Jumaat, 31 Mei 2013

Bloglist June - Sept. 2013


* Sticky Post sehingga 31 Mei 2013,
sila scroll ke bwh utk entry terbaru *



~ Assalamualaikum ~





Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah bulan ini kak Nurul
nak buat pencarian untuk Bloglist di blog picisan ini.
Sebab kak Nurul nak buat  bloglist baru nie kerana
skrg nie dah ada byk follow blog baru dan belum masuk dalam
bloglist jadi rasa nak lebih adil pada semuanya
kak Nurul nak merombak balik senarai bloglist tersebut.
Jadi sapa yg sudi join tu akan masuk dalam Bloglist June - Sept. 2013
Jomlah join......


Mudah saja syaratnya.

1.  Mestilah follow blog kak Nurul


2.  Boleh tinggalkan komen di entry ini dgn menaip
' Saya nak join Bloglist June - Sept. 2013'

ATAU

3.  Sesiapa yang terlebih rajin tu nak buat entry pun boleh dgn copy & paste
banner di atas dan tinggalkan link di ruangan komen.

DAN 

Bagi yang buat entry tu ada  FM Bandung untuk siapa yang  bertuah nanti.


4.  Tarikh tutup 31 Mei 2013

Rabu, 22 Mei 2013

Semoga Hubby cepat sembuh.


~ Assalamualaikum ~


Maaflah buat kwn2 blogger x sempat nak bw.Kak Nurul baru hari nie
naik opis stlh 2 hari OS ke Perak. Tghri tadi kak Nurul pegi klinik ENT
pasal appoiment kak Nurul yg awal thn hari tu.Dah jumpa pakar.
Kak Nurul sebenarnya ada masalah hidung sok sek2 dan selalu flu,
bila cuaca sejuk mesti hidung berair kadang2 awal pagi tu bila sembahyang
subuh pun hinggus meleleh je.X tahulah resdung ke x,sbb kak Nurul pun
xlah alergic sgt seafood pun.

So doktor kasi ubat spray dan appoitment lg bulan 12 nanti.
Semalam hubby blk kerja demam blk,jadi hari nie dia x kerja dan 
belum lg pegi klinik jumpa doktor sbb xleh nak bangun.
Kak Nurul tgkkan skrg hubby selalu demam mcm antibodi tu
dah x kuat,tu yg kak Nurul suruh dia mknlah vitamin c mcm yg 
kak Nurul ambik tu,tp dia nie jenis yg degil sikit mcm ubat darah
tinggi yg kena mkn tu pun dia boleh stop sendiri tanpa arahan doktor,
hai.......suami2.Semoga kak Nurul blk kerja nie dia dah pegi
klinik.

Selain tu kak Nurul nie pun berbelah bahagi nak blk kpg kak Nurul,
sbb hubby x sihat lg,tapi anak2 semua dah excited nak blk naik
kapal terbang. Ok,doakan semoga hubby kak Nurul akan
sihat yea,sbb sabtu nie dah nak fly,klu demam2 x seronoklah nak blk
kpgkan...............



Ubat hidung kak Nurul.

Jumaat, 17 Mei 2013

Cantiknya Eja berhijab dan Gambar anak Ning Baizura



~ Assalamualaikum ~


Salam jumaat buat kwn2 semua.Di hari yg mulia nie jom kita tgk penghijrahan 
pelakon Eja yg telah berhijab sekarang selepas blk dr menunaikan umrah
baru2 ini. Cantiknya Eja berhijab. Kak Nurul suka tgk lakonannya,
kebanyakkan wataknya org yg lemah lembut.Sesuai dgn dirinya itu.

Sumber:mynewshub


Ini plk wajah anak Ning Baizura dan suaminya yg lahir pd 
31 Januari lalu iaitu sama ulangtahun kelima perkahwinannya.
Comelkan Ryan Sky Dalton dan kak Nurul tgk byk ikut husbandnya.




gambar terkini anak ning baizura 2 ning baizura selamat melahirkan anak lelaki

gambar terkini anak ning baizura ning baizura selamat melahirkan anak lelaki
sumber:Info Harian









Khamis, 16 Mei 2013

"Selamat Hari Guru"


~ Assalamualikum ~

tema hari guru 2013 – selamat hari guru
imej from google


Selamat hari guru buat semua insan2 yg bergelar guru esp.kwn2 blogger tu.
Tahun nie temanya "Guru Malaysia, Satu Inspirasi, Satu Agenda".

Semoga dengan adanya hari guru ini akan menjadikan guru2
lebih bersemangat dan tanpa jemu untuk mendidik anak2
murid menjadi insan yg berguna. Terima kasih juga cikgu2
yang mendidik anak2 kak Nurul.


Buat kakak kak Nurul di Simunjan sana slmt hari guru Teh.
Begitu juga dgn bekas guru2 kak Nurul dahulu.

Malam smlm sempatlah pegi Alamanda cari hadiah utk anak2 hadiahkan
 pd guru2 mereka. Si Izzat plk nak beli marker pen je nak kasi dgn gurunya,
sbb dr awal lg dah cikgunya ckp x pyh nak bagi mug just kasi marker pen
aje,boleh diorg gunakan utk mengajar. Tapi sayangnya cari kat
Parkson dan MPH x jumpa pen marker, klu yg permanent marker tu byk, 
dan  marker yg boleh refill tu pun ada. Tapi si Izzat nie x nak beli yg refill tu,
jadinya bila x dpt apa barang yg dia nak monyoklah sampai blk rumah.
Siap ckp esoknya xnak pegi sklh tu. Jadinya  bila pagi nie ada dramalah 
sikit. Kak Nurul nie rasanya dah semput blk dah,(dulu pernah
semput semasa preg. si Izzyan),tp hilang bila dah bersalin.
Hai anak2 nie setiap sorang lain2 fiilnya,sabar ajelah ibu2.........

Pagi nie kak Nurul sarapan nasi goreng sbb mlm smlm x mkn nasi just 
mkn king burger je,ingat x hari tu kak Nurul ada beli kupon yg beli satu 
percuma satu.....Jadi smlm trylah gunakan. Inilah nasi goreng kak Nurul
 ambik sikit dgn sambal kerang budak cantin tu charge RM2.50.
Kak Nurul tanya kenapa mahal sgt?biasanya nasi goreng camni lebih 
kurang RM2.00 je.Jadi budak tu ckplah akak ambik sambal  kerang 
dan klu kerang diorg charge RM1,tp kak Nurul tanya blk klu ambik sikit 
camni pun kena RM1 jgk? ya.......klu tahu camtu kak Nurul ambik lebih pun xpe. 




Nasi goreng.....














Rabu, 15 Mei 2013

"AWAS MENCURI DIPOTONG TANGAN"


~ Assalamualaikum ~


Ini cite hari jumaat lepas, masa tengahari kak Nurul blk rumah
sbb htr hubby lps jumaat ambik motor,dia nak gi KL.
Sampai je dpn rumah terkejut tgk stokin kakak berselerak
di depan pintu.Hah....dah agak dah kasut badminton yg ayahnya
baru beli hari Selasa tu dah ghaib rupanya.Si kakak baru pakai satu kali
je kasut tu pd selasa ptgnya dan dia lepas pki anginkanlah depan
pintu termasuk kasut sukan Izzat sekali yg ayahnya beli sekali dgn kasut kakak.

Geram memang geram dgn si pencuri nie,dahlah hari jumaat buat kerja terkutuk
tu,tau plk stokin x ambik sekali,dah alang2 mencurikan,stokin tu pun baru jugak.
kasut Izzat sblh kasut kakak dia x curi,dah sahlah si pencuri nie org dewasa
sbb saiz kasut kakak pun lebih kurang sama dgn saiz kasut kak Nurul.
Selain kasut kakak kasut kulit camel hubby pun si pencuri nie tibai.
x sempat plk kak Nurul nak bertanya dgn jiran sblh ada x hilang kasut
pd hari yg sama.

Inilah antara keburukan bila rumah xde pagar sbb org sukahati je nak
masuk kwsn rumah kita,nak buat camne itulah konsep rumah di Putrajaya
nie semuanya x berpagar,harapkan pagar pokok2 bunga je.
Tapi tu semua boleh dielakkan klu simpan kasut atau barang2 yg berharga
dlm rumahkan!

Berbalik kpd si pencuri tadi,memang x takutkan dgn hukuman tuhan,x terfikir
ke klu pki kasut tu bila tuhan nak membalaskan perbuatannya jadi
apa2 ke kat kaki dia...........dah merepek ke situ plk kak Nurul nie,hehehe........

Dalam rasa marah2 masa tu rasa nak buat terus  je sigboard,

"AWAS MENCURI DIPOTONG TANGAN"

bagi peringatan klu dtg pencuri lg mesti dia baca sigboard tu.
Hubby plk cadangkan nak pasang cctv depan pintu tu, byk duit
hubby nak pasang tu semuakan,angan2 je.......



pinjam imej goople jap,sbb kasut yg asal dah ghaib.........lebih kurang camnilah kasut kakak ada kaler merah sikit.

Selasa, 14 Mei 2013

Perjalanan ke Kelantan


~ Assalamualaikum ~

Pergi Kelantannya bulan 3 hari tu,tapi baru hari nie nak post entry
perjalanan kami ke sana.Sejujurnya inilah baru kali pertama kali kak
Nurul menjejaki bumi Kelantan.Kami di sana cuma dua malam sahaja.
Memang x puas nak berjalan di sana.




 Nikmatilah pemandangan sepanjang perjanan tersebut.

Lalu bandar Bentong



Pemandangan di sepanjang perjalanan.Kelihatan higway dlm pembinaan,gambar nie ada kak Nurul post dlm
WW tempohari,jadi terjawablah ke mana kami pergi.

Gunung ganang yg unik

Kami sampai Kubang Krian sblm maghrib jadi sempatlah singgah solat qasar dan jamak zohor /asar.




Lepas nie update plk ke Rantau Panjang.








Isnin, 13 Mei 2013

Buat kerja kena ikhlas


~ Assalamualaikum ~


Syukur alhamdulillah pencarian bloglist June-Sept.2013 kak Nurul ada
juga yg sudi join,terima kasih kak Nurul ucapkan,Insya Allah lps nie
kak Nurul nak membalas jejak dan follow balik.Selain dari itu rasanya
x terlambat lg kak Nurul nak ucapkan "Selamat Hari Ibu" buat
kwn2 semua yg bergelar ibu dan yg paling istimewa buat kak Nurul:-
Selamat hari Ibu buat MIL tersayang......


Dua hari hujung minggu lepas bolehkan kak Nurul menjalani kehidupan
tanpa handphone,sebenarnya balik kpg minggu lepas hp tertinggal
kat rumah sini. Ini semua anak2 kak Nurul punya kerjalah tu main
hp lps tu x msk balik dlm handbag kak Nurul dan mamanya plk
confident aje ada dlm handbag.Nasib baik xde apa2 call emergency
dr adik beradik atau saudara mara,cuma ucapan mesej sempena hari ibu
daripada kakak di Sibu dan juga misscall dr anak buah di S'wak
pasal nak bagitahu no hp transport  bila nak blk S'wak minggu dpn.
Iyalah bukannya kak Nurul nie bisnes nak ada hp selalu di sisi.


Sebenarnya kak Nurul nak cite pasal pagar rumah lg nie,dulu pernah
post entry pasal pagar hijau dah siap tapi masalahnya dah termasuk 
dlm boundry  tanah jiran sedikit,so hubby suruhlah balik contraktor
yg buat nie pecah dan buat ikut sempadan yg betul.
Skrg dah buat balik tapiii,.....memang x memuaskan hati tidak seperti
hasil kerja yg pernah dibuat sblm ini.Geram pun ada dgn diorg nie
sampai skrg x byr lg upah diorg sbb x puashati.Pagar tu umpamanya boleh
berayun2 bila ditiup angin sbb x kukuh. Tgklah mcm mana nanti.......
Contraktor tu tgh sibuk buat projek lain,rasanya memang semua ke contraktor
dlm satu masa ambik byk projek ya?sehinggakan hasil kerja x memuaskan 
disebabkan nak kerja masa.Terasa dah byk sgt dugaan nak buat pagar
rumah nie termasuk tembok depan tu yg sampai skrg status terbengkalai.
Sudah dibuat aduan ke Tribunal Pengguna.


Adakah kerana buat kerja sekadar mengharapkan 
upah semata2 dan kerja pun buat sekadar melepaskan
 batuk di tangga sahaja.


Pagar yg dah siap mulanya,tapi makan boundry tanah sebelah.

Pagar dah roboh dan skrg dah buat baru,tapi memang x memuaskan,tgklah nanti klu kak Nurul rajin upload gambar pagar yg dah siap tu.

Jumaat, 10 Mei 2013

Pembahagian Harta Pusaka - Faraid - Sekadar ingat mengingati




~ Assalamualaikum ~



Salam jumaat buat kwn2.....
Hari nie sekadar perkongsian ilmu buat kita semua.(Email yg kak Nurul terima)
mengenai pembahagian harta pusaka - Faraid
Sudah banyakkan kes pergaduhan antara adik beradik bila tiba pembahagian harta pusaka.





Salah satu perkara yang perlu diambil tahu adalah hukum pembahagian harta pusaka – faraid ….
Mengapa saya begitu beriya-iya membuka topik ini?
Jawapannya =


Sabda Rasulullah saw:
"Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka."
(Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud)


Sabda Rasulullah saw:
"Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku."
(Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)



Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.



Di dalam surah An-Nisa' ayat 11 & 12 seperti di atas telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.



Maksud surah An-Nisa' (ayat 14):
"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan" .



Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.




Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:


* Memakan harta anak yatim

* Memakan harta saudara-mara

* Memakan harta Baitulmal


Mudah-mudahan dengan sedikit maklumat ini dapat memberi sedikit makluman kepada saudara/ri.

Wallahualam

Bloglist June - Sept. 2013



* Sticky Post sehingga 31 Mei 2013,
sila scroll ke bwh utk entry terbaru *



~ Assalamualaikum ~





Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah bulan ini kak Nurul
nak buat pencarian untuk Bloglist di blog picisan ini.
Sebab kak Nurul nak buat  bloglist baru nie kerana
skrg nie dah ada byk follow blog baru dan belum masuk dalam
bloglist jadi rasa nak lebih adil pada semuanya
kak Nurul nak merombak balik senarai bloglist tersebut.
Jadi sapa yg sudi join tu akan masuk dalam Bloglist June - Sept. 2013
Jomlah join......



Mudah saja syaratnya.

1.  Mestilah follow blog kak Nurul


2.  Boleh tinggalkan komen di entry ini dgn menaip
' Saya nak join Bloglist June - Sept. 2013'

ATAU

3.  Sesiapa yang terlebih rajin tu nak buat entry pun boleh dgn copy & paste
banner di atas dan tinggalkan link di ruangan komen.

DAN 

Bagi yang buat entry tu ada  FM Bandung untuk siapa yang  bertuah nanti.


4.  Tarikh tutup 31 Mei 2013

Khamis, 9 Mei 2013

Burger King


~ Assalamualaikum ~

Smlm beli kupon burger king nie,RM25.....

Dengan pakai kupon tu boleh beli satu percuma satu.

Rasanya berbaloi x?

Sbb kak Nurul sblm nie memang x pernah lg mkn
burger king nie.sedap ke x?

Kupon nie valid spi sept.nanti.

Pernah x kwn2 beli kupon camni?





Rabu, 8 Mei 2013

Tak sabar nak mencubanya.


~ Assalamualaikum ~


Kawan2 pernah dengar x product penjagaan kulit sf Beauty?
Adalah sorang staff kat opis kak Nurul dah pakai product nie
dan kak Nurul tgk dia punya perubahan kulit muka pun makin
bersih dan gebu.Atau pun memang product nie memang sesuai
dgnnya.Kita niekan,  dah namanya pompuan mesti nak mencubakan
mana tau serasi dgn kulit dan nanti bertambah cantiknya kulit muka
tu,nak cantik pun bukannya utk sapakan! utk suami jgk........ahakkss.

Jadi kak Nurul gigihlah nak mencuba jgk product nie dan kumpulkan
sapa yg nak order dan dlm 10 tu kita org order online dptlah byk diskaun.
Productnya ada krim siang,mlm dan sabun je.
Kak Nurul nak cuba product nie sbb ada kelulusan drpd Kementerian
Kesihatan,klu xde kelulusan tu wlpn kulit muka dikatakan makin
cantik dan berseri2  x berani juga kak Nurul nak mencubanya.
Hai dah x sabar nak mencubanya dan tgk dia punya keberkesannya.
Tapi diharap jgnlah kak Nurul nie mula2 ajekan  bersemangat nak pki
product nie dgn konsisten............takut  hangat2 tahi ayam je.







Selasa, 7 Mei 2013

Harapkan ada cuti free,last2 EL........


~ Assalamualaikum ~


Sesudah melalui proses mengundi nie ramaikan yg bercerita tentang
pengalaman masing2 semasa pergi mengundi hari tu,apatah lg
kali nie baru diperkenalkan dgn calitan dakwat di jari.
Masing2 tayang jari tu kan......Apa2 pun tahniah pd Barisan Nasional
kerana telah berjaya mengekalkan kepimpinan utk membentuk
sebuah kerajaan.


Kak Nurul blk kpg hubby minggu lps,jadi tunggu jugaklah depan tv
sambil melihat keputusan yg terkini,sebenarnya nak tunggu juga
pengumuman cuti hari isnin(smlm) tp xde jugak,last2
dah lewat sgt dan x ready  nak blk Putrajaya, jadi smlm
terpaksalah ambik EL. Anak2 memang smlm diorg cuti ganti
 dan byr pd bln sepuluh nanti.Hai, gara2 mengharap sgt kerajaan
kasi cuti jadi camnielah terpaksa korbankan cuti tahunan dan hubby
pulak dia smlm dan hari nie MC sbb cabut gigi. Hari nie  kerja
rasa malas2 lg,apatah lg dgn si Izzat buat hal sbb tertinggal kasut
sukan kat kpg. Macam2...........

Jumaat, 3 Mei 2013

CPUV Pertamaku


~ Assalamualaikum ~


Salam jumaat buat semua kwn2.Semoga ceria selalu.Tinggal sehari je lg
kita akan mengundi dlm pilihanraya ke 13.Semoga kwn2 bijak memilih
calon yg nak dipangkah nanti.

Setelah hampir 4 thn kak Nurul berblog ini adalah kali pertama dpt cpuv dr mr nuff.
Itu pun dah tamat atau ME cuma dpt satu sen saja,(jgn ketawa ya kwn2 dgn jumlahnya itu)
Wlpn jumlahnya cuma sbyk tu tapi kak Nurul x kisah sbb matlamat asal nak berblog
bukannya nak dpt imbuhan cuma nak menulis dan berkongsi ngan kwn2
cerita dlm menghadapi cabaran membesarkan anak2 dan hal2 kerja.

CPUV tu kak Nurul tgk tarikh 22 april lepas dan minggu tu kak Nurul memang xde
pun post sebarang  entry,begitu juga bw,memang padanlah xde dpt amount yg
byk,cukuplah sekadar cpuv singgah je di blog ini.

Oleh itu rajin2 update blog dan bw,sbb kita x tahu bila mr nuff tu nak beri kita
cpuv atau cpc yea x........





Khamis, 2 Mei 2013

Izzat dan gigi susu


~ Assalamualaikum ~

Masih ada  lagi rasa malas nak update blog,walau bagaimana pun
kak Nurul nak ucapkan juga slmt hari buruh smlm pd semua
yg bekerja x kira kerja mkn gaji,sendiri atau yg x dibyr gaji
secara langsung.

Update dulu kisah anak lelaki kak Nurul yg sorang nie,yg sgt kememeh.
Nielah dia Izat mcm nak nangis bila ayahnya nak cabut gigi susu depannya
yg dah goyang.Gigi kekal memang dah tumbuh kat belakang gigi susu tu.
Bila kak Nurul pegang pki tgn memang rasa nak cabut je cepat2 tp
tu le dia ckp sakit2.
Ayahnya ikatlah benang ingat nak cabut pki benang,tp x berjaya juga
sbb member tu dah berair mata.Lama jugaklah benang tu terikat kat gigi dia
last2 ayahnya potong blk benang tu tanpa gigi dicabut.
Nak tahu bila gigi tu tercabut?tercabut waktu kat sklh dan siap dia simpan
dlm poket dan tunjukkan dgn kak Nurul bila time tghri kak Nurul 
pegi sklh.

Izat,Izat,gigi nak tercabut pun nangis...........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...