Khamis, 20 Mac 2014

Mahal ke murah?


~ Assalammualaikum ~


Semalam kak Nurul ada postkan gambar di bawah.
Sebenarnya gambar tu kak Nurul postkan di dlm FB group utk bertanya je
adakah mahal atau murah sayur dan ikan yg kak nurul beli tu berbanding ngan tempat
diorang.Nampaknya jawapan byk kpd mahal..........
Begitulah skrg cost of living yg semakin meningkat, x kira dari segi apa sekali pun.........
Macam sayur nie bagi kak nurul memang mahal jika dibandingkan sblm nie,klu pukul purata semuanya 
RM1 bagi satu item.Memanglah diakui negara kita baru pulih dari jerebu dan
musim kemarau,mungkin disebabkan itu sayur naik mendadak.........
Banyak maklum balas dari kwn2 di FB nie,dari negeri Johor yg mengatakan
sayur dan ikan nie murah,begitu jgk dgn daerah Limbang,S'wak mengatakan 
masih murah lg klu berbanding dgn tempat diorg.
Manakala dari Kelantan plk mengatakan mahal oooo.....
klu di kelantan dia ckp mungkin sayur tu boleh dpt harga RM5-6 camtu,
dan byk jgk dr negeri2 lain yg mengatakan ikan dan sayur kak nurul beli nie mahal.
So ada yg mencadangkan nak murah tanam sendiri........memang betul tu,
kak nurul skong 101%.Tapi klu kak nurul nie boleh
ke  nak tanam sayur?hehehe......bunga2 kat pasu kat luar tu pun 
byk dah mati kekeringan sejak kemarau panjang lepas.
So kwn2 di blog nie murah ke mahal sayur dan ikan nie berbanding ngan tpt u all?








P/s: kak nurul beli ikan dan sayur di pasar Presint 8,Putrajaya

Sabtu, 15 Mac 2014

Mini Pizza


~ Assalammualaikum ~

Inilah mini pizza yg dah berjaya kak Nurul buat.Baru pertama kali meroti.
x berapa jadi sgt dan  kurang gebu.Tapi anak2 ckp semua sedap....
Ini yg membuatkan kak nurul x sabar nak meroti lagi.
Kak nurul uli pakai tangan,al maklumlah antara wish list tahun  nie nak BM
belum tercapai lagi.

Kak nurul buat roti nie rasanya 2 minggu lps..........baru hari nie nak buat entry,huhuhuhu......
Itu pun time anak2 dah tido kul 10.30 mlm.
sbb itulah dari mini pizza jadi satu pizza besar sbb malas nak buat kecik2 lg.dah ngantuk.
Esoknya bekallah buat anak2 ke sklh dan bawa pegi kerja.
Klu ada BM kan senang nak meroti,agak2 bilalah nak tercapai hasrat tu.








P/s: entry autopublish,sbb hari nie klu diizinkan Allah kak Nurul dan family dah di Teluk Kumbar,Penang.

Jumaat, 14 Mac 2014

Perangkap cinta alam siber




~ Assalammualaikum~


Jom kita baca kisah sebenar nie,lucu pun ada bila kak nurul dah habis membacanya.
Nak kata buat pengajaran insan yg bernama lelaki pun ada....masing2 punya pendapatkan.


BERBELAH-bahagi antara mahu dengan tidak, Fikri, 33, (bukan nama sebenar) akhirnya akur dengan pujukan untuk ditemubual. Biasalah, lebih setahun penulis menerajui ruangan Pengakuan ini, majoriti yang mahu dan mudah berkongsi cerita adalah kaum wanita berbanding lelaki. Setelah dipujuk dan diyakinkan bahawa perkongsian bukan untuk mengaibkan cuma mahu memberi pengajaran, Fikri mengangguk.



Akhirnya satu pertemuan diatur antara penulis dan Fikri di sebuah kedai makan di ibu kota.
“Kisah ini kisah terpencil kak (panggilannya kepada saya). Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa zaman sains dan teknologi ini memang mudah mendedahkan kita kepada pergaulan sosial di alam maya," kata Fikri membuka bicara. Dia mengakui bukanlah seorang yang up-to-date dengan segala rangkaian laman sosial walau ramai yang sudah memberitahunya tentang facebook, skype, google dan sebagainya pada. Dia tetap dengan keputusannya tidak mahu membuka sebarang akaun dengan mana-mana laman sosial.



“Memang saya selalu dikutuk rakan kerana ketinggalan zaman, sudahlah memakai telefon genggam yang canggih tetapi tidak memanfaatkan sepenuhnya, kata mereka kepada saya," cerita Fikri yang ketika itu mengakui sedikit tidak tergugat dengan kata-kata berbaur sindiran daripada sahabat-sahabatnya. Secara fizikalnya lelaki ini mempunyai rupa dan bentuk badan yang menarik. Ditambah dengan kerjayanya sebagai pengurus di sebuah syarikat pembinaan, Fikri memang mempunyai karismanya yang tersendiri.
Pada usia 33 tahun, dia juga dikurniakan Allah SWT dengan isteri yang bekerjaya dan seorang anak perempuan berusia empat tahun.



Buka akaun Facebook 
Masih berpegang kepada prinsipnya, Fikri memang tidak akan membuka akaun di mana-mana sosial. Namun, setelah pihak syarikat mengeluarkan arahan agar setiap staf membuka akaun facebook dan menyertai kumpulan yang diwujudkan oleh bahagian sumber manusia bagi tujuan meguar-uarkan maklumat mengenai syarikat dan staf, barulah Fikri membukanya.


“Saya hanya mengarahkan setiausaha yang membuat akaun saya, lepas siap semuanya barulah saya tahu saya sudah ada akaun. “Satu petang yang tidak begitu sibuk, saya pun mengambil keputusan melihat apa yang ada dalam facebook. Mula-mula saja saya sudah lihat ramai kenalan mahu berkawan dengan saya, baru dua hari akaun dibuka sudah ada lebih 100 friend request (pertanyaan untuk berkawan), satu persatu saya klik ‘yes’, maklumlah orang hendak berkawan dengan kita takkan kita memilih pula.
“Sejam juga masa saya dihabiskan pada kali pertama menatap facebook dan saya akui patutlah semua orang teruja dengan akaun masing-masing kerana saya juga sudah berperasaan demikian.


“Teruja melihat foto-foto sahabat dan kenalan lama di sekolah dan universiti. Dalam ramai-ramai itu ada seorang perempuan yang agak cantik yang mengajak saya chatting dan saya melayani kerana tidak ada begitu banyak kerja di ketika itu," ujar Fikri lagi.


Kawan kerja
Hari demi hari, Fikri semakin galak memeriksa akaun facebooknya. Sesekali ada juga terbit di fikirannya kenapa dia ketinggalan dan tidak membuka akaun dari dulu lagi kerana macam-macam informasi yang boleh didapati di laman sosial tersebut. “Salam perkenalan daripada seorang wanita di senarai rakan facebook saya yang mengakui pernah berjumpa saya di seminar, juga saya sambut ceria. “Pada saya tiada salahnya menyambung silaturrahim. Boleh dikatakan setiap hari Fieya, (bukan nama sebenar) ajak bersembang dalam talian.



“Saya layankan saja, walau jenuh mengingati mana satu Fieya yang mengaku pernah bertemu saya di satu seminar yang pernah saya ikuti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, saya jadi seronok bersembang dengannya. Diakui juga kerana gambar profilnya yang menarik, maka naluri kelakian saya tidak mampu menidakkannya.



“Bermula daripada kisah kerjaya, hinggalah ke kisah rumah tangga masing-masing. Kata Fieya, dia sudah enam tahun berumah tangga tapi masih tidak mempunyai anak.
“Kebetulan Fieya bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang mana saya perlu selalu berhubung dengannya maka saya rasakan tiada salah saya berkawan dengannya," ujar Fikri lagi.
Entah kenapa sehari tidak bersembang dengan Fieya, dia merasakan seperti ada yang kurang dalam hidupnya.



Adakalanya dia yang menyapa wanita itu terlebih dahulu walau dari awal perkenalan Fieya yang sering membuka bicara mereka di alam siber. “Saya akui rasa seakan rindu pula bila dia tidak tegur saya. Kadang-kadang masuk saja pejabat buka komputer bukan pasal kerja yang saya lihat dulu tapi mesej-mesej yang diberi oleh Fieya dan bila tiada mesej dari dia saya jadi tak keruan pula. “Saya mula keliru dengan perasaan tersebut. Memanglah kami tidak ada apa-apa hubungan kecuali setiap hari bersembang hal kerja, hal diri masing-masing, hal semasa dan keluarga sahaja, tetapi saya akui sangat selesa dengannya," akui Fikri.
Setelah hampir tiga bulan bersembang tanpa bersua, dia memberanikan diri mengajak Fieya makan tengah hari bersama.



Bagi mengelakkan rasa bersalah, dia mencari alasan kerja untuk bertemu Fieya di pejabatnya. “Tidak sangka pelawaan saya diterima dengan selamba tetapi Fieya kata dia tidak mahu bertemu di pejabat, sebaliknya mahu saya ke sebuah kafe di pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.


“Tanpa fikir panjang saya setuju dengan cadangannya. Siap menyembur minyak wangi lagi dan saya memang tak sabar bertemu Fieya," ujarnya. Berdasarkan warna baju yang diterangkan Fieya dalam perbualan mereka sebelum bertemu, Fikri tidak mengambil masa yang lama untuk mengecam wanita itu yang duduk membelakangi pintu masuk kafe.



Namun, alangkah terkejutnya Fikri apabila mendapati Fieya adalah isterinya sendiri, Filzah.
“Terkejut saya melihat Filzah di situ dan ketika itu sangka saya Fieya ada di tempat duduk lain di situ, tapi Filzah segera ‘mengkantoikan’ saya dengan berkata, ‘sayalah Fieya’.
“Muka saya terus jadi merah padam, terkejut dan langsung tidak sangka isteri memasang perangkap untuk menguji kesetiaan saya," katanya.



Jadi kekok 
Sejak peristiwa itu, Fikri menjadi malu-alah pada isterinya, yang semenjak peristiwa itu sering memperli dirinya. Namun, Filzah bukanlah menyalahkan Fikri sepenuhnya kerana dia mengakui sengaja menggoda Fikri menerusi kebijaksanaannya menyusun ayat bicara.
“Akhirnya saya ajak Filzah berbincang, jenuh saya menerangkan tentang situasi dan perasaan antara saya dan ‘Fieya’.



“Saya tahu Filzah sudah tidak mempercayai saya lagi. Dia menganggap saya seorang suami yang tidak setia. Filzah juga menjadi dingin semenjak peristiwa tersebut," katanya.
Fikri mengakui dalam hal tersebut dia yang patut dipersalahkan kerana tidak sepatutnya mempunyai perasaan sedemikian terhadap ‘Fieya’.



“Selepas bermuhasabah diri saya mengakui semuanya salah saya dan tidak salah bagi Filzah menguji kesetiaan saya sebegitu. Saya juga rasa menyesal kerana kalah dengan nafsu sendiri.

“Apabila diimbas kembali memang tidak patut kami bersembang dengan begitu intim di alam siber, ia umpama berkhalwat juga, cuma bezanya tidak bertemu di alam nyata.
“Bayangkanlah kalau Fieya memang wujud, entah apalah yang akan terjadi seterusnya sebab kami sudah mula bertemu.


“Saya akui juga peristiwa tersebut besar hikmahnya kerana berjaya menguji sejauh mana kesetiaan saya sebagai seorang suami," ujar Fikri. Dengan nekad dan rasa bersalah yang tinggi, Fikri berusaha meyakinkan Filzah tentang kesetiaannya.



Mujurlah Filzah menerima dirinya seadanya dan turut meminta maaf kepada kerana menyamar sebagai perempuan lain semata-mata mahu menguji kesetiaan suaminya.
“Peristiwa tersebut sebenarnya satu hikmah yang besar buat keluarga kami. Selepas itu saya menjadi begitu berhati-hati di alam siber, memang ada usikan dan salam perkenalan daripada ramai wanita di facebook tapi saya hanya layankan atas dasar kerja sahaja.
“Untuk meyakinkan Filzah saya turut memberikan dia kata laluan akaun saya kepadanya dan sebaliknya. Kami berdua berikrar untuk menjadi pasangan yang jujur dan setia antara satu sama lain, insya-Allah, tiap apa yang berlaku bukanlah sia-sia," ujar Fikri mengakhiri bicara.




Sumber:sini

Khamis, 13 Mac 2014

Dah naik batu nisan


~ Assalammualaikum ~

Dah sebulan lebih arwah along kembali ke rahmahtullah dan minggu lepas
kitaorg telah naikkan batu nisan di pusaranya.Tanah pusara masih lagi kering 
sbb sblm arwah along meninggal pun xde hujan dan sampai skrg masih
blm turun hujan lagi.
Marilah kita sama2 berdoa semoga hujan akan turun sbb skrg nie pun 
jerebu makin terukkan!
Hari sabtu minggu lepas pun kak long ada menziarahi pusara arwah along.
Oh ya,kak long dah klr hospital hari jumaat minggu lepas.
Belum boleh berjln lg dan menggunakan wheel chair utk bergerak.
21 hb nanti nak ke HKL utk rawatan tiub pembuluh darah tengahnya yg dulu
bocor dan membentuk gelembung,walaupun skrg gelembung tu dah kecut tp
nak kena juga jumpa pakar di HKL,di hospital Melaka xde pakar itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah along.
Semoga kak long sihat dan bila jumpa pakar di HKL nanti xde apa2 masalah lg.









Rabu, 12 Mac 2014

Jom menderma darah


 Assalammualaikum


~ ~ ~ marilah mari,pegi mengundi jgn lupakan kewajipan pd negara.......
ehhh2 bukannya pegi  mengundi tapi pergi menderma darahh,
iyalah wlpn tak lama lg penduduk Kajang kena pegi mengundikan ~ ~ ~

Pagi nie kak Nurul ada kesempatan menderma darah untuk pertama kalinya.
Program menderma darah nie anjuran Kelab Bukit Perdana JPM.
Dulu pernah nak derma sewaktu jabatan sendiri yg anjurkan tapi x layaklah plk sbb masa
tu ada masalah kaum hawa.

Biasalah isi borang dulu,dan antara isi yg terkandung dlm borang tu sejarah perubatan kita,
sosial life kitaorg dan lain2 untuk saringan.
Dah lulus tu semua,baru check darah jenis apa,tekanan darah dan buat kad merah tu.
Lepas tu bolehlah derma darah.
Sebanyak 450ml darah diambil.
X sakitlah derma darah nie.Oh ya darah kak Nurul jenis 'O'
Kwn2 di luar sana darah jenis apa?





Kak Nurul pegi ngan Nua opismate...tu dia baju oren tgh baring.
simpan buku ini utk rekod akan dtg bila nak menderma darah lg....bukan derma dara ya!













Doa untuk MH370



~ Assalammualaikum ~

Dah masuk hari ke lima kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines(MAS).
Marilah sama2 kita mendoakan agar semuanya selamat,amin.....



MH370

Jumaat, 7 Mac 2014

Tetamu undangan yang selalu bertandang


~ Assalammualaikum ~


Rasanya baru buat pertama kali kot kak Nurul mengumumkan penyandang
'tetamu undangan yang selalu bertandang'
di blog kak Nurul.

Agak2nya apa yg   u all fikir  tetamu yang kak Nurul maksud tu?
act.yg kak Nurul maksudkan di sini ialah pengomen yg selalu komen
di blog kak Nurullah.Walaupun lama x update blog ada juga yg sudi 
berkunjung di blog kak Nurul dan meninggalkan komen.
Kak Nurul memang hargainya,tq kwn2.........
Untuk menghargai tetamu2 kak Nurul tu jadi kak Nurul buatlah entry ya.
Hanya itu sahaja yg dpt kak Nurul berikan.
Ada juga yg selalu tinggalkan komen tu dan kak Nurul x kesempatan
nak berkunjung balik kak Nurul minta maaf ya.

OK di sini diumumkan barisan2 tetamu kak Nurul bulan 2/2014........


Memberi lebih baik dari mengambil

Assalammualaikum....

Perkongsian dari FB
Sumber:LayarMinda


~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. 

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. 

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. 
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul: 

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!! 

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya. 

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki) 

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. 

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini. 

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah. 

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara: 

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. 
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga bermanfa'at untuk kita semua... Ameen

Khamis, 6 Mac 2014

Rasanya sudah terlambat


~ Assalammualaikum ~

Ingat x entry kak Nurul anak yg obes hari tu?Entrynya di sini
Setiap 3 bulan nak kena jumpa doktor.Hari tu last pegi appoitment hujung bulan 11.
Setiap kali pegi bukannya ada turun berat badan dua orang nie malahan makin
bertambah2 plk.Minggu depan 11 hb dah nak jumpa doktor balik dgn target berat
badan yg dah ditentukan spt kakak kena berat badan dlm 87 kg camtu dan si Najmi plk
dlm 73kg camtu.Kurang 3 kilo dari berat badan asal hari tu.

Sekarang last timbang 2 minggu lepas berat badan dua org budak nie bukannya makin
turun tapi naik lagi berkilo2.Si Najmi dah 80 kg dan si kakak x tahu berapa skrg sbb
hari tu dia xnak timbang.Macam mana nie?
Boleh ke lagi dlm  seminggu nie nak turun berat badan dlm beberapa kilo.
Itu yg kak Nurul dah rasa terlambat.

Semasa jumpa doktor hari tu bukan lagi bersemangat dua org nie nak diet dan 
exercise bagai.Bila balik rumah rasalah awal lagi nie klu nak mula diet dan exercise.
Kak Nurul memang xde masa sgt klu nak temankan diorg nie nak pegi joging ptg2.
Hujung minggu plk blk kpg, dan dlm sebulan dua nie kitaorg tgh sibuk dgn hal yg menimpa
arwah Along dan kak Long.Memang terus lupa.........

Pasal makan plk memang xleh nak kurangkan portion,esp si Najmi tu.
Asyik2 lapar aje......nak x nak kena masak jgk bila blk kerja.
Baru mlm tadi kak Nurul x masak sbb cam nak boikot sikit ngan si najmi nie
sbb ptg smlm kak nurul suruh joging,boleh plk dia xnak sbb nak main lastik
yg dibelinya hari tu masa ikut rombongan sklh melawat Hari Kraf Kebangsaan 2014.
Diorang nie memang x pernah main lastik berbanding zaman kita kecik2 dulu,
ada yg dibuat sendiri(abang kak nurullah nie,kita pompuan xdelah main lastik nie
main permainan yg ada getah tu,.....apa namanya sudah lupa,adalah main jgk)

Bila mlmnya mulalah si Najmi nie ckp lapar2.........
Kak Nurul suruh mkn roti je,suruh mkn roti je xnak plk.......
nak mkn dgn telur mata kerbau........mamanya yg x sampai hati dgr anak asyik ckp
lapar2 aje buatlah sebijik utk dia........org lain xde pun mkn roti ngan telur just
mkn roti kosong je,hubby plk x mkn langsung.
Jadi camne nak diet nie?

Tahan ajelah telinga bila doktor marah minggu depan.Lagi satu  yg kena marah nanti,
sbb dah x pegi kelas physio-gim setiap khamis.Klu slps opis hour bolehlah jgk
kak nurul hantar nie pkl 2 camtu waktu najmi ada kelas Kafa,kak nurul malas
nak pontengkan dia..........

Begitulah susahnya nak turunkan berat badan org lain,bila berat badan sendiri pun 
susah nak diturunkan .............


Isnin, 3 Mac 2014

Hepi besday kakak


~ Assalammualaikum ~


Hari nie 3.3.2014 besday si kakak yg ke 13 tahun.

Selamat hari ulangtahun yg ke 13 buat kakak

Semoga jadi anak yang solehah,panjang umur,murah rezeki dan sihat sejahtera selalu.

Sekarang dah 13 tahun,semoga kakak boleh  memikul tanggungjawab 
menjadi seorang kakak dan  menjadi  contoh kepada semua adik2mu.

Belajar rajin2 tau!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...