Isnin, 25 Mac 2013

Jangan tinggalkan Laptop dlm keta



~ Assalamualaikum ~


Kes kecurian notebook/laptop yang ditinggalkan dalam kereta sering berlaku.  Pencuri biasanya menggunakan alat yang dipanggil Inductive Amplifier(rujuk gambar yang disertakan)  yang 
dapat mengesan medan elektrik dari notebook/laptop tersebut.  








ALAT INI PULA BOLEH DIMILIKI OLEH SESIAPA ..harganya MURAH DAN SENANG DIBAWA KEMANA SAJA..

Sekiranya  BATERI pada laptop dicabut dan diletak di tempat lain, masih juga tidak selamat kerana  di dalam komponen laptop@notebook itu sendiri mempunyai BATERI didalamnya (CMOS).


2.  UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KECURIAN, SILA  BAWA LAPTOP  DAN LAIN-LAIN GAJET SEPERTI TABLET, SMART PHONE , DLL.   BERSAMA ANDA.
JANGAN SEKALI-KALI TINGALKKANNYA DI  DALAM KERETA…!!

P/s: UNTUK PERINGATAN KITA SELALU T'SMK DIRI SAYA SENDIRI  W/P PERKARA NIE DAH BIASA KITA DENGAR.

Sabtu, 23 Mac 2013

Selamat bercuti sekolah


~ Assalamualaikum ~

Hari nie dah start cuti sklh ya,nak pegi mana sempena cuti sklh nie?
Orang kahwin pun ramai cuti niekan!
Mesti dah ada planningkan.Kak Nurul rasanya x kemana2 pun,cuma kejap nanti
blk kpg,byk urusan rumah x settle lg.
Ok selamat bercuti sekolah ya adik2semua,bg ibu bapa yg ambik cuti
juga tu selamat bercuti.



pinjam imej google jap....

" Segmen: jom baca entri sambil follow "

~ Assalamualaikum ~



nak join sila klik banner di atas
Segmen berlangsung 22 Mac hingga 6 april 2013
kak Nurul tag semua kwn2 ya.

Segmen: Tambah Folower by Marfie Dots

~ Assalamualaikum ~




Nak join sila  klik banner di atas.
Segmen bermula22 mac hingga 20 mei 2013.
kak Nurul tag semua kwn2 ya.

Jumaat, 22 Mac 2013

Mak andam cilik


~ Assalamualaikum ~

Lihatlah gelagat Izzyan nie,sedang makeupkan cousinnya Mia.
Minggu lps diorg ada dtg ke sini dr Kluang sebab ada kerja.
Dah namanya pompuan,mesti nak main makeup2 dan doll segala.
Hari tu pergi Kelantan masuk mydin (jauh ya pegi mydin spi ke Kelantan,huhuhu)
sana,dia terjumpalah makeup  mainan ini jadi dia x lepas peluang nak beli,
kak Nurul tgk non toksid jadi bolehlah beli,balik hotel x sabar2lah 
dia nak mencuba sampai ada kaler hijau,pink dan kuning matanya.
Ni si Mia ada dtg rumah jadi dia tlglah makeupkan org tu,
jadilah mak andam cilik.........


Gambar kak Nurul cilok dr FB ibu Mia



Nielah makeupnya ada dua layer satu boleh cabut..

Khamis, 21 Mac 2013

Izzat,janganlah buat mama menangis lagi....


~ Assalamualaikum ~


Awal2 pagi mood kerja dah ke laut,ini gara2 sbb si Izzatlah awal pg dah
buat hal. Hari nie hantar anak sekolah kak Nurul sorang,sbb hubby ada kerja kat
KKB.Sebenarnya dah biasa htr anak sorang2 nie,tp klu anak2 buat feel masing2
rasa nak bercucuran air mata nie menahan sabar. Setiap anak ada perangai masing2,
macam si Izzat kak Nurul baru nak faham perangainya sbb sblm nie dia tinggal ngan
neneknya di kampung.Pagi nie dia dah siap mandi tp blm pakai baju lg,dan tanya
ngan kak Nurul jadual dia dah ikut ke blm(memang jadual pagi dan kelas kafa kak Nurul
yg buat mlmnya sbb dia pun mcm lambat nak belajar sendiri buat dan selalunya dia nie
tertidur awal.) Kak Nurul nie yg jujur sgt ckp ngan dia buku bahasa arab xde utk
kelas kafa,apa lg dia,mulalah buat mcm xnak gi sklh. Siap klrkan plk buku teks
Pendidikan Islam dr beg sklh pagi tu. Kak Nurul tanya kenapa klrkan,kan hari nie
 ada subjek tu,ingatkan dia x siapkan homework mcm hari tu,x jugak sbb
mlm tu xde pun dia ckp ada homework subjek nie.




 Nak pki baju pun time kak Nurul nak tutup pintu,dah klr pintu xnak
msk keta,pujuk lg nie dgn marah2,dah msk keta kasut plk x pki,suruh abgnya ambik
tp dia pun ikut klr sama dan menangis meruntun2 kat pintu tu.Masa nie dah kul 7.20 dah.
Kak Nurul suruh masuk dlm keta juga,dah xleh nak pujuk2 lembut nie.....
Sampai sklh dah dekat kul 7.40 dan gate tpt selalu drop diorg  bukak lg,kul7.45 baru
dikunci dan xleh nak msk,klu nak msk kena pusing pintu utama sblh blkg.
Si kakak terus masuk sklh,si abg tunggu juga nak pujuk sbb masa nie si Izzat
xnak klr dr keta, (wlpn si abg nie jenis org yg kasar sikit tp dlm kes adiknya xnak
gi sklh,ada sikit rasa tanggungjwb dia nak tunggu dan pujuk,ada sekali sblm nie
si Izzat menangis x nak gi kelas Kafa sbb x siap homework si abg nie tlg pujukkan
dia dan buatkan homework tu,masa tu kat kantin sklh lps mkn tghri,kak Nurul masa
tu dah blk tinggalkan si Izzat masa tu tgh menangis,tp rasa x sedap hati kak Nurul
blk lg ke sklh ,ingatkan nak tgk dr jauh je,rupanya makin galak si Izzat nie nangis
kat tiang kantin tu,last2 kak Nurul pujuk blk.Si kakak plk masa nie kak Nurul
 x tgk pun dia mana,bila ditanya kenapa x pujuk si Izzat bila dah blk ptg tu,dia ckp x
tahu pun,hai......kakak2,xde peranan langsung!)



Berbalik cite tadi kak Nurul suruh si abang masuk dulu sblm gate tutup,ingatkan
nak htr dia ke kelas terus,tp guard tu ckp gate dah tutup dan kak Nurul xleh
msk lg,tiba2 dtg Uztazah(mungkin guru bertugas) pujuk dia msk dlm gate sklh,
kak Nurul tgk susah juga Uztazah tu nak tarik dia berjln msk ke sklh sbb si
Izzat nie keraskan badan dia,kasihan tgk Uztazah tu,dahlah badan kecik je mcm
anak murid.Tgk Uztazah tu bawa Izzat msk sklh,fuuuhhh lega rasanya.........
satu masalah dah selesai........tp ptg plk sama ceritanya nanti.



Slps tu kak Nurul pecut nak htr Izzyan plk,sampai kat nursery dia,transport yg
ambik dan htr ke tadika dia dah jalan.Dulu ckp transport tu dlm kul 8 dr nursery dia
ke tadika di sana,nie blm kul 8 lg dah jln,apa cite.? Malas nak ckp byk pd pengasuh
kat nursery tu akhirnya kak Nurul htr sendiri ke tadika dia,bukan main suka lg dia
naik motor ke sklh.Tp takut juga kak Nurul kang si Izzyan plk demand nak kak
Nurul htr ke tadika dia dah x nak naik keta org tu.



Sampai kat opis seminit nak kul 8.30,sempat.....
Tghri pegi sklh tunggu si Izzat,biasalah dia,xnak gi sklh kafa plk.Tp last2
berjaya juga kak Nurul suruh dia mkn dan tukar baju kafa wlpn lambat2 dia
buat.Siap dia ckp klu pengawas kafa tu hukum dia lg,camne?(smlm ada dia
cite ustaz x msk mengajar jadi pengawas kafa tahun 2 yg jaga kelas diorg,dia
kena hukum dgn pengawas tu berdiri di depan kelas.kak Nurul tanya kenapa,
mesti Izzat ada buat bising nie,dia ckp xde,tp kak Nurul x percayalah,mesti dia
dia buat bising atau ada usik kwn2 tu,bukannya kak Nurul x kenal dia,)
Kak Nurul ckp klu pengawas tu hukum lg nanti mama tanya dan ckp ngan ustaz ya,
barulah dia nak gi kafa.



Camtulah cite hari nie,sblm tghri tadi gi sklh call hubby mengadu boleh rasa
kurang sikit beban bila dikongsi bersamakan...........
Panjang plk rasanya entry si Izzat nie.Kak Nurul menulis di blog bukannya
apa cuma catatan dlm menguruskan anak2 ke sklh,Insya Allah klu anak2
dah besar nanti klu blog ini wujud lg dptlah diorg baca kisah masing2.



Izzat ngan neneknya

Rabu, 20 Mac 2013

Wordless Wednesday


~ Assalamualaikum ~




* Cuba teka nie jln nak gi negeri mana?




* masih blurr lg? next guid...
under contraction lg highwaynya....




Jwpnnya,

"



"




"




"




"





"





Pinjam Image google kejap.
















Selasa, 19 Mac 2013

Bahaya ke x rokok elektronik?


~ Assalamualaikum ~

Lamanya baru kak Nurul nak bersiaran balik dlm blog nie,bukannya apa
penyakit 'M' dah dtg blk,huhuhu......

Lately nie kak Nurul tgk dua2 adik ipar lelaki kak Nurul dah bertukar dr rokok biasa
ke rokok elektronik. Apa dia rokok elektronik nie? mesti semua kwn2 dah tahukan!
Sanggup tu diorg pegi tgh2 mlm ke Jonker Walk semata2 nak survey ke apa bendalah nie.
Hari nie di dlm akbar Kosmo ada artikel bahayanya rokok elektronik nie.
Sebelum nie ada jugak ckp rokok nie x bahayalah malahan  dianggap sebagai alternatif
yg selamat utk membuang tabiat merokok secara beransur-ansur.
Apa2 pun klu dlm hal kesihatan nie lebih baik kita refer je Kementerian Kesihatankan.
Jom kita kongsi sama2...




Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Berkenaan E-Cigarette (Rokok Elektronik) 



1. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, adalah didapati ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?

Jawapan :  Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Nikotin adalah merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau. Penjualan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Mana-mana orang selain daripada mereka yang disebut di atas yang menjual cecair nikotin e-cigarette adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta yang sama.

Pada masa yang sama, pengedaran dan pembekalan cecair nikotin e-cigarette memerlukan pendaftaran dan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mana-mana orang yang mengedar atau membekalkan cecair nikotin e-cigarette tanpa kelulusan adalah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 25,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan yang sama.



2. Sehingga kini, adakah sebarang penguatkuasaan diadakan pihak Kementerian terhadap pengedar cecair nikotin dan e-cigarette?

Jawapan :  Setakat ini Kementerian Kesihatan BELUM ADA menjalankan tindakan penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap pengedar dan penjual cecair nikotin dan e-cigarette. Walaubagaimana pun, selaras dengan kenyataan akhbar Menteri Kesihatan mengenai bahaya penggunaan e-cigarette dan cecair nikotin e-cigarette serta keperluan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak menjual e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette serta mendapatkan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penjualan e-cigarette.

3. Sehingga kini, adakah sebarang penyakit kronik disebabkan penggunaan e-cigarette dilaporkan di Malaysia?

Jawapan :  Setakat ini, Kementerian Kesihatan belum ada menerima laporan penyakit yang disebabkan oleh penggunaan e-cigarette di Malaysia. Walau bagaimana pun, oleh kerana keselamatan penggunaan e-cigarette belum lagi disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan cecair e-cigarette yang didapati mengandungi nikotin, adalah dijangkakan pengguna e-cigarette juga mengalami risiko-risiko kesihatan sama seperti perokok kerana nikotin boleh menyebabkan penyakit jantung dan penyakit  saluran darah selain daripada keracunan akut sekiranya melebihi dos nikotin. Kajian juga menunjukkan nikotin boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dan wanita mengandung yang menggunakan nikotin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan kelahiran berbanding dengan wanita yang bukan perokok.


4. Dari manakah pengedar cecair nikotin ini mendapatkan bekalan walaupun bahan itu merupakan bahan kawalan?

Jawapan :  Pengimport dan pengedar e-cigarette tidak mengisytiharkan cecair nikotin e-cigarette sebagai produk nikotin atau mengisytiharkannya sebagai barangan elektronik atau bercampur aduk dengan barangan lain dan tidak mengisytiharkannya semasa membawa masuk e-cigarette dan cecair e-cigarette ke Malaysia.

5. e-Cigarette dilihat sebagai alternatif terbaik di kalangan pengguna untuk membuang tabiat merokok berbanding niko patch dan gula-gula nikotin yang disyorkan Kerajaan, apakah komen dari pihak Kementerian?

Jawapan :  Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai produk e-cigarette (WHO Technical Report Series, no. 955  dihttp://www.who.int/tobacco/publications/prod_regulation/trs_955/en/) yang menunjukkan bahawa kegunaan dan keberkesanan e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan, manakala keselamatan cecair nikotin e-cigarette adalah meragukan. Selain daripada tahap kepekatan cecair nikotin yang tidak mengikut tahap yang dilabelkan, ada juga cecair e-cigarette yang dilabelkan sebagai kosong (0 mg) nikotin telah didapati mengandungi nikotin, kajian US Food And Drug Administration (USFDA)pada tahun 2009 telah menunjukkan cecair e-cigarette turut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti diethylene glycol yang beracun dan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser. Pengambilan nikotin yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan akut manakala WHO juga memberi amaran bahawa kemasukkan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.

Berpandukan nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan penemuan hasil kajian yang menunjukkan bahaya cecair nikotin e-cigarette, setakat ini, Kementerian Kesihatan tidak memperakui e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai menggunakan e-cigarette.

6. Apakah yang patut dibuat oleh pengedar e-cigeratte untuk produk mereka berdaftar di Malaysia. Berapakah produk yang telah didaftarkan?

Jawapan :  Pengedar e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka dan memenuhi semua prosedur untuk pengesahan keselamatan produk tersebut sama seperti pendaftaran untuk bahan racun dan ubatan.

Setakat ini TIADA e-cigarette yang telah mendapat pendaftaran dan
kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kerana keselamatan produk tersebut tidak dapat dijamin.


7. Untuk cecair nikotin, berapakah tindakan yang telah diambil?

Jawapan :  Setakat ini Kementerian Kesihatan BELUM mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap e-cigarette dan cecair nikotin e-cigarette. Kementerian Kesihatan sedang memantau keselamatan produk e-cigarette dan penggunaannya serta mengkaji undang-undang yang berkaitan dan tindakan yang bakal diambil oleh Kementerian Kesihatan terhadap e-cigarette. Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan produk e-cigarette dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar sekiranya produk e-cigarette tersebut telah memenuhi semua keperluan pengesahan keselamatan penggunaannya serta didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmasi Kebangsaan.

8.  Apakah nasihat Kementerian Kesihatan kepada orang ramai mengenai e-cigarette?
Jawapan :  Kementerian Kesihatan mengambil berat terhadap kesihatan semua Warganegara termasuk para perokok. Kementerian kesihatan ingin memastikan produk e-cigarette yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan. Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-cigarette. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-cigarette kerana keselamatan e-cigarette belum disahkan.




Unit Kawalan Tembakau & Urusetia FCTC Malaysia
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia






Jumaat, 15 Mac 2013

1 Million Women Purple Walk dan Bantal Dumex Dugro baru


~ Assalamualaikum ~


Salam jumaat penghulu segala hari buat kwn2 alam maya kak Nurul.

Sihat x hari nie?

Selamat berhari minggu buat kwn2 semua.

Atau pun kwn2 yg kat Putrajaya dan area berdekatan  nak join 


MAJLIS PELANCARAN 1MALAYSIA KOMUNITI PERWANI &
1 MILLION WOMEN PURPLE WALK 2013
17 MAC 2013 (AHAD)


1 Million Women Purple Walk


Kak Nurul x pegilah kot,wlpn minggu nie x blk kpg.
Oh ya smlm dpt parcel dr Dumex dan dlmnya ada bantal
Sungguh lembut bantalnya dan nak simpan opis ajelah, sbb klu 
bawa blk rumah mesti berebut diorg tu nanti,dahlah cuma satu aje.






Khamis, 14 Mac 2013

Hepi belated besday kakak


~ Assalamualaikum ~


 Tanggal 3 Mac,12 tahun yg lalu,dlm kul 10.42 pagi lahirlah puteri sulung
kak Nurul di Hospital Besar Sibu. Pengalaman pertama bersalin yg amat
indah bila dikenang.Semuanya kena belajar dan lalui sendiri.
Maklumlah jauh dgn MIL dan ibu sendiri dah lama tiada.
Kakak pun ada sorang kat Sibu tp tinggal ngan family dia dan
jarang jugak berjumpa.Ingat lg masa pengalaman jaga dia kena jaundice
sampai kena marah oleh doktor dan pengalaman nak menyusukan dia,
kak Nurul nie jenis susu yg lambat klr spi 2-3 hari baru ada.
Sbb susu xde tu le dia x pandai nak menghisap,nak bagi  dia pandai
mengisap puting tu pun satu cabaran juga tau bg ibu2 yg baru bersalin.

Kul 3 pagi tu kak Nurul memang dah contraction,tapi x tahu itu tanda
nak bersalin sbb xde pun klr darah cuma lendir2 sahaja.Sampai kul sembilan
baru nak pegi hospital sbb dah x tahan dah.Sampai Hospital kejap je 
dah bersalin,syukur alhamdulillah semuanya lancar kak Nurul bersalinkan
 keempat2 cahaya mata.



*Selamat hari lahir yg ke12 thn buat Nurul Nazhirah Izzati.

*Semoga sihat selalu dan jadi anak yg solehah,
berjaya dunia dan akhirat.

*Semoga kakak jadi pembimbing yg baik buat adik2 semua.

*Belajar rajin2 sbb thn nie dah UPSRkan!

*Semoga berjaya buat kakak.



Buat kakak mama buatkan bluberry cheese kek ya.

Bluberry Cheese kek yg tiga mlm buat baru siap,mlm pertama bakar,mlm kedua deko dan mlm ketiga sambung lg dekonya.



Karipap dan cekodok menu tambahan

Sapa tahu nie apa?

Parcelis Nenas

Ayam masak merah

Nasi tamato

Inilah rupanya bila kek itu dipotong

Buat mkn ptg sikit,sbb bekfas dah lewat,MIL masakkan nasi tamato tu.Semua family ada masa nie.

Selasa, 12 Mac 2013

" Contest Kaca Mata PapaMifz.com "


~ Assalamualaikum ~


Hari nie dah 12 hb dan  15 nanti dah tutup contest kaca mata PapaMifz.
Memang nak join juga contest nie sbb kak Nurul pun bermata empat,rugi x joinkan!
Tapi itulah nak join last2 minit plk sbb xde idea langsung nak menulis wlpn PM dah 
bagi point2 yg ada dlm entry tu.


  • Apa jenama bingkai kaca mata sekarang?
  • Anda beli kaca mata tersebut dimana? Apa nama kedai??
  • Kanta kaca mata jenis apa yang dipakai sekarang?
  • Pengalaman manis atau pahit sepanjang berkaca mata?
  • Harga kaca mata tersebut?
  • Anda menyesal beli kaca mata tersebut?? Kenapa??



Apa jenama bingkai kaca mata sekarang?

Ok skrg nie kak Nurul pakai kaca mata yg xde jenamalah nampaknya,hehehee.....
sbb biasanya bingkai kaca mata org ada tertulis di tepi bingkainyakan,ada jenama
Bonia,jenama Ray-ban dan sebagainya,masalahnya jenama mata kak Nurul tu dah
hilang mungkin terhakis sbb dah lama dah pakai.Kak Nurul dah x ingat apa 
jenamanya..........boleh diterima x jwpn nie PM?,x tahu jenama bingkai kaca mata sendiri,huhuhu.






Anda beli kaca mata tersebut dimana? Apa nama kedai??

Kak Nurul beli kaca mata nie di kedai  Axis Eyewear.
Sbb kak Nurul beli kat situ sbb dekat aje rumah MIL dan kat Pekan nie xde
pilihan kedai lain selain kedai nie je.






Kanta kaca mata jenis apa yang dipakai sekarang?

Tentulah kaca mata jenis rabun jauh,sbb kak Nurul nie rabun jauh,tp berapa degree
kak Nurul lupa lagi berapa,huhuhu.......(memang x prihatin betulkan dgn mata sendiri)
Klu cikgu tanya berapa degree dan jwpn x tahu memang dah kena cucuk mata dah,tp takkanlah
ada cikgu yg kejam camtukan,lawak saje2 je.

Inilah kaca mata kak Nurul yg pakai skrg,waktu nie dekat nak raya skrunya tertanggal dan hilang,tp  dah tukar skru  lain,boleh pakai lg.


Pengalaman manis atau pahit sepanjang berkaca mata?

Ok pengalaman manis dan pahit berkaca  mata rasanya xdelah kot.Cuma.......
Kak Nurul perasan waktu sekolah dulu klu kak Nurul pki kaca mata memang
akan nampak cantik dan lebih confident,tapiiiii......,itu dulu skrg waktu dah betul2 kena pakai 
kaca mata nie dah terbalik plk,tahukan maksud kak Nurul tukan.Tapi nie pun boleh dikira
pengalaman maniskan lebih kurang seminggu berkaca mata memang rasa mata nie berehat
sangat sbb boleh tgk dengan jelas,tanpa kita paksa mata seperti kecikkan mata klu nak nengok
jauh(sblm berkaca mata).Jelas sejelasnya,dah x pening2 lg rasanya.
Pengalaman pahit plk mungkin mula2 nak pakai kaca mata nie rasa macam terkongkong
plk mata sbb x biasa lgkan,dan yg kak Nurul masih ingat lg kwn seopis kak Nurul ada
ckp kak Nurul mcm org tua plk berkaca mata.Mungkin sbb selama nie kwn tu dah biasa
tgk muka x berkaca  mata,tiba2 plk pki depan dia ke hulu ke hilir......... 



Harga kaca mata tersebut?

Kak Nurul dah lupa plk berapa harga sebenar kaca mata nie,tp klu x silap dekat RM500kan.
Kak Nurul x berapa nak ingat sbb yg byr hubby jadi tentang harga tu memanglah x ambik 
pusing sgt,lainlah klu sendiri bayar........


Anda menyesal beli kaca mata tersebut?? Kenapa??


Takdelah nak menyesal beli kaca mata nie,sbb pilihan bingkainya semuanya kak Nurul pilih sendiri.
Mula2 kak Nurul pilih bingkai yg kaler putih2 gitu,bila kaca mata tu dah siap dan kak Nurul try,alamak
mcm apa ya,x tahu nak ckp,jadi kak Nurul tukar bingkai lain.Mula2 tu kak Nurul ada tgk seorang perempuan nie pki bingkai kaler putih nampak cantik,tu yg kak Nurul pun perasan nak buat 
camtu juga, Mungkin perempuan tu nampak cantik dan kena dgn mukanya bingkai putih sbb kulitnya yg putih dan bentuk mukanya pun sesuai. Tapi skrg dah dekat lima tahun pakai bingkainya pun
ada sikit2 tertanggal dia punya cat,wlpn kak Nurul jenis org yg cermat pki sbb lepas pki memang letak
dlm bekasnya,mungkin dah lamakan.Klu dibandingkan dgn hubby sama buat dengan dia setakat nie
dia punya kaca mata rasanya dah lima atau enam kali bertukar sbb pecah kena pijak waktu sembahyang
kat masjid,sbb kena tarik ngan anak,terjatuh dan sbb lain yg kak Nurul dah lupa.



* Nampaknya siap juga entry nak masuk contest anjuran PM nie.
Ok bagi kwn2 yg nak join tu blm lg terlambat ada tiga hari lagi,jom......



Jumaat, 1 Mac 2013

Buah tgn dari Mekah


~ Assalamualaikum ~



Salam jumaat buat semua kwn2.

Bulan lepas dpt buah tangan dr Mekah pemberian kwn hubby.

Sebenarnya dah lamakan org blk haji,tp disebabkan kwn hubby
tu dia kerja Selangor dan jarang jumpa serta hubby pun sibuk je
bila kwn tu call suruh ambik, jadi  dia tetap simpan utk kitaorg.

Baru bulan lepas ambik,ada air Zam2,sejadah,minyak wangi dan 
lain2 seperti di bwh.
Kekacang tu tgk plastiknya ada lubang kena gigit,x pasti lipas ke atau
tikus jadi kitaorg x beranilah nak mkn,nak buang dlm tong sampah
rasa mcm bersalah plk,jadi ingat nak tanamlah nanti bila ada masa.

Apa2 pun terima kasih ya kwn,semoga dpt haji yg mabrur buat
awak suami isteri hari tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...