Selasa, 30 Oktober 2012

Kamera AES

~ Assalamualaikum ~

Raya haji dah pun berlalu,semoga semua umat Islam yg mengerjakan
haji di Tanah Suci sudah pun mendapat haji yg mabrur.
Kwn2 pula dah berkorban ke?berapa ekor korban thn nie
di kwsn kwn2 semua dan dpt x daging korban? hehehe.....

Ok dah habis cite raya haji tu nie plk setiap pagi kak Nurul klu
 pegi kerja dan htr anak2 ke sklh
mesti melalui kamera AES,apa kamera AES tu ya kwn2.
Mesti dah tahu semuakan sbb byk diperkatakan di dlm media2 massa.
Sistem Penguatkuasaan  Automatik atau englishnya Automated 
Enforcement System  (AES) mula dikuatkuasakan  pd 23 September
 2012. Klu lalu je  kat kamera AES tu mesti di bawah 70 km/j klu ikut 
signboard di tepi jln tu. Lepas dah lalu kamera AES tu kak Nurul tgk 
berdesub lg kebanyakkan keta.

Jom tgk video nie lebih kurang sama je cam kamera AES,tp kamera
nie boleh berjln,mula2 tgk ketawa juga,ada juga org yg camnie yea.
Dia nie namanya Remi Gaillard dr.Perancis.


Rabu, 24 Oktober 2012

Sedapnya bluberry cheese tart

~ Assalamualaikum ~

Sebelum cite pasal chesse tart nie,kak Nurul mohon maaf
sbb xleh lg nak gi melawat rumah kwn2.
Hari isnin tu bukan main lg monday blues kak Nurul nie yea.
Smlm dan hari nie  dah mula bz plk,sbb tu x dpt
lg nak gi jenguk rumah kwn2 semua.

Dua hari lepas hubby ada beli cheese tart nie kat member opisnya.
RM45 satu bekas,berapa biji dlm tu x tahu,sbb tanya ngan
hubby dia order je x tahu berapa biji semuanya dlm tu.
Hubby order satu bekas lg buat adik ipar di kpg
yg tgh mengidam tart nie.

Balik kerja ptg smlm sambung lg mkn tart nie dgn anak2.
Pagi tu si Izzyan siap bawa bekal tart nie  ke taskanya.
Kak Nurul bekalkan 6 biji buat dia.Ptg ambik dia kat
taska teachernya ceritalah habis tart tu dia mkn semua.....sedaplah tu.
Siap teacher tanya siapa buat,jadi si Izzyan jwblah mamanya
yg buat, pandai ko iyan yea jual nama mama yg x pandai buat
apa2 tart nie....malu mama tau ngan teacher tu.Pagi tadi 
siap dia sendiri cari bekas dlm kabinet nak bekal lg kek nie
(si Iyan sebut tart nie kek). Naik jenuh juga kak Nurul
nak memujuk dia ckp yg kek tu dah habis,siap tunjukkan
dia bekas yg kosong lg,nasib baik dia x tgk tart yg satu
bekas lg dlm peti ais tu,tu org mengandung punya x boleh
nak ambik nanti meleleh air liur sepupu iyan yg sorang nie.
Dahlah pagi kita nak cepat klr dr rumah,last2 nasib baik
le ada satu bungkus jelly yg x buka lg boleh pujuk
dia,huhuhu...........sedap sgt ke cheese tart tu?
Insya Allah klu mama rajin nak belajar juga buat tp
x tahu bila..........kwang3x.



dscn2586
Imej dr google.


P/S:Terima kasih pd semua yg mendoakan semoga Iyan dpt tadika dekat dgn 
opis kak Nurul nie,Insya Allah dgn berkat doa kalian dimakbulkan Allah SWT.



Isnin, 22 Oktober 2012

Monday Blues.........

~ Assalamualaikum ~

Selamat hari isnin kwn2 semua.....

Camne dgn weekend lepas?

Semangat x kerja hari nie?
Hari permulaan utk minggu nie.

Mungkin ada yg monday blues hari nie?
Macam kak Nurul  nie,huhuhu.....

Rasa nak rehat2 duduk kat rumah tanpa fikir2 apa.....
Boleh ke macam tu?




Jumaat, 19 Oktober 2012

Semoga dapat

~ Assalamualaikum ~

Salam jumaat  buat semua kwn2.

Pagi tadi kak Nurul dah htr satu permohonan untuk sklh tadika
Izzyan.Apply kat taska dpn opis kak Nurul je dulu.
Borangnya baru klr hari selasa  tu dan hari nie last day 
hantar dia punya application. Borang yg kak Nurul ambik tu
pun dah bil. yg ke163 borang.Kak Nurul suka taska nie
sbb ramai kwn kak Nurul yg htr anak kat situ ckp bagus
dr segi akademiknya.Antara syarat nak htr anak situ
mesti x pki pampers lg,huhuhu.....syukur alhamdulillah Izzyan
skrg dah x pki pampers tp yg satu kak Nurul risau sbb dia
waktu tido pki lg,klu di taska tghari diorg nie mesti tidokan.
Jadi start weekend nie nak latih dia tido x yah pkai pampers.
Selain tu  lg yg kak Nurul risau jgk dia nie ckp masih lg pelat
yg teramat sgt,takut plk nanti cikgu2 sana x faham apa
yg dia ckp.nie dah berangan je dpt htr taska tu.
Doakan ya kwn2 kak semoga Izzyan dpt sklh situ.
Sbb dekat dgn opis,yuran bulanannya pun rendah berbanding
dgn taska yg kak Nurul dah survey sblm nie.




Borang yg telah siap diisi.

Mesti ada gambar 4 keping.Nie gambar hubby ambik sendiri
pagi smlm sblm kitaorg pegi taskanya.Bila kak Nurul tgk gambar
nie kak Nurul gelak sbb besarnya kelapa iyan,.....
Ayah x pandai lg ambik gambar nie.
Ibu2 bapa2 inilah jadi bila anak2 mkn x cuci tgn.

Rabu, 17 Oktober 2012

Wordless Wednesday





~ Assalamualaikum ~



Buku yg kak Nurul start baca dr. thn lepas x habis2.........huhuhu.

Simple Segmen : Saya Nak Blogwalking



miss Z berceloteh


Nak join sila klik banner di atas
Tarikh tutup:19 Okt.2012

Jom join ramai2


Jumaat, 12 Oktober 2012

Cara tertibkan anak berkunjung rumah tetamu

~ Assalamualaikum ~

Salam jumaat buat kwn2 semua.
Sekejap je dah nak hujung minggu  balikkan. Lately nie kak Nurul
macam xde idea nak tulis di blog,tu yg dlm minggu nie cuma ada
2 je entry kak Nurul,idea kering dan kontang,huhuhu......
Sebab tu berblog hanya untuk mengisi masa lapang je dan 
klu masa bz tu xdelah nak paksa2 sgt diri utk update blog dan bw.

 Meh sini kak Nurul nak berkongsi tips2 camne nak handle anak2
klu kita bawa ke rumah kawan2 atau sedara.Bukanlah anak kak Nurul
nie klu ke rumah kwn2 dan sedara duduk diam dan baik je xdelah,tp selalunya
sebaliknya sbb tuelah kak Nurul nak berkongsi tips tu bersama.
Biasalah budak2kan,nak kena kita ingatkan selalu.Macam tu lah anak2
 kak Nurul esp.si Najmi klu kitaorg pegi rumah
sedara atau kawan2 memang Kak Nurul dah warning awal2 lg dlm
keta, kadang2 sekejap je ingat apa yg kita dah warning tue........bila tuan 
rumah x nampak startlah kita nie  jeling2 maut kat diaorg.Kadang tu macam 
kita nie x ajar plk si anak2kan,wlpn disebaliknya.



sila klik utk pembesaran imej.

Sumber: LayarMinda

P/s:Jom main teka teki,teka teki kat radio IKIM smlm.
    Buah apa yg jatuhnya ke atas? xde hadiah buat yg mjwb dgn betul
    sekadar suka2 shj,huhuhu.......

Khamis, 11 Oktober 2012

JOM JADI GENG BUI

~ Assalamualikum ~


Nak join sila klik banner di atas
Tarikh tutup:30 Okt.2012

Jom join ramai2.

Selasa, 9 Oktober 2012

Snap a photo, write a caption & WIN RM5000 cash!

~ Assalamualikum ~

Sibuk lg opis nak 5S blk,bila audit nak dtg jadi
kemas2lah apa yg patut,touch up sana touch up sini yea.
Janji 5S tu sentiasa diamalkan.

Ok baru2 nie  Kak Nurul ada join MRT contest ,senang je klu 
kwn2 nak join. Cuma tangkap gambar dan karang ayat2 
sambungan dari ' I need MRT because .........
Nak lebih details klik di bawah.




P/s: klu x keberatan sudi2lah vote untuk kak Nurul.Pd sapa yg dah join tu pm kak Nurul di FB Insya Allah akan tlg votekan.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Cincin Tunang


~ Assalamualaikum ~

Salam jumaat buat kwn2 semua.Terima kasih kak Nurul ucapkan pd
semua kwn2 yg mendoakan yg terbaik buat anak kak Nurul Najmi
sempena birthday dia yg ke 9 thn.Semoga dgn berkat doa kwn2
semua itu dia akan menjadi seorang anak yg boleh diharap  spt harapan
  semua ibu bapa di dunia ini terhadap anak masing2.

Apa plk cincin tunang nie? Tentu ramai kwn2 yg bertunang sblm
nikahkan.Ada yg tunang pagi mlmnya dah  akad nikah.Ada juga yg
bertunang lama hingga bertahun2.Ada juga yg bertunang dulu sebagai 
tanda ikatan sbb berjauhan pun ada,tp nikahnya blum ditentukan lg.
Ada juga yg terus nikah x payah nak tunang2 pun ada.

Kwn2 tentu ingatkan tarikh bersejarah itu dlm hidup ini.Tapi
ada juga yg x ingat esp.org lelakikan.sapa lelaki jgn marah ya
sbb bukan semua lelaki camtu.  Barang sebagai tanda pertunangan
tu pun mesti kita ingat dan jaga selama-lamanyakan sbb 
ada sentimental value di situ. Biasanya klu bertunang nie org akan htr
 cincinkan, cincin belah rotan. Nielah cincin tunang kak Nurul  sbgi 
tanda ikatan  13 thn yg lalu. Tapi nampaknya skrg dah ada 2
 lompong yg dah lama terbiar tp hari2 kak Nurul pakai juga. 
Blum kesampaian lagi nak refil blk lubang2  tu.Walaupun wujud 
lubang2 trsbt tapi xkan mengoyah cinta kami dua suami isteri.ceeewaah.......

Oklah entry merapu kak Nurul kali nie.Kpd kwn2,adik2
yg masih bertunang itu jagalah tatasusila sbb fasa bertunang
nie byk dugaannya dan ingatlah dah bertunang tu bukan
tiket nak lebih2.




Biskut raya yg kat rumah ada lg jadi tapau bawa opis.

Khamis, 4 Oktober 2012

Hepi Besday Najmi......

~ Assalamualaikum ~


Tanggal 29 September lps hari sabtu adalah hari ulangtahun ke 9
anak kak Nurul Muhammad Najmi Izzuddin.Dah 9 thn dia
tp belum menunjukkan lg  tahap pemikiran budak yg umur camtu,
tp tahap pembesaran fizikal dah nak sama dgn budak yg sklh thn 6.
Kadang2 tgk adik dia lebih lg mature dr dia nie.Macam mana
nak buat tu?........

Hari tu kak Nurul buatlah kek besday dia sendiri.
Kak Nurul  buat kek coklat moist.Buat dua acuan
lps tu layer2kan jadi bertambah tinggilah kek tsbt.
Cuba ikut resepi kat internet cara buat ganache tp cam x 
menjadi je sbb bila toppingkan kat atas kek tu cair 
melimpah ruah sehingga BIL ckp nie  kek gunung berapi
krakatau di Indonesia. x kisahlah kek apa  janji 
sedap ye tak? macam masuk bangkul angkat sendiri je nie.

Nie macam izzyan plk punya birthday......


kek stgh  dah dipotong.


Semoga Najmi jadi anak yg baik,mendengar kata org tua,jaga solat dan rajin belajar,amin.

Selasa, 2 Oktober 2012

Kek Lapis Horlick


Assalamualaikum.........

Dua hari lps kak Nurul share resepi kek belacan.Hari nie plk jom
try kek lapis horlick.Dlm internet pun tdpt byk resepi nie.
Kak Nurul pun ikut resepi brother Rozan ~kredit to him~

Bahan-Bahan:10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster
240 gm tepung gandum (saya gunakan tpg HK)
200 gm Horlicks
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung dan horlicks. Kacau/gaul rata-rata. Bakar dgn suhu abt 200 darjah Celsius (api grill je) selapis-selapis hingga selesai.



~ Selamat mencuba ~

Isnin, 1 Oktober 2012

Projek rumput tukar projek lain.

Assalamualaikum.......

Minggu lps sudah pembentangan budget 2013.Macam mana
pendapat kwn2 ttg budget tsbt?Sejujurnya kak Nurul
memang x mengikuti budget 2013 nie,yg cuma tahu penjawat
awam akan dpt bonus.Ok lupakan cite budget tu,skrg kak
Nurul tgh pening kepala sbb budget tanaman rumput rumah
kak Nurul dah terpakai utk projek lainlah plk. Disebabkan projek 
pagar tu terbengkalai jadi tanaman rumput pun x boleh jln
lg,last2 budget tu kita pakai beli barang lain iaitu kamera.
Memang hubby nak beli kamera nie dah lama tp blm ada budget.
Ditambah lg  abg dia dah angkat satu kamera dsrl Nikon jadi,
si hubby pun semangat juga nak beli skrg. tp sblm tu discusslah 
laki bini mana lebih penting,rumput ke camera,huhuhuhu.......
Kata sepakat nak pilih kamera jugak,jadi nanti rumput tu 
sama2lah berhujan dan berpanas nak beli sikit2 dan tanam sendiri.
Bye2lah rumput carpet atau pearl, spt entry sini kita org nak tanam cow
 grass je senang nak jaga, maklumlah kita hari minggu je duduk rumah tu,
mana ada masa nak jaga,bukan alasan nak menyedapkan hati ke
x dpt rumput yg cantik.

Inilah hasil tembakan kak Nurul, bunga2 kat kwsn rumah jiran,
rumah kak Nurul blm ada bunga lg,huhuhuhu......












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...