Rabu, 30 April 2014

Selamat Hari Buruh


~ Assalammualaikum ~


Selamat tinggal April dan selamat datang Mei....

Selamat hari buruh juga buat semua kawan2

Maaflah lama x update blog dan BW.....

Bz lagi.




Pinjam imej ya....sapa punya halalkan ya.


Jumaat, 18 April 2014

8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu


~ Assalammualaikum ~
Salam jumaat buat kwn2 semua.Semoga sihat.
Hari nie kak Nurul berkongsi ngan kwn2  8 keajaiban solat tahajud.
Semoga kita dapat  mengamalkannya selalu.

8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu | Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

SONY DSC


Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
 1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.
sumber: Kedahlanie

Rabu, 16 April 2014

Wordless Wednesday


~ Assalammualaikum ~


~ Buah Kerdas

~ Kak Nurul baru tgk buah nie kat pasar minggu lepas

~ Rasanya kat S'wak xde kot buah nie

~ Mesti ramai yg tahu dan suka mkn buah nie kan


pinjam imej google

Jumaat, 11 April 2014

Asam Pedas Claypot


~ Assalammualaikum ~

Klu datang Melaka dan nak makan masakan  asam pedas,bolehlah cuba asam pedas claypot
di Taman Laksamana. Hari tu kak Nurul dah cuba mkn di sini slps blk bawa anak2 dr tgk cite
Captain America  hari tu. Ada pelbagai masakan asam pedas,maksudnya semua ikan ada,
asam pedas tetel pun ada.Selain masakan asam pedas ada byk lg menu lain yg ada di sini.
Memang ramailah org yg mkn di sini,selain daripada servisnya yg cepat. Asam pedasnya
kak Nurul rasa oklah kena dgn  tekak kitaorg.... Malas nak ambik gambar makanan,
sbb dah lapar,ini pun  gambar si Najmi yg ambikkan. 

Alamat Restoren nie: Restoren Kota Laksamana 1-di 1408 di Taman Laksamana.

hubby makan asam pedas ikan pari dan tetel,kak nurul ikan jenahak dan MIL ikan tenggiri.

Si Rayyan dah tertido,xsempat mkn

Khamis, 10 April 2014

Captain America


~ Assalammualaikum ~

 Cerita nie 2 minggu lepas masa cuti sekolah seminggu tu,bulan 3/2014.
Di kesempatan yg ada bawalah anak dan  anak2  buah sekali menonton cite
Captain America.Anak ada empat dan anak buah plk ada 3 orang,jadi
ptg tu kak Nurul jaga 7 org budak2 dan kakak plk bolehlah diharap utk tolong 
tgk2 sepupunya.Pergi menonton di Dataran Pahlawan kali nie.Hari tu
cuti bulan 12 tgk cite ular di Mahkota Parade.

Budak2lah suka tgk cite nie,espp si Izzat,siap dulu minta Alang belikan baju Captain 
America lagi, dpt jugak beli keychain captain America buat mereka.Bagi kak Nurul 
cite nie bestlah jgk,camtulah org yg jarang tgk wayang nak review ckp best ke x best je jln citenya
klu org yg dah biasa review tu pjg berjela je entry review diorgkan!

Oklah, copy paste je review Captain America dr akhbar Sinar Harian.


Captain America lebih aksi

BAGI anda yang mengikuti komik Marvel dan filem-filem keluarannya, Captain America: The Winter Soldier pasti menjadi salah satu filem yang amat dinanti-nantikan.

Namun, bagi anda yang barangkali tidak pernah mengikuti filem yang diadaptasi dari komik Marvel seperti filem pertama Captain America atau pun The Avengers, maka anda berkemungkinan besar menghadapi masalah memahami cerita silam Steve Rogers di dalam filem kali ini.

Ini kerana, hanya sedikit imbas kembali dimasukkan di dalam filem ini dan selebihnya adalah persoalan yang berlaku di dalam Shields.

Namun menariknya, dalam filem ini, anda tidak lagi disajikan dengan kuasa pelik melainkan perisai yang digunakan, anda pastikan akan merasa berdebar setiap kali melibatkan babak-babak aksi.

Apatah lagi dengan menggabungkan idea dua pengarah iaitu Anthony Russo dan Joe Russo maka anda akan melihat sebuah hasil yang cukup bombastik!

Bukan itu sahaja, di dalam filem ini, anda akan melihat bagaimana Captain America melawan dengan musuh yang juga kisah silamnya membuatkan di sebalik aksi-aksi yang dipaparkan ada satu emosi yang mampu meruntun jiwa.

Pencarian dan usaha Steve bersama Black Widow merungkai segala misteri di dalam filem ini juga akan memberi anda kejutan demi kejutan yang tidak di sangka. Seperti biasa, segala persoalan hanya akan terungkai di kemuncak dan pengakhiran jalan cerita.


Hasil memuaskan

Bukan itu sahaja, dengan suntikan Imej Janaan Komputer (CGI) di dalam filem ini akan membuatkan anda berada cukup kagum.

Sinematografi juga nampak lebih kemas dan menarik berbanding filem sebelum ini, begitu juga dengan kesan bunyinya.

Biarpun tidak melibatkan banyak kemusnahan seperti di dalam filem The Avengers, namun sekuel kali ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.


Lakonan mantap!

Lakonan mantap barisan pelakon seperti Chris Evans, Scarlett Johansson, Samuel L. Jackson sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Apatah lagi, dengan dibantu oleh Sebastian Stan, Anthony Mackie, dan Cobie Smulders, menjadikan setiap karakter berjaya ditonjolkan dengan baik tanpa membayangi karakter yang sedia ada.

Kehadiran Stan tentu sekali akan menarik perhatian ramai untuk filem Captain America yang seterusnya.

Justeru, bagi anda yang masih belum menonton filem ini, jangan lepaskan peluang untuk berbuat demikian dan nasihat penulis, jangan keluar panggung sehingga tamat, 'ending credit'!









Sukanya mereka nak tgk wayang


Si Rayyan duduk sblh hubby,hubby ckp dia ada terlelap skjp,si Damia duduk sblh kakak,syok tgk,xde tido pun,Si Izzyan duduk sblh kak Nurul dah pertghn jln cite dia tertido spi habis cite..........cite tu tgk dia.


Damia baru pertama kali tgk wayang














Rabu, 9 April 2014

Cantiknya....


~ Assalammualaikum ~


Jom cuci mata tgk gambar bunga sakura Malaysia,cantiknya.
Sekarang pokok bunga ini yg nama saintifiknya Tabebuia Pentaphylla sedang berbunga,
banyak di sepanjang jln di Putrajaya.Inilah antara sedikit gambar yg diambik dr FB Perbadanan Putrajaya.
Ada byk lg gambar bunga nie yg lebih cantik utk kita search dlm internet .

SUBHANALLAH         cantiknya.........










































Tetamu Undangan yang selalu bertandang


~ Assalammualaikum ~


Jeng3x.....

Untuk bulan Mac 2014 inilah tetamu2 yg  kerap bertandang ke rumah kak Nurul .

Terima kasihlah sebab sudi ya singgah dan komen di blog kak Nurul.

Sesungguhnya kak Nurul amat2lah hargainya.

Terima kasih sekali lg kak nurul ucapkan........




Selasa, 8 April 2014

Jom menjeruk mangga


~ Assalammualaikum ~

Apa khabar kwn2 semua,sorrylah lama x dpt BW,biasalah sibuk ya...
sebenarnya kak nurul dari awal thn tu kena tukar unit lain dan xlah bz sgt sbb
survey utk thn 2014 blm start lagi,tp alih2 start bln 3 nie tadi kak nurul dah kena
balik ke unit lama dan take over plk bukan kerja lama kak nurul dulu,itulah rasanya
makin bz dan mcm nak belajar semula buat kerja2 yg dulu.Walau apa2 pun Insya Allah
nanti klu ada free kak Nurul pegi rumah u all ya.

Ini plk,tub2 lama x update,hari nie plk update nak buat jeruk mangga.........
ada x yg kecur air liur tgk mangga tu?
klu u all ada dekat sini bolehlah kak nurul bagi...
buah mangga nie kak nurul jolok masa blk kpg minggu lepas.
sayang tgk buahnya jatuh dan busuk jadi kak nurul ambik galah tlg jolokkan.
tapi tu pun cuma ambik yg rendah2 aje.......sbb pokok nie dah tinggi,tua dan besar,
pokok nie nenek mentua yg tanam dekat dgn tapak rumahnya berdepan je dgn rumah MIL.
So mlm tadi projeklah kupas buahnya pki pisau je,tu yg lambat,pisau kupas kentang
entah kemana....
Skrg nie buah tu kak nurul dah potong dan rendam dgn garam dan kapur.
Ptg karang balik kerja nak toskan dan masukkan air gula.
Harap2 sedap dan ranggup nanti.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...