Selasa, 31 Disember 2013

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014

~ Assalammualaikum ~

Hari nie dah hari terakhir utk tahun 2013.Selamat tinggal 2013
dan selamat datang 2014.Sesungguhnya banyak peristiwa yg dah berlaku dlm thn 2013
ini kak Nurul blm berkesempatan nak mencoretnya di dalam blog.Semoga thn depan
kak Nurul diberi kesempatan untuk mengabdikannya di dalam blog walaupun kiranya
dah ketinggalan,huhuhuhu........

Selamat menyambut tahun 2014 buat semua kwn2 blogger,semoga azam bagi tahun 2013
 dah tercapai dan dah ada azam baru yg akan  dikejar utk thn 2014.








Jumaat, 20 Disember 2013

Alahai si tukang kasut

~ Assalammualaikum ~
Hampir seminggu kak Nurul x update blog,sebenarnya awal minggu nie kak nurul cuti untuk membeli
barang2 keperluan sekolah anak. Baju,kasut dan beg dah beli semua cuma tinggal alat tulis je lagi belum. Baju kakak plk kak Nurul beli kain meter dan tempah kat org, 3 pasang,nasib baiklah tukang jahit tu nak dan dia ckp boleh siap 25 hb nanti.Baju najmi dan Izzat biasalah kak Nurul beli di beelon.Ok bab baju anak2 dah settle. 

Baca kat harian metro muka depan hari nie kisah kejujuran seorang tukang kasut di Kuantan,Pahang.
Memang kak Nurul kagumlah akan rasa tanggungjawab peniaga tukang kasut nie. Sanggup menyewa bilik stor utk menyimpan kasut2 pelanggan yg tidak dituntut. Bukan semua tukang kasut yg sanggup buat begitu,......kak nurul ckp macam itu sebab dah ada pengalaman menghantar kasut untuk dijahit hampir setahun x siap2. Berkali2 datang ke kedai tu,x siap2 dgn bermacam2 alasan seperti x cukup pekerjalah dan sebagainya.Disebabkan dah hampir setahun x siap jahit jadi kak nurul decidelah nak ambik balik kasut tu,bila tanya mana kasut tu boleh plk dia cakap x pasti sbb mungkin dah dibuang sbb sblm beberapa hari nak ambik tu tukang kasut tu ckp dia dah buang berguni2 kasut yg org x tuntut.Apa yg masalahnya kak nurul bukannya x tuntut tapi bila nak ambik dia ckp x siap lagi. Hubby pun dah benggang sbb sukahati dia je nak buang kasut org.......tapi kak nurul cool lagi dan ckp ngan tukang kasut tu nak cari jgk kasut kak nurul tu.Akhirnya jumpa juga dlm guni dan masih berbungkus plastik siap ada no.telepon utk dihubungi klu dah siap jahit.Bila dah jumpa tu,siap tukang kasut tu tanya,nak jahit ke tak?kak nurul angkat kaki,blahh....x pyh.Mungkin kedai jahit kasut nie femes kat Melaka sbb kedai tu sederet kedai yg jahit kasut je di area jln hang tuah...........

Ada satu lagi kedai jahit kasut lebih kurang sama kes nie,tapi nie di Jalan Duyung,area family store(org Melaka mesti tahu),kak nurul hantar sepasang kasut nak tambah tapak dan tumitnya,hantar sebelum puasa dan slps raya kak nurul nak ambiklah.Boleh tukang kasut tu ckp x nak buat sbb nanti takut x diambik dan merugi dia sahaja klu buat.....boleh camtu plk?Kak nurul pun rasa marah pun ada,dulu waktu hantar nak no telefon sbb nanti boleh tanya dah siap buat ke tak,dia x nak bagi sbb nak privaci..........
Selepas tu suruh dia cari x jumpa.........nak tunggu tuan kasut tu sendiri cari baru jumpa.Boleh dia ckp x nak buat tu takut rugi sbb byk org x tuntut,dan alasan lain yg paling x munasabah kak nurul dengar ada org yg hantar kasut sini bukannya nak repair tapi nak buang kasut semata2.....ada ke gitu,dari masalah kos nak ke kedai dia membuang kasut tu lebih baik buang dlm tong sampah kat rumah sendiri je,lagi jimat .......agak2lah,dan sampai skrg kak nurul x hantar lagi kasut2 yg nak repair tu.
Klu pakcik tu ada kat sini kan senang kak nurul nak hantar kasut yg nak di repair.


Foto
SHAHRIZAL menunjukkan keadaan stor yang menyimpan kasut tak dituntut pelanggan.
Sumber:Harian Metro
Kuantan: Kerjayanya sebagai tukang kasut mungkin dipandang rendah sesetengah pihak, namun kejujuran dan sifat amanah dimilikinya, nyata satu keistimewaan Shahrizal Shahrani yang sukar ditandingi insan lain.
Ini kerana lelaki itu bukan saja menyimpan kira-kira 600 pasang kasut pelanggannya yang tidak dituntut sejak empat tahun lalu, malah sanggup menyewa stor dengan bayaran RM200 sebulan bagi menyimpan semua kasut berkenaan.

“Saya tidak akan menjual semua kasut ini kerana mungkin suatu hari nanti pemiliknya datang menuntut,” kata Shahrizal, 52, yang melakukan pekerjaan hariannya di sebuah premis di Jalan Mahkota, di sini.

Menurutnya, bagi memudahkan dia mengenal pasti kasut pelbagai jenama itu mengikut tempoh masa dihantar kepadanya, ia disimpan di atas rak dan di dalam guni.

“Kasut yang diletakkan di rak adalah yang dihantar antara setahun ke empat tahun manakala yang tidak dituntut dalam tempoh tiga ke enam bulan saya disimpan dalam guni,” katanya kepada Harian Metro.







Sabtu, 14 Disember 2013

Asam pedas ikan parang

Assalamualaikum. . . .

Dua minggu lepas kak nurul masak asam pedas ikan parang. Baru skrg ada kesempatan 
nak buat  entrynya. Saja je nak msk blog utk rujukan  sendiri  nanti.
Kak Nurul masak asam pedas  stail kak nurul  sendiri jadi klu ada x
 sama ngan resepi asam pedas yg kat luar tu jgn hairanlah ya. Sedapkan ikan 
parang wlpn byk tulang,mcm ikan terubok juga. Kat S'wak ikan parang nie 
x pemes sgt klu  dibandingkan kat sini.Org sana x berapa sgt mkn ikan ini.tp klu ada
 yg suka tu mungkin  sedikit je kot,sbb klu pegi pasar,tanya ngan penjual ikan tu ada 
x ikan parang barulah mereka klrkan.Tanya juga ngan org jual ikan tu nape 
x display mcm ikan lain,dia ckp jarang org nak beli ikan  nie....Oppss,. . .  pjg rasanya 
kak nurul  dah cerita pasal ikan parang nie,  masak ke x asam pedas kak nurul nie nanti .)


Bahan2
Ikan parang
Cili kering yg telah dikisar
Bawang merah dan putih dikisar
Serbuk kari daging sikit
Asam jawa
Halia,lengkuas dan serai diketuk
Halba sikit
Kacang bendi(klu suka)
Daun limau purut.


Cara2
Cili dan bawang yg dah dikisar gaulkan bersama. Panaskan minyak,masukkan halba 
dulu dan dah  naik bau tu masukkan pula cili dan bawang yg  dah digaul tadi,tumis
 sehingga garing,klu cili x garing nanti terlebih pedas plk asam pedas kita nie.Dah
 garing tu masukkan air sikit,dan  dah mengeledak masukkan air asam jawa,
 serai lengkuas dan halia serta limau purut. Lepas tu masukkan sedikit rempah 
kari. Satu lg lupa kak nurul masak pki kiub pati  ayam maggie atau pun knorr,
jadi bolehlah  masukkan sekarang seketul. Selepas tu boleh masukkan ikan
 dan kacang bendi.Bila ikan dah masak bolehlah angkat.


Asam  pedas  kak nurul  terlebih  minyak, tpkan  kak nurul  tgk  MIL  masak  asam  pedas
 pun  byk  juga dia punya  minyak,  sblm  hidang  asam  pedas  kita
buangkan  minyak  yg  ada  atas permukaan  asam  pedas  kita  tu ,
nie kak nurul  x  buang  tu  yg macam  lori  minyak  terbalik  je, hu hu hu . . . .


P/s: sebenarnya nie entry yg dah lama dlm draf kak nurul,so publish jelah.....

    

Khamis, 12 Disember 2013

Izzyan potong kek 5 tahun

~Assalammualaikum ~

1 hb 12 hari tu ptgnya sempatlah Izzyan potong kek birthdaynya.
Malamnya slps maghrib kitaorg bertolak nak pegi terus ke LCCT nak ambik
anak buah dan saudara yg dtg dr jauh nak ke sini sbb nak konvo 6 hb tu.
Biasalah klu bertolak masa tu memang jem jln,sampai kat LCCT pukul 11.30
malam,kasihannya dgn anak buah dan saudara lama menunggu kat airport
hampir 4 jam sbb flight diorg dr Kuching kul 5.30 ptg.Nak buat camne
sabar ajelah.

Sebenarnya x planning pun nak beli kek dulu utk birthday iyan ini.
Tapi ptg tu lps kitaorg blk dr kenduri kahwin jiran sblh,MIL nak pegi 
Maidin cari blender jadi hubby kirimlah ngan diorg suruh beli kek.
Itu yg just potong kek xde apa2 side menu pun.
Janji Izzyan hepikan.

"Hepi Belated Besday Izzyan"



muka yg baru bangun tido 1/12/2013...........dah lima tahun!





bersedia nak potong kek

bergambar bersama family mana yg ada ptg tu.

Rabu, 11 Disember 2013

Sushi tidak baik untuk kesihatan jantung

~ Assalammulaikum~
Sapa suka mkn sushi sini?berjaga2 sbb sushi x baik untuk kesihatan jantung menurut kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah. Kak Nurul pun x suka mkn sushi.Kwn2 camne adakah anda peminat sushi?
Sumber:Kosmo

SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3.
Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.
Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat.
Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh.
Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil.
Kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.
Selain itu, ia juga menyebabkan lupa ingatan, menggeletar dan buta manakala peningkatan kadar raksa meningkatkan risiko penyakit jantung.
Keputusan analisis penyelidik daripada Universiti Rutgers di New Jersey itu membabitkan pengambilan raksa oleh lebih 1,200 orang responden.
Peserta yang mencatat bacaan tinggi kebanyakannya merupakan peserta yang gemar memakan sushi.
Mereka turut disoal lebih lanjut berkenaan jumlah dan jenis sushi yang dimakan setiap bulan.
Penyelidik mendapati, kebanyakan peserta percaya sushi akan memanjangkan umur mereka tetapi meragui bahawa kandungan raksa pada sushi cukup tinggi untuk membahayakan kesihatan mereka.
Menurut kajian Pusat Perubatan Wexner Universiti Ohio, AS, kadar raksa yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.
"Selain memberikan kesan positif daripada omega-3, cemaran raksa pada ikan sushi memberikan kesan negatif seperti rendahnya kadar kolesterol baik, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok serta kelahiran pramatang," jelas para penyelidik.
Lembaga Pemantau Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) menyarankan pengambilan hanya dua sajian ikan yang mengandungi omega-3 pada setiap minggu.

Rumah Pusaka tinggal tangga

~ Assalammualaikum ~

Syukur alhamdulillah skrg banjir dah semakin surut dan ramai mangsa2 banjir yg
telah balik ke rumah masing2.Walaupun banjir dah semakin reda tetapi kesan
banjir itu juga menduga kesabaran dan ketabahan mangsa2 banjir.Seperti seorang 
mangsa banjir di Terengganu yg telah kehilangan rumah pusaka dan hanya tinggal
 tangga sahaja kesan dihanyut arus banjir.Kasihan dgn pakcik tu yg skrg nie hanya tinggal
sehelai sepinggang dan dahlah dia sebatang kara.Semoga ramai pihak yg membantu
mangsa banjir seperti dia begitu juga pihak kerajaan akan membantu mangsa banjir
seperti ini.Info lanjut dari my Metro hari ini.


Selasa, 10 Disember 2013

Kari Ikan Bawal bersama nenas

~Assalammualaikum ~

Pagi nie kak Nurul nak share resepi kari ikan bawal masak ngan nenas.
Ada x org yg masak ikan bawal bersama nenas,jgn2 kak nurul sorang je kot.
Tapi xpe kita boleh mencuba,ye dok? klu sedap boleh masak lg.
Tapi bagi kak Nurul klu masak apa pun dengan nenas,espp.ikan ke udang,
mesti sedapkan.

Kari Ikan bawal bersama nenas

Bahan2nya

1.  Ikan bawal 3 ekor yg sedang
2.  Buah nenas yg sedang
3.  Bawang merah,putih dan besar *
4.  rempah kari babas
5.  sedikit cili kisar
6.  serai,lengkuas dan halia*
7.  santan
8.  daun kari.
9.  Rempah tumis 4 beradik
10.Tomato dan kentang
10.Garam dan serbuk perasa

* bahan tersebut dikisarkan bersama

Cara2nya

1.  Tumiskan rempah tumis,kemudian cili kisar sehingga garing.
2.  Kemudian masukkan bahan2 yg dikisarkan tadi dan daun kari
3.  Apabila dah mendidih masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dgn air
4.  Masak sekejap.masukkan air,dan bila dah mendidih masukkan santan.
5.  Masukkan nenas dan kentang.
6.  Selepas itu bolehlah masukkan ikan dan tomato.
7. Masukkan garam dan serbuk perasa sedikit.
8. Tunggu ikan masak dan bolehlah tutup api.

Selamat mencuba.



Isnin, 9 Disember 2013

"Review Bersama Blog HT"

~ Assalammualikum ~



Jom join segmen Review Bersama Blog HT.
Nak join sila klik banner di atas.

Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua pemilik blog Personal sahaja.
2.  Masukkan blog http://herba-tihara.blogspot.com/ ke dalam bloglist anda.
3.  Buat satu entry bertajuk "Review Bersama Blog HT"
4.  Letak banner di atas dan link back to this entry.
5.  Tinggalkan link entry anda pada kotak komen di bawah.


Hadiah-hadiahnya :


Pemenang pertama, kedua dan ketiga  (Dipilih menggunakan random org. )

-Review blog
-Sticky post untuk review entry- 24 jam

Pemenang keempat, kelima dan keenam (Dipilih menggunakan random org. )


- Blog pilihan entry- 1 entry setiap seorang


Top referral tertinggi untuk link entry ini-


-Hadiah cenderahati dari blog ini- 2 pemenang

**tarikh tutup: 24.12.2013 ( Selasa )


Kek Minyak dan tutorialnya.


~ Assalammualaikum ~

Selamat hari isnin buat kwn2 semua.Semoga hari pertama di minggu ini dimulai
dengan ceria dan bersemangat pd kwn2 semua.
Hari sabtu lepas kak Nurul baru first time cuba resepi kek minyak.
Rupanya senang nak buat kek nie dan menjadi,kek nie pun sedap rasanya.
Kak Nurul nak cuba sebab tengok di FB kwn2 yg sama group kongsi resepi
yg baru kak Nurul join tu kebanyakkannya post kek minyak yg diorg dah 
berjaya buat. Semua ckp mudah2 je,jadi kak Nurul cubalah,memang betul
mudah dan sekejap je buat kek nie.

Di sini kak Nurul nak share utk kwn2 yg belum pernah cuba lagi buat kek nie.


Kek Minyak

Bahan2nya

5 Biji telur
1 cawan minyak masak(kak Nurul guna minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor(kak Nurul guna gula halus sbb ada stok)
2 cawan tepung gandum
1 ST baking powder
1 ST ovellate(ada stgh resepi kak Nurul tgk 1 susu besar)
1 ST esen vanilla

Cara2nya

1.  Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan
2.  Pukul telur dan gula hingga kembang,kemudian masukkan ovellate dan pukul lagi
3.  Masukkan susu pekat dan esen vanilla,kemudian minyak masak sampai sebati
4.  Akhir sekali masukkan tepung  dan pukul perlahan sampai sebati.
5. Bahagikan kepada tiga adunan,dengan warna yg berbeza.
6. Masukkan dlm loyang yg telah dilengserkan mentega dan selangselikan warna sehingga habis.
7.  Untuk coraknya gunakan lidi,buatlah corak mengikut kreativiti masing2.
8.  Bakar 170 darjah celcius selama 45 minit.

Selamat mencuba.





Bahagi tiga adunan.

Adunan sebelum dan selepas dibuat corak. Anak2 kak Nurul tanya mama buat kek Rainbow ke?


Inilah kek minyak tu,ada stgh org panggil kek marblekan! Yg ini kak Nurul gunakan loyang spring foam yg 9 inci,tu yg kek x berapa tinggi,next time nak pki loyang yg saiz kecik lg.

Ahad, 8 Disember 2013

Beras dan kutu/bubuk:Camne nak menghilangkannya.

~ Assalammualikum ~

Beberapa minggu lepas kak Nurul baru perasan beras huma yg kaklong
kasi dari kampung dah ada bubuk.Silap kak Nurul juga sbb beras tu kak
Nurul x letak dlm bekas yg bertutup,just kak Nurul letak dlm plastik je di atas 
tong beras.Rupa2nya bukan main byk lg bubuk tu dah berkampung dlm beras
huma tersebut.Kak Nurul x masak habis beras tu sbb sayang,iyalah beras huma
dari kaklong,dan kak long sendiri yg tanamkan. Beras nie klu masak
iyanya berwarna merah hitam pekat dan wangi baunya.
Itu yg kak Nurul sayang nak buangnya bila dah berbubuk sebab
ada sentimental value di situ.(hai kak nurul beras pun ada sentimental value)
Jadi apa yg kak Nurul buat?
Kak Nurul tampi2 kan dulu,buang mana beras yg dah hancur tu,
dan bila lepas ditampi,biarkan dulu dan berduyun2lah kutu atau
bubuk beras itu akan keluar.Jadi dikesempatan itu kak Nurul 
buanglah bubuk2 tu.Selain itu kak Nurul jemur juga beras tersebut di 
tgh2 panas, dan cara yg lain juga kak nurul masukkan bawang putih yg
dah dikopek masukkan dlm beras tu, selepas tu kak nurul klrkan bawang
putih yg dah dikopek tu takut nanti beras basah dan busuk plk.
Sehingga sekarang beras tu kak nurul masukkan bawang putih tp masih
yg berkulit itu.Sehingga skrg masih ada lg sikit2 bubuk di dalamnya.





geram tau dgn kutu2 beras nie,anak2 leka juga bermain dgn kutu2 beras nie,ada yg ambik masuk dlm bekas,masuk dlm air........hai kejamnya anak2ku ini.

Sambal Buah Embang


~ Assalammualikum ~

Selamat berhari minggu kwn2 semua.
Masak apa hari nie?
Ataupun masa nie kwn2 tgh bercuti dgn family sempena cuti sekolah.
Hari nie kak Nurul nak share resepi Sambal buah Embang.
Ingat x lagi dgn buah embang yg kak Nurul postkan hari itu?
Hari tu kak Nurul buat jeruknya
dan hari nie kak Nurul buat sambalnya plk.
Sambalnya tu bukan sambal letak lada kering dan tumis ya kwn2
tapi sambal nie stailnya buat kerabu.
Kat tpt kak Nurul di S'wak klu buat kerabu mangga ke,kuini ke
semuanya kita panggil sambal,sambal mangga,sambal kuini
dan sambal embang..............
Jom kita tgk cara2 membuatnya,senang dan mudah tapi 
bagi tekak kak nurul memang menyelerakan.....

Sambal buah embang

Bahan2nya
Buah embang yg muda atau pun mekal
Ikan bilis
Belacan bakar
Cili hidup
garam,gula dan serbuk perasa

Cara2nya
Buah embang di sagat. Belacan (agak2 sendiri saiznya) dibakar.
Tumbuk ikan bilis,cili hidup dan masukkan belacan yg telah dibakar tadi
sehingga lumat,kemudian gaulkan dengan buah embang yg kita dah sagat
tadi,masukkan garam,gula dan serbuk perasa sikit.Dah siap,klu letak cili
yg pedas lagi terangkat bila makan dgn nasi.




Sabtu, 7 Disember 2013

Vitamin C Shaklee

~Assalammualaikum ~

Selamat berhari minggu buat kwn2...
Minggu nie kak Nurul x kemana2 sbb hubby OS lg.
Duduklah rumah sambil menghabiskan masa berkualiti dgn anak2.

Hari tu nasib baik kak Nurul x tunggu nak ambik order vitamin c
shaklee dgn officemate,kak nurul terus beli dgn lg officemate yg lain.
seminggu slps beli vitamin c nie kwn kak nurul tu bersalin dah,
selamat cancel order ngan dia.vitamin c nie kan lama xde 
stok jadi dah lamalah kak nurul x mkn vitamin c nie,
dan nie dah nak mula blk,itu pun selalu skip mkn,lupa dan malas,hehehe...
Banyak kebaikan vitamin c nie,malas kak Nurul nak cite sbb
ramai lg blog di luar sana yg pengedar sah shaklee lebih detail
lagi penerangan diorg.Kita nie hanya pengguna shaklee je,
nak jadi member takut nanti tak beli byk sgt produk shaklee nie
dan kak Nurul dari dulu memang xde bakat dlm berniaga nie.




Jumaat, 6 Disember 2013

Surah Al-Imran Ayat 200


~ Assalammualaikum ~

Salam jumaat buat kwn2 semua.
Hari nie just nak share salah satu surah yg bagus diamalkan dlm
mendidik anak2. Surah yg dimaksudkan kak Nurul ialah Surah 
Al-Imran ayat 200 ayat yg terakhir. 





"Hai orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya" - ayat 200 Surah Al-Imran.

Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.

* Ayatnya pendek dan syukur alhamdulillah kak Nurul dah boleh hafal,kita nie yg dah berumur sikit memang
susah nak menghafal mcm zaman2 sekolah dulu.


Khamis, 5 Disember 2013

Jom Makan Buah


~ Assalammualaikum ~

Jom Makan Buah pd 6-10 Disember nie di Putrajaya.
Kak Nurul x pernah lg pegi ke event jom makan buah sepanjang duduk 
di Putrajaya nie.Bermacam2 acara diadakan sempena hari tu.

Date: 06 December 2013 - 10 December 2013
Time: 10:00 AM - 10:00 PM
Venue: Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya


Jom Makan Buah @ Putrajaya 2013



Rabu, 4 Disember 2013

Kami ke Cameron Highland Part 1

~ Assalammualaikum ~

Nampaknya skrg Pahang,Terengganu dan Johor dilanda banjirkan.
Semoga mangsa2 banjir semua di sana tabah menghadapi ujian Allah SWT.
Apa yg kita harapkan bantuan segera kepada semua mangsa2 banjir ini.
Semoga semuanya selamat.
Tempat kak Nurul nie pun dah seminggu nie hujan.
Kain baju yg x kering pun dah melambak2.
Apa2 pun kita patutnya bersyukur apa yg terjadi ini,Allah maha lebih mengetahui.

Oh ya, penghujung bulan mac hari tu kak Nurul dan anak2 ikut hubby kerja Cameron 
Higland,masa tu blm lagi kejadian tanah runtuh. Walaupun dah lama berlalu
baru hari nie kesempatan nak masuk dlm blog buat kenangan.
 Kitaorg pegi pagi jumaat sbb hubby dia kerja hari sabtu tu,so ptg sabtu dan 
ahad baru dpt jln2 di CH.Kak Nurul dan anak2 baru first pergi CH.
Jalannya bengkang bengkokkan,itupun kita lalu simpang Pulai dan hubby ckp
klu lalu Tapah lg curam jlnnya.


Perjalanan kami,ada masa hujan....

Pemandangan sepanjang perjlnn

dah sampai...

kitaorg duduk di Strawberry Park,ok jgk,luaslah bilik dia.

Dah namanya blogger mestilah nak ambik semua gambar....



dah nama tempatnya strawberry mestilah ada strawberry,belum sempat ambik gambar lg dah tinggal 3 bijik je.

Selasa, 3 Disember 2013

Sempat juga berenang sini......

~ Assalammualaikum ~

Dah hampir 2 minggu lebih anak2 bercuti sekolah,namun belum ada kesempatan 
lagi buat kak nurul dan hubby nak bawa diorg jln2.
Tapi 2 minggu lps sempatlah bawa diorg pergi berenang di Hotel Impress hotel,
itu pun sbb hubby ada taklimat di sana.Bolehlah buat mereka seronok sekejap
wlpn hanya sekejap shj. Bawa sekali cousin diorg,Haziq yg mana memang tinggal
di Melaka nie.Slps nie tiga minggu berturut2 plk hubby kerja dan OS pd sabtu
dan ahad plk,jadi xlehlah nak bawa lagi diorg berjln2.Lagipun klu nak bercuti
mamanya cuti hanya tinggal 4 hari aje lagi mcm nak berjlnnya anak2......
sian diorg.Cuti tu pun mama rezeb utk beli baju2 sekolah dan keperluan 
persklhn thn depan. Macam inilah klu x pandai nak merancang percutian,
blm sampai hujung thn lg dah habis cuti tahunan............


muka izzyan baru bangun tido.

Hotel nie parking belakang hotel,x tahulah ada x basement....



sama plk kaler baju  izzyan ngan budak tu,budak tu klu x silap anak sama staff hubby kat Sibu dulu,tp skrg dah pindah di Sabah.

letih berenang,minum oren dulu,sblhnya Izzat semakin pjg skrg.

view dr tingkat 13


Isnin, 2 Disember 2013

Semaknya...


~ Assalammualaikum ~

Kali nie segar sikit mata memandang gambar yg kak Nurul uploadkan nie,hijau,fresh.......
Walaupun hijau segar mata memandang,ada juga mata yg sakit bila memandangnya.
Inilah view laman rumah kak Nurul di kampung setelah ditinggalkan hampir sebulan 
lebih,last blk hari raya haji tu dan blk kenduri Auni minggu lepas ada blk tapi
x tido di sini just  singgah ambik bantal,toto dan selimut nak bawa tido di
 hotel Impress.

Balik minggu nie pun hubby x sempat nak potong rumput lagi sbb spjg sabtu tu
dia monitor org tgh buat auto gate.
Hari ahad plk kenduri kahwin rumah jiran sblh,jadi bertambah semaklah
halaman rumah kak Nurul,huhuhu........
Kadang2 ada terfikir juga,sbb sayang rumah tinggal camtu ajekan,
rasanya dah tiba rasanya nak pindah kerja Melaka.
Tapi kak Nurul rasa hubby mungkin blm bersedia klu nak pindah sana.

Apa2 pun semoga BIL sudi nak potong rumput di halaman rumah kak Nurul.
Kadang2 selalu jgk dia potong rumput di rumah kak Nurul,tapi tgk
jgk  tu,maklumlah org bujang trangtang2 camtu mahu ikut mood dia jek.




sblh sana dua org pekerja berehat slps pasang auto gate.......gambar kak nurul curi dr tepi rumah,huhuhu.....

Cuci betul2


~ Assalammualaikum ~

X nak komen lebih,bila tgk cacing di dlm pinggan camni klu kak Nurul mesti
dah menjerit,memang gelilah dgn cacing2 nie. Refer sini nak tahu lebih lanjut.
Kak Nurul pun selalu jgk bila tgh potong sayur kobis nie jumpa cacing hitam camni.
Itu yg kena cuci bersih dan bilek2 satu persatu helaian kobis tu takut bendalah
nie ada di dlmnya.
kwn2 semua geli x cacing x?
Sumber:mynewshub

Ahad, 1 Disember 2013

Hepi besday Izzyan


~ Assalammualaikum ~

Selamat hari jadi buat anakanda NURUL NAZIHAH IZZYAN
hari nie 1 Disember 2013 genaplah 5 tahun ya ian,
semoga jadi anak yg solehah,sihat sejahtera selalu dan semoga
sentiasa dilimpahi rahmat dari Yang Maha Esa.
Sayang iyan,muuaaah..........

Jumaat, 29 November 2013

Beginilah klu anak cuti sekolah.


~ Assalammualaikum ~

Lambat sikit bersiaran hari nie sbb pg tadi ada field work sikit.
Beginilah klu anak2 cuti sekolah dan duduk di rumah.
Hari tu kak Nurul rasa baru seminggu beli dan buka kicap yg baru
tgk2 dah nak habis,biar betul anak2...
Nie mkn kicap ke apa?

Cuba tgk hari kak Nurul beli klu x silap 17hb pg ahad tu sblm majlis
graduation Izzyan.Dan gambar kicap tu kak Nurul ambik ari khamis
21 hb(yg masalahnya kak Nurul tulis entry nie lambat) dah tinggal
sikit....Kuatnya anak2 kak Nurul nie mkn kicap,nie mesti semua
apa yg nak dimkn letak kicap niekan!tanya ngan najmi,najmi ckp
izzyan yg kuat mkn kicap,....apa2lah anak.Janji mkn betul2 jgn
buang2 plk,xelok nak membazir aje.

Macam2kan ragam anak2 tinggal di rumah bila cuti sekolah nie,
nie blm termasuk cecair pencuci baju kak nurul hampir habis
dikerjakan si najmi utk mencuci lantai di blkg rumah.
Tanya sorang,yg sorang ckp yg sorang tu.....
Hai anak2.........




Khamis, 28 November 2013

Ikan Jenahak masak masam manis.

~ Assalammualaikum ~

Petang nie kak Nurul nak share resepi Ikan jenahak masak masam manis.
Sebenarnya dah lama masak lauk nie,ptg nie baru nak tulis resepinya.
Resepinya simple je bagi kak Nurul x seperti resepi lain yg biasanya
org masak masam manis,kak Nurul guna bahan2 apa yg ada kat rumah 
je masa tu.





Bahan2
Ikan jenahak
Bawang putih,merah dan holland(Kisar)
Cili Kisar
Halia(dihiris halus2)
Sos cili
sos tamato
Tamota
Garam,gula
1 sudu tepung jagung

Cara2nya

Ikan dibersihkan,lumur dgn kunyit dan goreng separuh masak.
Untuk membuat kuahnya tumiskan dulu cili kisar sehingga garing.
Masukkan bawang yg dikisar,kemudian masukkan sos tomato dan cili
Kuah dah mendidih masukkan tomato,garam dan gula.
Kemudian masukkan ikan yg separuh masak tadi.
Tunggu sehingga ikan dah masak kemudian masukkan bawang besar
dan cili hidup yg dipotong dan tutup api.
Bancuhkan tepung jagung dan kacau msk dlm masakan tadi
untuk memekatkan kuahnya.
Dah siap....
jgn hairan nengok kak Nurul letak byk tomato kecik sbb masa
 baru lepas blk dr CH.huhuhu........

zoom sikit.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...