Jumaat, 29 November 2013

Beginilah klu anak cuti sekolah.


~ Assalammualaikum ~

Lambat sikit bersiaran hari nie sbb pg tadi ada field work sikit.
Beginilah klu anak2 cuti sekolah dan duduk di rumah.
Hari tu kak Nurul rasa baru seminggu beli dan buka kicap yg baru
tgk2 dah nak habis,biar betul anak2...
Nie mkn kicap ke apa?

Cuba tgk hari kak Nurul beli klu x silap 17hb pg ahad tu sblm majlis
graduation Izzyan.Dan gambar kicap tu kak Nurul ambik ari khamis
21 hb(yg masalahnya kak Nurul tulis entry nie lambat) dah tinggal
sikit....Kuatnya anak2 kak Nurul nie mkn kicap,nie mesti semua
apa yg nak dimkn letak kicap niekan!tanya ngan najmi,najmi ckp
izzyan yg kuat mkn kicap,....apa2lah anak.Janji mkn betul2 jgn
buang2 plk,xelok nak membazir aje.

Macam2kan ragam anak2 tinggal di rumah bila cuti sekolah nie,
nie blm termasuk cecair pencuci baju kak nurul hampir habis
dikerjakan si najmi utk mencuci lantai di blkg rumah.
Tanya sorang,yg sorang ckp yg sorang tu.....
Hai anak2.........




Khamis, 28 November 2013

Ikan Jenahak masak masam manis.

~ Assalammualaikum ~

Petang nie kak Nurul nak share resepi Ikan jenahak masak masam manis.
Sebenarnya dah lama masak lauk nie,ptg nie baru nak tulis resepinya.
Resepinya simple je bagi kak Nurul x seperti resepi lain yg biasanya
org masak masam manis,kak Nurul guna bahan2 apa yg ada kat rumah 
je masa tu.





Bahan2
Ikan jenahak
Bawang putih,merah dan holland(Kisar)
Cili Kisar
Halia(dihiris halus2)
Sos cili
sos tamato
Tamota
Garam,gula
1 sudu tepung jagung

Cara2nya

Ikan dibersihkan,lumur dgn kunyit dan goreng separuh masak.
Untuk membuat kuahnya tumiskan dulu cili kisar sehingga garing.
Masukkan bawang yg dikisar,kemudian masukkan sos tomato dan cili
Kuah dah mendidih masukkan tomato,garam dan gula.
Kemudian masukkan ikan yg separuh masak tadi.
Tunggu sehingga ikan dah masak kemudian masukkan bawang besar
dan cili hidup yg dipotong dan tutup api.
Bancuhkan tepung jagung dan kacau msk dlm masakan tadi
untuk memekatkan kuahnya.
Dah siap....
jgn hairan nengok kak Nurul letak byk tomato kecik sbb masa
 baru lepas blk dr CH.huhuhu........

zoom sikit.....

Kenduri Auni


~ Assalammualaikum ~

Semalam kak Nurul x sempat nak buat entry sbb sepagi dah pergi hospital
lg bawa anak minum gula,ambik darah dan jumpa pakar pemakanan.
Ingatkan kita yg mengandung aje kena minum gula,rupanya org yg  obe.pun 
kena minum gula,keputusannya nanti bila jumpa doktor dalam masa 3 bulan 
akan datang.Maaflah kwn2 x sempat nak membalas jejak,Insya Allah ptg
ini jika ada kesempatan.

Hari sabtu lepas ada kenduri cukur jambul dan akikah anak buah di rumah MIL.
Hubby plk ada taklimat di Hotel Impress,Melaka,jadi dia ulang alik dr hotel
ke rumah,bila tghri rehat,sempatlah juga dia menjengguk ke rumah wlpn kenduri
dah start.

Baby yg cukur jambul nie namanya Auni(nama penuh lupalah plk) anak adik
Ipar yg dulu kerja di Kluang dan baru pindah bulan 5 hari tu ke Kajang.
Syukur alhamdulillah dah selamat buat kenduri Auni,semoga dia membesar
dgn sihat ya Auni.



Auni bersama  Ayah dan Ibunya.


Dah cukur jambul kena botakkan kepala dia....

Ni plk Dahiyya ngan ibu ngah dia...

Selasa, 26 November 2013

Appoitment rawatan kakak dan Najmi

~ Assalammualaikum ~

Semalam kak Nurul terpaksa EL sbb bawa si kakak dan Najmi ada
rawatan temujanji di hospital.Memula pagi tu hantar mesej ngan boss ckp
pg nak ambik time off mungkin tghri dah boleh naik opis.
Tunggu punya tunggu rupanya selesai dalam kul 4.30 ptg camtu,
camne nak ambik time off klu dah camtu.....Last2 terpaksalah ambik EL walaupun
cuti tahunan kak Nurul hanya tingga 5 hari je. Dah ambik smlm tinggalah
4 hari lg,boleh ke tak sampai hujung thn nie.....

Baru kali nie kak Nurul paling lama pegi hospital bawa anak2 rawatan,
biasanya xlah lama sgt camtu,nurse tu ckp biasalah hari isnin dan cuti sekolah,
dlm hati kak Nurul,dah tahu cuti sklh dan ramai org kenapalah letak appoitment
kak nurul hari nie,(sebenarnya tarikh appoitment nie dah 2 kali bertukar).

Sebenarnya rawatan kakak dan najmi nie sbb rawatan  obesiti.
Si Najmi start tonsil dan adenoidnya dulu dan dr situ refer plk ke obes.
Si kakak plk dpt surat dari sekolah,pihak hospital ada dtg sekolah dan
diorg klrkan surat suruh ibu bapa bawa anak ke hospital utk refer obes jgk.

Jadi dah alang2 bawa si Najmi bawalah kakak sekali juga.
Dah pergi sekali dah sblm nie jumpa doktor.Waktu first pertemuan ngan
doktor,doktor tanyalah macamane menjalani kehidupan harian,termasuk
makan apa,bila,berapa byk.Dari situ doktor tu akan nasihatkan apa yg x boleh
buat dan boleh buat,Mcm bersenam tu sbb ckp ngan doktor, xde masa nak
pegi jogging ptg2 jadi dia nasihatkan turun naik tangga dlm 20 kali sehari pun
dah mencukupi.Masalah si kakak dan Najmi xde pun buat exercise jadi 
bila jumpa doktor balik smlm bukannya nak turun sekilo ke spt target doktor
dulu(dlm bulan 7 appoitment dulu) tapi naik berkilo2 adalah.Si kakak beratnya 
90 kilo dan si Najmi 75 kg. Kali nie doktor target turun 3 kilo masing2 bila
 next appoitment bulan 3 thn dpn.

Esok plk pegi lg hospital nak kena minum gula dan lepas tu nak jumpa pakar
pemakanan plk.Sebab biasanya klu obes nie memang gula tinggi,takut plk
kena diabetis,sbb doktor tu ckp skrg nie budak2 umur 15 thn pun dah byk
yg mengidap kencing manis.Itu yg kena berjaga2 dari skrg,takut dlm masa 5 thn
nanti akan ada,mintalah dijauhi....

Pada 29.1.2014 nanti buat plk ultrasound HBS utk si Najmi,si kakak plk
blm tahu lg depend ngan keputusan gula esok. Ujian nie nak buat utk
mengetahui hati plk,adakah byk lemak,sihat dan sebagainya...itu doktor ckp.

Apa2 pun semoga iyanya berjln lancar,dan lepas nie Najmi dan kakak akan
mengikut diet yg betul dan selalu excersice klrkan peluh.
Untuk mamanya jgn masak byk sgt,masak cukup2 utk mkn aje,jgn lebih.......

Si najmi dah tido dan bangun berapa kali,x jgk giliran tiba.

Isnin, 25 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

~ Assalammualaikum ~


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Jumaat, 22 November 2013

Doa-Doa untuk anak2

~ Assalammualaikum ~


Hari nie kak Nurul nak berkongsi doa dan surah Al-Quran buat amalan dlm mendidik dan membesarkan anak2.Kak Nurul letak dlm blog senang untuk diri sendiri nak refer.Semoga sentiasa akan mengamalkan doa2 tersebut nanti.
  1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
  2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
  3.  Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
  4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
  5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
  6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
  7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
  8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
  9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
  10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang  bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
  11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

  • Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
  • Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
  • Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
  • Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
  • Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik
Sumber:Sini

Khamis, 21 November 2013

Kenduri Selamat Sunat Najmi dan Izzat

~ Assalammualaikum ~

Selepas seminggu diorang bersunat,kitaorg buatlah kenduri doa selamat.
Kenduri nie kita buat di rumah MIL di kpg.
Kak Nurul dan hubby cuma order dengan caterer sahaja kali nie.
Kitaorg order untuk 100 org mkn,lauknya tgklah sendiri kat bawah.
Malas nak menyusahkan MIL dan ipar nak tolong memasak,jadi 
senang je main order.Makanannya ok,semua sedap.
Jom kita jamu mata ajelah ya.


Yg sebelah kiri tu baru lepas bersunat dan yg sblh kanan tu baru habis berpantang

Bacaan yassin dari org2 kpg


Org lelaki  mkn kat luar dan org perempuan kat dalam.
Tuan tanah sibuk di dapur dan jemputan semua dah balik baru tuan tanah mkn.(Berdiri blkg anak daraku dah besar dah dia dan terasa aku dan hubby semakin tua)

Sayur nangka masak lemak

Ayam masak merah dan daging masak asam



Pau inti keledek dan pecal,gambar kuah x ambik plk...


Rabu, 20 November 2013

Segmen Pencarian Bloglist sempena Cuti Sekolah 2013

~ Assalammualaikum ~

Petang nie nak join segmen dari  blog ~ Truly Love ~
Jom join sekali.
klik je banner di bawah.


bloglist

Sekali dalam seumur hidup

~ Assalammualaikum ~


Sempena cuti sekolah nie pasti ramai ibu bapa yg ambik peluang utk
mengkhatankan anak.Rasanya bagi budak lelaki pasti takutkan nak khatan.
Seronok pun ada jugakkan jika berkhatan dibuat beramai2.
Bagi Najmi dan Izzat kak Nurul dan hubby bawa dia bersunat kat
klinik aje.Kat klinik hari tu adalah ambik dlm beberapa org berkhatan
dan tidak lebih dari berapa org(Kak Nurul x ingat berapa org satu hari
doktor tu mengkhatan budak di kliniknya),al-maklumlah sebenarnya 
Najmi dan Izzat nie berkhatan cuti sklh thn yg lalu,kak Nurul baru 
skrg nak terhegeh2 nak masuk blog buat kenangan,dan lepas nie
dah xde dah anak yg akan bersunat,bersunat pun hanya sekali je
dlm seumur hidup.

Izzat bersunat dlm umur lima thn dan Najmi plk umurnya 9 thn.
Balik lepas bersunat diorg x sakit lagi,dan petang sikit tu baru si 
Izzat merenggek dan menangis walaupun sampai kat rumah
terus kasi ubat tahan sakit,si abgnya plk belum lagi rasa sakit.
Malam tu bila tghmalam barulah si Najmi ada nangis sikit2 sebab
sakit tapi sekejap je.Bila si Izzat nangis rasa menyesal plk pun ada
sbb khatankan dia cepat sangat,tapi klu tak khatan dgn abgnya
sekali,bila lagikan,nak buat 2 kali kerja,fikir2 lebih baiklah buat sekali.
Bila dah baik tu lega plk rasanya sebab dah lepas anak berkhatan.
Syukur alhamdulillah.
Hubby plk senang nak bawa diorg solat jumaat xpyh duduk saf belakang
lagi.  Kak Nurul dan hubby pilih  berkhatan secara kaedah konvensional
iaitu potong dan jahit seperti biasa buat anak2.
Sekarang terdapat kaedah lain dan yg  cepat dlm mengkhatan anak2
seperti kaedah klamp dan kaedah konvensional menggunakan alat cautery.
Kawan2 googlelah sendiri jika nak tahu cara2 tersebut dan boleh 
refer di blog ini juga.



muka hepi je si Izzat sblm giliran dia.

Najmi sblm bersunat

bergambar dulu dua2 sblm masuk dlm bilik berkhatan

Dua2 dah nak mula,kak Nurul x berani nak masuk ikut dlm...

muka izzat selepas dah selamat......
bergambar depan klinik tempat berkhatan

Di rumah dua2 baring depan tv senang diorg nak main PS2



Kak nurul buat kek bluberry cheese utk dua org nie bagi semangat nak bersunat.

Selasa, 19 November 2013

Jeruk buah embang dan cara membuatnya


~ Assalammualaikum~

Petang nie kak Nurul nak share buat jeruk buah embang.
Semalamkan ada tayangkan  macamana buah embang tu.
Inilah rupanya buah tersebut bila dikupas kulitnya.
Getah buah nie ada tajam sikit,(boleh membuat tapak tgn mengelupas)
itu yg klu nak kupas kena pakai
sarung tgn plastik,dulu2 kat kpg  xde sarung tgn plastik tu jadi 
diaorg buat satu kayu yg tajam di hujungnya dan cucuk
buah tersebut bagi senang nak pegang.
Buah nie ada bau buahnya yg tersendiri.
Biasanya klu buah nie masak ada yg manis jugak,mcm 
buah binjai jugaklah ada yg masam dan manis.
Makannya klu yg masak tu biasanya cecah kicap dan gula camtu
dan masukkan cili sikit.
Sbb takut buah nie busuk jadi kak Nurul buatlah jeruk.
Jom tgk cara2nya.

Buah yg dah dikupas kulitnya.

buah yg dah dipotong kecik2 dan masukkan garam dan rendam semalam.

Masak air, masukkan cili kisar,kemudian masukkan gula melaka,gula pasir dan garam,rasa cukup masin manisnya. sejukkan dulu.

Dah sejuk air gula dan garam tu masukkan dlm bekas bersama dgn buah embang tsbt.

Tumbuk sikit(jgn hancur)cili padi dan masukkan ke dlm jeruk tadi.

Tada,dah siap,masukkan dlm peti ais bagi mengekalkan rasanya.

Minyak oh minyak...


~ Assalammualaikum ~

Agak2nya apa yg kak Nurul bebelkan tu  pasal minyak?
bukan pasal minyak petrol ya kwn2
Pasal susahnya kak Nurul nak cari bekalan minyak masak di sini.
Dah dari minggu lepas cari kat kedai runcit di sini.
Pegi kat AEON di Alamanda hari tu pun xde jgk.
Sebenarnya lama dah kak Nurul x beli minyak semenjak
hari tu dah beli banyak buat stok.
Dahlah cuti sklh nie rasanya byklah nak memasak sbb anak2
ada kat rumah jadi perlulah nak guna minyak byk.
Petang smlm blk dr kerja singgah di kedai flat hijau tu tp
semuanya ckp dah habis pagi tadi.
Klu kedai runcit  Darusalam tu memang xdenya tu yg
terus pegi kedai runcit lain. Masa kak nurul cari minyak dlm 
salah satu kedai runcit nie ada juga seorang yg tgh mencari minyak masak.
Tgk yg tinggal minyak masak yg jenama naturel iaitu minyak bunga
matahari,jagung dan canola,mahal gila.......
Last2 kak Nurul ambik satu botol kecik minyak jagung.
Slps tu hubby singgahlah kat stesen minyak petronas tgk mana tahu ada
minyak.Tgk2 adalah tinggal 3 botol minyak masak seri murni yg botol
utk 1 kg tu,kak Nurul ambik dua botol dan yg satu tu tinggallah 
buat org lain plk yg tgh mencari minyak masak mcm org tadikan.
So bagi alternatif lain takut minyak x cukup kat rumah dlm minggu
nie,sblm menunggu hari jumaat nie nak blk kpg,masaklah tanpa
sgt menggunakan minyak masak.Klu nak goreng ikan tu lebih baik
bakar atau panggang je,lebih lg sedap dan berkhasiat..........
Itulah cite minyak masak,kwn2 yg lain sana senang ke nak cari 
minyak masak buat masa ini?







Isnin, 18 November 2013

Kakak datang Putrajaya

~ Assalammualaikum ~

Minggu lepas hari isnin kakak kak nurul yg duduk Sibu ada
dtg sini sbb ada taklimat di Kementeriannya.
Adalah 3 mlm dia di sini tapi duduk dgn kwn2nya di Everly Hotel.
Malam last dia nak balik tu kitaorg ajaklah dia makan di luar,
nak ajak mkn kat rumah x sempatlah plk kak nurul nak masak.
Kita org bawalah dia mkn di Restoren Saba mkn nasi arab.
Lepas dah habis mkn pegi bawa dia jln2 sikit dan bawa
dia singgah di kedai runcit sbb dia nak beli roti gardenia
nak bawa blk sana.(teringat hari tu masa kerjaluar sibu bawa satu kotak
kecik roti gardenia nak kasi ngan kakaklah,xpernah2 bagasi hilang tp
hari tu kotak roti nie hilang entah tertinggal flight ke apa,nasib baik hari 
kedua tu dah dijumpai dan MAS hantar ke hotel terus.huhuhu....)

Kak nurul sempat bagi keropok longsong je dua bungkus
utk dia bawa blk,sbb ptg tu lpas kerja singgah di pasar Presint 8
tu hanya ada dua je yg tinggal,ingatkan nak beli keropok
lekor(sbb hari tu pernah ternampak ada org jual)tapi xde.
Kasi dia jugak bubur caca sebungkus(hubby bawa dr OS kedah). 
Untuk kak nurul plk dia bawa buah embang dan terung dayak nie 
dari sana.Buah embang tu kak nurul minta dia bawa sbb masa
kak nurul kerjaluar kat sibu hari tu buah yg dijual masih muda lg.
Ini yg dia bawa dah ada masak.
Buah nie kak nurul buat sambal belacan dan ikan bilis camtu,
tapi bukan sambal yg bergoreng.Letak cili sikit kasi pedas2....nyum2 nyum.
Terung asam tu plk hari tu kak nurul dah pernah post resepinya di sini.
Ok sot(nama kakak kak nurul) semoga ada lagi kursus di sini
boleh kita borak2 pjg.




Izzyan mkn duduk sblh buk,byk juga nasi dia mkn mlm tu


Inilah buah embang dan terung asam tu,sengaja je ltk botol susu event tu,nak buat perbandingan besar mana.

Comel tak?



~ Assalammualaikum ~

Comel tak,comel tak! cam comel aje...
Apa yg comelnya tu?
Ini ha kasut Izzyan kak Nurul beli hari jumaat lps sempena
utk hari graduasi 2013 di tadikanya.
Balik ambik dia ptg tu dptlah memo kertas kecik cikgu tulis
nak kena bawa kasut,seluar jeans dan stokin.
Alamak,Izzyan selama nie kak Nurul lama dah x belikan kasut
utk dia,raya thn nie tadi kak Nurul belikan dia sandal aje,ada juga
beli kasut tp semua dah sempit.
Fikir2 beli ajelah kat Pasar mlm di sini,kak Nurul lama dah
x pegi pasar mlm,bukannya apa malas nak menggangkut askar2
tu semua,dari sekejap je nak pegi berleret sampai habis magrib kang
klu pegi bawa diorg nie. Disbbkan tghri jumaat tu lps habis
sklh diorg terus blk rumah dan kak nurul cuma ambik Izzyan je ptgnya,
tu yg gagah jgk nak pegi pasar mlm.
Comelkan kasut budak2 nie?Cuba teka berapa harganya?

Kak Nurul letak byk gambar wlpn satu kasut tu je,sbb kak
nurul suka tgk di pelbagai sudut......







CPUV ke 2/2013

~ Assalammualaikum ~

Buat kali keduanya CPUV menyinggah di blog kak Nurul di tahun 2013 ini.
Kali pertama bulan Mac lepas,itupun mungkin kesilapan teknik kot sbb
dengarnya semua kwn dpt cpuv bagi iklan  tsbt.,cpuv tsbt kejap je,x sempat 
kak Nurul menengoknya dia dah metered.
Kali nie iklan Sony Year and Promo 2013 tgh running di blog kak
Nurul,haraplah bertahan lama ya.
Setakat nie acc.nuff. kak Nurul x sampai RM10 lg yea.......jgn gelak!
Doa2lah semoga Mr Nuff.bermurah bagi lagi CPUV ke atau CPC
di blog kak Nurul nie.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...