Selasa, 27 Mei 2014

Hargailah waktu sihatmu



~ Assalammualaikum ~


Apa khabar semua kwn2?semoga sihat dan marilah sama2 menghargailah kesihatan yg Allah anugerahkan pd kita yg tak ternilai itu.Pada ahad lepas kak Nurul pegi ambik kakak di KLIA dtg sini semata2 nak ke IJN.Kakak kak Nurul nie dia tinggal di Sibu,dia ditemani husbandnya.Anaknya ada 5 org,dan sementara dia dgn husbandnya berubat kat sini anak2 ditinggalkan dgn ibu dan bapa mertuanya yg dah lanjut usia itu.Baki sekolah 2 hari nie anak2nya telah minta izin kat sekolah cuti terus,sbb xde org yg nak menghantar dan mengambik mereka.Anak kakak kak Nurul yg kecik sekali klu x silap baru 2 ke 3 thn camtu.

Hubby awal pagi smlm menghantar mereka ki IJN sbb appoitment mereka kul 8 pg. Sebenarnya kakak kak Nurul tu ada masalah jantung,disbbkan di kuching xde pakar yg merawat jenis masalah kakak kak nurul nie jadi terpaksalah dia dibuat di sini.Smlm  admit dan hari nie operation,Insya Allah petang karang lepas blk kerja nak pegi melawatnya.Tanya ngan abg ipar sebenarnya operation apa,abg ipar pun x pasti.....so tunggulah ptg karang kak nurul ngan hubby tanya betul2 apa masalah kakak kak nurul nie. Sbb dlm hujung thn lepas dia ada pegi sini dan kursus,waktu tu dia sihat je dan lepas tu dia jatuh sakit,kak nurul tgk perubahan dirinya sungguh kurus berbanding last kak nurul jumpa dia hari tu. Apa2 pun semoga penyakitnya x serius.

Hari nie dan smlm Ijat x sekolah,sbb cirit birit dan demam sikit.Smlm kak nurul bawa pegi klinik dpt mc,hari nie cuti camtu je sbb masih x sihat lagi.Si Najmi smlm boleh bertahan lagi sekolah spi tghri,dan ptg cikgu dah call suruh ambik sbb dia muntah dan demam sikit.Sebenarnya waktu rehat tu guru kelasnya cal ckp Najmi sakit perut dan muntah,tp kak nurul masa tu dah lama klr temankan ijat gi klinik jadi kak nurul ckplah ngan dia suruh bertahan sakit.klu sikit2 x pyhlah nak blk rumah,dan dia kata ok.........kak nurul lupa plk nak beritahu hubby suruh dia ambik ke apa....dah tghri tu ustaz cal kak nurul x dpt jadi dia cal hubby,lepas tu kak   nurul beritahu sebenarnya pagi tu dah cikgu cal beritahu najmi x sihat........tp lupa nak ckp ngan dia...........hehehe sorrylah,ingatkan abg sibuk sgt.,tu yg malas nak ganggu. Last2 hubby klr ambik najmi dan htr blk rumah di samping nak tgk si ijat sekali.

Begitulah bila sikit je Allah duga kita dengan menarik nikmat kesihatan kita,kita dah rasa down sgt2.
Anggaplah penyakit yg dtg pada kita sebagai penghapus dosa2 kecil kita.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa , "dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya".



Jumaat, 23 Mei 2014

Fenomena El Nino



~ Assalammualikum ~

Di sini kak Nurul nak kongsikan pd kwn2 Kenyataan Akbhar dari Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi,
situasi semasa Fenomena El Nino.Marilah kita berdoa semoga Fenomena El Nino kali nie tidak akan
ada effect pd negara kita.




                                                                                                                                                   


KENYATAAN AKHBAR

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
SITUASI SEMASA FENOMENA EL NINO


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada 15 April 2014, fenomena El Nino berkemungkinan besar melanda dunia pada pertengahan tahun ini yang dijangka bermula antara Jun dan Ogos depan, namun demikian masih terlalu awal untuk menentukan tahap kekuatannya.



Fenomena El Nino kebiasaannya mula terbentuk pada pertengahan tahun, memuncak pada penghujung tahun atau awal tahun berikutnya dengan tempoh hayat antara 6 hingga 18 bulan. Kali terakhir fenomena ini terjadi adalah pada tahun 2009/2010 dengan kategori sederhana, di mana ia tidak memberi impak cuaca yang signifikan kepada negara. Manakala El Nino pada tahap kuat yang terakhir berlaku adalah pada tahun 1997/1998, di mana sebahagian kawasan negara telah mengalami cuaca kering dan panas serta dilanda jerebu rentas sempadan yang serius.



Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan diterima akan berkurangan, terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering yang seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan kejadian jerebu tebal merentasi sempadan yang akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar dan pertanian.



Sepertimana yang diumumkan baru-baru ini, Kabinet telah memutuskan tentang penubuhan sebuah jawatankuasa peringkat nasional yang turut dianggotai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dalam usaha menangani fenomena El Nino dan musim kering Monsun Barat Daya. Dalam hal ini, MOSTI melalui MetMalaysia akan memainkan peranan penting dalam memberikan input khususnya apabila berlaku sebarang perubahan cuaca yang dikesan. Selain daripada itu, di peringkat MOSTI, MetMalaysia telah mengambil beberapa langkah awal antaranya:


i. menggerakkan satu Jawatankuasa Khas yang sentiasa memantau dan meneliti perkembangan El Nino;


 ii. memantap dan memperkemaskan penyaluran maklumat perkembangan fenomena El Nino dan cuaca kepada semua agensi kerajaan yang terlibat dalam jawatankuasa, orang awam dan media, melalui kaedah operasi yang telah ditetapkan; dan
     

iii. meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan. Dalam hal ini MOSTI telah memulakan kajian khusus untuk mengkaji dan memastikan pembenihan awan dapat dioptimumkan operasinya



Meskipun tahap kekuatan fenomena El Nino masih belum dipastikan, suka saya menasihati semua pihak untuk membuat persediaan lebih awal bagi mengurangkan impak fenomena El Nino dan cuaca panas Monsun Barat Daya. Antara langkah-langkah awal yang boleh dilakukan ialah:


i. memastikan mempunyai simpanan air yang mencukupi atau menyediakan takungan air tambahan untuk kegunaan masing-masing seperti kolam, perigi dan sebagainya;


ii. berjimat cermat dan mengamalkan budaya penggunaan air berhemah mulai sekarang. Berdasarkan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penggunaan air sehari oleh setiap rakyat Malaysia adalah amat tinggi iaitu 310 liter berbanding syor piawaian antarabangsa PBB iaitu 165 liter, Afrika hanya 50 liter, India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter;


iii. mengambil kira perubahan cuaca ini dalam merancang dan merangka aktiviti luar dalam tempoh masa berkenaan; dan


iv. menggalakkan orang ramai mempunyai simpanan topeng muka apabila diperlukan.
      


Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung fenomena ini termasuklah ramalan cuaca, gempa bumi dan tsunami, sila hubungi talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1MET. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu atau melalui emel kepada mmd@met.gov.my. Pengguna juga boleh melayari laman sesawang rasmi Kementerian www@mosti.gov.my dan Jabatan Meteorologi Malaysia www@met.gov.my.




Sekian dan terima kasih.
Datuk Dr. Ewon Ebin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
19 Mei 2014
Kementerian



                                                                                                                                                    

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Aras 7, Blok C5, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662, Putrajaya
Tel : 603-88858000
Faks : 603-88889070



P/s: Kak Nurul copy and paste je sbb x pandai nak letak format PDF nie ke dlm blog.
Ada x sapa pandai buat dan buatlah tutorial.

Khamis, 22 Mei 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta(Ullumul Quran)



~ Assalammualaikum ~

Ha...) tuuu dia.........
Sapa x kenai?
mesti semua org kenai kan!
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Kali nie dia jadi penceramah jemputan di opis  kak nurul 
dgn tajuk ceramah  di atas.
Memang seronok dengar ceramahnya,
kak nurul langsung x mengantuk wlpn mlm tu tido kul 2 pagi.
Memang khusyuklah dengar ceramahnya.
Dewan pun penuh sampai duduk kat luar lagi,
tue dia ramainya peminat Ustaz Don.

Kak Nurul  kongsi sikit isi ceramahnya,itu pun apa yg kak nurul masih ingat .
Maklumlah dah berusia sikit nie cepatnya pelupa.........))

Tak kenal maka tak cinta nie ialah berkaitan dgn Al-Quran,bukannya
maksud orang tu x cinta orang tu klu x kenaii.
Di dalam Al-Quran klu dihayati dan dikaji terlalu byknya rahsia 
yg menunjukkan kebenaran dan jawapan kpd semua segala aspek.
Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Dalam Al-Quran terdapat pertanyaan dan di dalammnya juga ada jwpnnya.


Menurut Ustaz Don,emak dia htr dia sekolah tahfiz umur dah 18 tahun dan menghafal Al-Quran  
umur 21 tahun ............fuuh...,terangnya hati dia....| dan slps tu sambung belajar di Mesir.

Antara isi ceramahnya yg kak Nurul ingat,Surah Al-Fatihah itu sendiri.
Dalam surah AL-Fatihah ada 7 huruf yg tidak ada dalam surah ini.
Ustaz Don sebut dua je hurufnya iaitu Jim dan  Zho. Selebih hurufnya plk kena
cari sendiri,huhuhu...........Huruf tu tidak terdapat dlm surah Al-Fatihah kerana dikaitkan 
dgn perkara yg x elok spt huruf Jim ----Jahanam dan Zho ------zholomat....zalim
Al-Fatihah juga tidak ada denggung bacaannya kerana ianya di baca dalam 
sembahyang dan bukan semua org di dunia ini boleh baca denggung.
Kak Nurul dah google huruf selebihnya itu utk pengetahuan kak nurul sendiri jgk.


ﺙ ﺥ ﺫ ﺵ ﻑ

Semua huruf tu ada maknanya dan kenapa,cari dlm goole semuanya ada,
boleh cuba link nie,

Selain tu Ustaz Don jgk berceritha bilanya turun Al-Quran?)
Dalam Surah Al-Dukhan ayat 3&4 ada menyatakan Al-Quran diturunkan pd malam
yg berkat.Manakala dlm Surah Al Qadr ayat 1-5 ada menyatakan Al-Quran turun pd 
mlm 'Lailatul Qadar'.;


Antara lain isi ceramah Ustaz Don ialah hal kebangkitan manusia semula selepas mati.
Wlpn dah berpuluh ribu thn di dlm alam barzakh dan dah hancur sepenuhnya
bila tiba masa dibangkitkan kita akan dibangkitkan sebagaimana sblm kita meninggal
dunia tu. Di dalam Al-Quran  surah Al Kahfi ada menyebut kisah 
 kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian. Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Decius dari Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.Mereka bangun semula seolah2 baru tidur sehari atau stgh hari dgn tidak ada apa perubahan pd diri mereka. Betapa besarnya kuasaan Allah SWT.

Kisah manusia dimatikan dan dihidup semula pun ustaz Don ceritakan iaitu kisah Nabi Uzair AS
yg telah ditidurkan selama 100 tahun dan kisah ini ada disebut di dlm surah Al-Baqarah ayat 259.
Kisah Nabi Ibrahim dgn 4 burung juga Ustaz ceritakan juga,ada dalam Surah Al-Baqarah ayat 260.

Begitulah sedikit isi ceramah dari Ustaz Don yg kak Nurul hadiri,sebenarnya banyak lg isi2
yg lain dan kak Nurul faham tp x pandai nak menerang/tulis balik.......} hehehe.




sampi duduk kat luar,kak nurul dpt duduk dlm sebab dtg awai2 lg.Kedua2 pic nie kak nurul ambik dr fb kwn,halal ya!

Ahad, 18 Mei 2014

Ayat Murah Rezeki & Cepat Kaya



~ Assalammualaikum ~

Ayat nie kak Nurul jumpa dlm perkongsian FB,
Jadi kak nurul nak berkongsi buat semua kawan2.
Walaupun dah ada yang tahu tapi kak nurul nak 
letak di sini utk rujukan kak nurul sendiri.
Jom amalkan ayat ini.
Pendek je ayatnya.
Untuk murah rezeki dan cepat kaya.





Sabtu, 17 Mei 2014

Tetamu Undangan Yang Selalu Bertandang


~ Assalammualaikum ~

Maaflah ya tuan2,puan2 yang selalu bertandang ke sini,kak nurul lambat plk nak announce
bagi bulan April 2014.Terima kasihlah sebab sudi datang walaupun tuan rumah nie
jarang ada kat rumah.Sebagai penghargaan tetamu2 yang selalu bertandang kat sini
kak nurul buat entry nie ya..........tuan rumah amat berbesar hati klu masa2 kan datang
tuan2 puan2 x serik bertandang di sini.






Jumaat, 16 Mei 2014

Doa masuk dan keluar tandas serta selamat hari ibu


~ Assalammualaikum ~

Hari ini kak Nurul nak share doa masuk dan keluar tandas.Walaupun doanya mudah dan 
semua orang hafal tapi selalu kita lupa baca bila keadaan tergesa2 nak masuk tandaskan!
Sebenarnya kak Nurul hepi sgt sebab si Izzyan dah hafal doa masuk nie,tapi doa klr dia blm hafal
lagi. Siap balik sekolah tu dia ckp sapa masuk tandas x tutup kepala dan baca doa nie nanti 
syaitan berak kat atas kepala dan juga x kisahlah apa2 pun boleh pki utk tutup kepala spt sapu tgn
 dll. Macam itulah Izzyan,semua nie cikgu tadika yg ajarkan,
terima kasih cikgu........"Selamat hari Guru", hari niekan!
Kalau kat rumah bila dia tgk abg dan kakak dia masuk tandas,siap
dia menginggatkan diorang suruh baca doa nie. 


pinjam imej ya...

Gambar bwh plk Izzyan bawa pegi sekolah hari jumaat lepas.Cikgu diorang suruh bawa gambar
ibu,gambar dgn anak sekali pun xpe.Cikgu diorang nak buat projek utk sempena hari ibu.
Jadi Izzyan pilih gambar nie dan ada satu lg gambar, dan hubby print di rumah,kitaorg nie gambar2
semua simpan dlm external hard disc,blm kesampaian lagi nak buat photobook,huhuhu.........
Oklah SELAMAT HARI IBU  semua.


Selamat Hari Guru


~ Assalammualikum ~

Sempena 16 Mei ini hari guru,jadi kak Nurul mengambil kesempatan
uk mengucapkan selamat hari guru semua buat insan2 yg bergelar pendidik,essp.kakak
kak nurul di Simunjan sana.





P/s:mlm tadi gigihlah nolong anak membalut hadiah buat guru2 diorg hari nie.Si Izzyan pun sekali sibuk nak kasi hadiah ngan cikgunya jgk,sebenarnya x beli pun smlm hadiah utk gurunya,bila melihat abg dan kakaknya balut hadiah dia pun sibuk nak kasi hadiah jgk,apa2lah hadiah dia nie, sampai nak kasi bear dia yg dah busuk tulah,sarung tgn dia yg tinggal sblh tu pun dia nak kasi ngan teacher.........nasib baik ada jam dan pen yg memang hubby simpan utk kasi org ada,jadi balutlah hadiah tu utk teachernya............

Isnin, 12 Mei 2014

Selamat Hari Jururawat


~ Assalammualikum ~


Apa khabar kwn2 hari nie?mungkin ramai yg bercuti hari niekan sbb esok public holidaykan!
Kak Nurul x cuti sebab ada kerja yg nak perlu disiapkan di samping anak2 pun sekolah.




Okey sempena hari ini "Hari Jururawat",kak Nurul mengambil kesempatan nak
mengucapkan Selamat menyambut hari jururawat buat semua jururawat2 seluruh Malaysia.
Especially buat adik ipar Nurulafzan Ismail yg bertugas di Hospital Besar Melaka,kak ngah
ucapkan selamat menyambut hari jururawat, semoga sentiasa berkhidmat dengan cemerlang
ikhlas demi bangsa dan negara.Sentiasa senyum tau,agar dapat kurang rasa sakit semua pesakit tu.
Walaupun kak ngah tengok kerja sebagai jururawat nie sentiasa sibuk tapi anggap kerja tu sebagai
ibadah......






imej dr babylon search



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...