka buat kerja lain.... jadi doh dah kembang sikit dan kak nurul klrkan dan uli lg sbb
biasanya bila doh diklrkan 1 jam stgh,dohnya lembik,jadi kak nurul letak tepung sikit 
utk menjadikannya doh yg sesuai keras atau lembut.
Dah uli masukkan inti dan biarkan kembang sikit barulah boleh bakar pd
170-180 celcius selama 20 minit.


Untuk bahan intinya plk...
Isi ayam(agak2lah sendiri byk mana nak inti...)
3 ulas bawang merah
3 ulas bwg putih
sedikit halia
sebatang serai
sedikit serbuk kari
garam dan gula
satu kiub ayam
3 biji kentang
sedikit cili boh


cara2
Blend bawang,serai,halia
Kentang dipotong dadu
ayam dipotong kecik2
Masukkan cili boh,bahan2 yg diblend,masukkan kentang
masukkan ayam,,sedikit air kemudian serbuk kari yg dah 
dikacau dgn  sedikit air
masukkan kiub ayam,letak garam dan gula...
masaklah sehingga ayam dan kentang empuk dan kering sedikit.
Bolehlah dimasukkan inti roti td.





Jumaat, 9 Januari 2015

Hari Orentasi Izzyan


~ Assalammualikum ~


2 hb Januari tu ada orentasi utk murid tahun 1 di sklh Izzyan.
Kak nurul dan hubby ambil cuti masa tu sbb nak temankan Izzyan first time
melangkah alam persekolahan yg formal.

Hari tu adalah taklimat utk ibu bapa dan sessi ambil buku teks di sampung
ukur badan utk order baju sukan.

Di sklh tu Izzyan adalah jumpa 2 org kwn dia sama tadika.
Jadi bergenglah diaorg.

Tgk seronok aje Izzyan pg sklh,dan thn nie cuma seorang je yg budak
menangis,berbanding 2 thn lps sewaktu izzat naik thn 1,ramai jgk kwn2 dia
menangis.

Sebab orentasi diadakan pd hari jumaat,xdelah lama sgt kat sklh tu.
Sblm jumaat dah blk rumah dah....
Harap minggu dpn guru kelasnya tunjuk ajar sekitar persekolahan spt
kantin,bilik persalinan,tandas dsb....
Sbb ari tu diorang xde pun buat itu semua.

~ Okey iyan slmt menempuh alam persekolahan sebenar ~







Sementara tunggu parent siap ambik buku diorg pegi kelas masing2,budak yg sebelah meja iyan tu dah menangis,dan terus blk duduklah izzyan sorang2 buat soalan matematik.


P/s: 2 hb tu hari lahir kak nurul hujung 30an......

Rabu, 7 Januari 2015

Crust Tart

~ Assalammualaikum ~

Slmt thn baru buat semua kwn2...
klu dulu masih di bangku sklh mesti sibukkan nak tanya azam kwn2...skrg nie bila dah berusia azam tu simpanlah dlm hati sendiri,malas nak bercerita pd sapa2 trmsk hubby sendiri.....bukannya apa,sbb 
takut nanti org boring dgr azam kita asyik samanya.....mana x sama klu azam tu x pernah2 berjaya dilaksanakan,huhuhu......

Ok,sebenarnya kak nurul nak share resepi crust tart yg kak nurul buat seminggu sblm ikut rombongan cik kiah ke alor star pd 25 hb 12 hr tu....

Kak nurul nak tulis di sini sbgi rujukan kak nurul sendiri nanti.....biasanya resepi di dlm internet yg kak nurul jumpa butter atau marjerin digunakan x sampai 250gkan! Biasanya butter yg dijual di pasaran kebanyakkannya 250gm spt jenama buttercup,farmcow dsb.Jadi utk menyenangkan kita,kita guna sebuku tu x pyh nak timbang2 lg dah,klu butternya bertambah, tepung pun kena tambah juga....
ok nie bhn dan cara2 membuatnya.

250gm butter
100gm gula aising
2 biji telur
500gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Gaul tepung gandum dgn butter,jadikan mcm serbuk roti,masukkan gula aising,kemudian barukan msk telur yg dah dipukul skjp,masukkan esen vanilla sekali.
bila mskkan telur tsbt jgn msk sekaligus,mskkan sikit2 supaya doh x terlalu lembik.bila dah dohnya ok,stop wlpn ada lg baki telur tsbt.
ok siap doh....dah blh buat crustnya.
kak nurul boleh dpt lebih kurang 65 biji dgn adunan ini.

Utk inti plk blh refer sini






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...