Rabu, 29 Februari 2012

Pohon 1 Malaysia

Assalamualaikum..........
Disebabkan hari nie 29 Feb.2012 yg akan muncul 
4 thn sekali jadi aku buatlah entry sikit w/pun minggu
nie still bussy..........

Pernah dengar x pohon 1 Malaysia?
Aku pun baru dpt kalendar  dgn Pohon 1 Malaysia.
Jadi nak Kongsilah ngan kawan2 ada rupanya
pohon satu Malaysia.....
Semuanya 1 Malaysiakan,Rumah 1 Malaysia,kedai 1 Malaysia,
Batik 1 Malaysia,Klinik 1 Malaysia,
Dana 1 Malaysia dan byk lagi 1 Malaysia sejak 
Najib jadi PM kita.........

Pohon 1 Malaysia nie ditunjangi oleh akar2nya
Rukun Negara
1.Percaya kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-Undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan

Batangnya
Perlembagaan Persekutuan

Keadilan Sosial

Penerimaan

Budaya Ilmu

Kebijaksanaan

Dahan-dahannya
Integriti
Ketabahan
Kesetiaan
Budaya Inovasi
Budaya Berpretasi Tinggi
Budaya Ketepatan
Berbudi Bahasa
Hormat menghormati
Rendah diri
Kesederhanaan


Pokok tu kena ada air:kesederhanaan beragama(Wasatiyyah)
Baja:akal sihat dan sejarah bangsa



P/s: susunan elemen pd dahan2 tu aku agak2 je x pasti yg mana no.1 dan seterusnya......

Isnin, 27 Februari 2012

My name is Snow.....

Assalamualaikum........

Hari nie dah genap 3 minggu umur saya.............
Nama saya pun tuan saya dah kasi......
hasil usha tuan saya memikirkan apa nama yg sesuai utk
saya dan tanya jugak pendapat kwn2nya serta
anak2jadi diberilah nama saya 'SNOW',
cantik x nama tu?
Tuan saya ckp lg Snow tu sesuai dgn bulu badan saya nie
yg putih bersih dan gebu......
X tahulah nanti dah besar nanti ikut bulu mak saya 
plk berubah warna......warna kelabu.....
Ini Pic terbaru saya,mata pun dah bukak dua2...
Masih BF lg....

V

V

V

V

V




B/F.......


P/S: Minggu nie tuan saya bussy lg nampaknya.......

Jumaat, 24 Februari 2012

WASIAT2 RASULULLAH - Untuk kaum Wanita

Assalamualaikum..........
Hari Jumaat penghulu segala hari....
Hari nie marilah kita menghayati wasiat2  drpd Rasulullah SAW
utk kaum wanita.

1. Selamatkan diri dari neraka
Said berkata,"Pada hari aidiladha atau aidilfitri,Rasullah pergi ke masjid.
Di pertengahan jln,Baginda melalui sekumpulan wanita lalu bersabda,
"Wahai kaum wanita bersedekahlah.Sesungguhnya telah diperlihatkan
kepadaku,kaum kalianlah yg paling byk menghuni neraka."
Mereka bertanya,"kenapa?"Baginda menjawab."Kerana kalian sering
mengutuk dan menolak persetubuhan.Aku tidak melihat kekurangan
akal dan agama yg dpt menghapuskan kecerdasan seorang lelaki
yg cermat dari salah seorang di antara kalian."
Mereka bertanya lagi,"Apakah kekurangan agama dan akal kami?"
Rasulullah SAW menjawab,"Bukankah kesaksian seorang wanita
itu nilainya hanya separuh daripada kesaksian seorang lelaki?" Mereka
mengiakan.Rasulullah SAW bersabda."Itulah antara kekurangan akal
wanita.Bukankah ketika wanita sedang haid,dia tidak solat dan berpuasa?"
Mereka mengiakan lagi.Rasulullah SAW bersabda lagi,"Itulah di antara
kekurangan agama wanita."(Hadis Riwayat Bukhari)

Cukup satu utk hari dan yg wasiat2 lain akan menyusul setiap Jumaat,
Insya Allah....


P/s: Teringat cite hubby tentang khutbah hari jumaat lps,ustaz tu ckp
persetubuhan antara suami isteri umpama satu sedekah dan akan
dpt pahala kerana boleh mengelakkan si suami melakukan maksiat
dan sebaliknya.......ada kaitan x dgn pesanan wasiat Rasulullah di
atas?....

Khamis, 23 Februari 2012

Jom makan kat Ikan Bakar PARAMESWARA

Makan kat ikan bakar Parameswara nie baru pertama kali cuba,
Sblm nie kitaorg selalu mkn kat gerai yg depan sekali kat Umbai
dan gerai Parameswara nie dia hujung sekali......
Ramai org makan sini,dan dah ramai org tu agak lambat sikitlah
dia punya service......tp masakannya sedap kat tekak kamiorg...
Nie gambar kitaorg mkn awal thn nie baru nak publish,
maklumlah bussy sikit,bussy ke........
Kalau dtg Melaka tu dan nak makan ikan bakar cuba
gerai nie.....



hubby tgh pilih menu...tgk tu pjg quequ nak pilih menu.



dah habis makan jom gambar ramai2....

Rabu, 22 Februari 2012

Ancaman Pertubuhan IFC

Assalamualaikum............

Berkongsi  email dr kwn2 utk kwn2 semua tentang IFC ini.....

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism,
Christianity,Hisduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS
ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha,Kristian,Hindu
dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001
kepada Majlis Peguam Negara.


Matlamat Penubuhan IFC 

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam








TOLONG BACA KAWAN-KAWAN DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA BERADA.!!!!!!!!!


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!


-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007


**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM

Selasa, 21 Februari 2012

Sudah selesai.....


Syukur alhamdulillah dah selesai majlis tahlil arwah
yg buat kat rumah MIL di kpg. kali nie
xde org lain yg dtg menolong kecuali mak Busu seorang
yg tlg memasak dan yg lain tu gandingan kerjasama
kami adik beradik,syukur alhamdulillah MIL ada
tiga org  menantu pompuan boleh diharap boleh diharap ke 
macam peribahasa masuk bakul angkat sendiri je.

Hari isnin tu aku ambik EL dan anak2 absent lg.huhuhu
Ikut planning nak blk lps kenduri hubby nak hantar
ngan adik ipar tp dah letih sgt jadi aku punya dicide
esoknya EL le.....

Hubby pun dah jumpa ngan doktor pakar,dan boleh buat
8 hb 3 nie kat Hospital Putra Melaka dan yg buat
kat Melaka nie kena plk byr cash manakala
klu buat kat Hospital Putra Batu Pahat bolehlah
guna terus insuran. Pinjam duit MIL dulu le dan dah
dpt claim insuran boleh byr blk.Kita nie manalah
ada simpanan, semenjak projek rumah jln semuanya
nak pki duit.Oh ya lama dah x update perkembangan
rumahku......utk makluman rumahku skrg dah
siap dan tgh tunggu CF klr (tp camne CF nak klr klu
surat apply CF tu kitaorg masih x isi dan htr ngan pemaju
 lg sbb rasanya byk lg yg x puashati pasal hasil kerja
diorg.)










Khamis, 16 Februari 2012

Sesungguhnya aku dlm dilema......

Assalamualaikum.......

Hari nie dah hari khamis,tp aku blm lg dicide lg camne hujung minggu nie.....
Actually hari ahad nie mlm tu MIL aku nak buat kenduri arwah kat kpg.
Balik kpg tu memang xde masalah coz kitaorg tiap2 minggu blk kpg pun....
Tapi minggu nie hubby plk hari isnin tu ada appoitment ngan dr mengenai
batu karangnya dan nak discuss bila boleh operate,sbb dah lama nak
buat operate asyik tertangguh je......dan kali nie hubby ckp dia dah x
tahan nak tunggu lama sbb sakit pinggangnya sejak akhir2 nie selalu
je dtg......

Apa yg problemnya sini klu dia dah ada appoiment kat Melaka hari isnin
tu camne aku ngan anak beranak nak blk sini........problemnya aku nie
takut nak drive mlm2 lepas hbs kenduri tu sorang2 dgn anak2.......
Aku drive siang2 tu bolehlah lg,tp camne kenduri kat rumah MIL?
xkan kita x pyh ikut.......ada juga aku terfikir nak EL je isnin tu.....but
anak2 xkan poteng sklh lg?,minggu lepas cuti Maulud Rasul dan Thaipusam
tu diorg dah ponteng 4 hari t'msk hari sabtu yg ganti hari sklh tu.....
Alaaa xkan nak ponteng lg budak2 tu hari isnin nie......
Camne yea nak buat,esok dah jumaat blk kpg mlmnya........
dan keputusan atau jln penyelesaiannya aku x dicided lg.......

Amaran malware.....

Semalam bukak blog sekali je,lepas tu dah x berani
nak bukak2,nak bw pun x sempat.....
Bukannya apa semalam x lama bukak blog klr
amaran malware nie......jadi takut aku blog
dah kena malware nie.....
Tutup dan google cari camne nak buang dan kenapa
ada camni.....
Jumpalah cara buang dan camne nak backup blog
kat blog Apit,sini....
Tapi yg masalahnya aku x jumpa plk link yg
ada malware tu kat aku punya blog,camne nie.....
Jadi aku scan balik aku punya pc xde plk
virus yg detected........
Tlg kawan2 sapa yg mahir dlm hal2 nie.....
nie dia amaran yg klr waktu aku bukak blog smlm,
hari nie xde klr lg waktu bukak blog........



Selasa, 14 Februari 2012

Valentine Day.....


Sekadar  share bersama pengertian Valentine Day........



VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)
Menurut pandangan Islam

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”                                                                                                              (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat khabar, radio mahupun televisyen; sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.
PANDANGAN ISLAM 
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 
Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu untuk mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong/mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1.PRINSIP/DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
 
2.SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka”.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 
3.TUJUAN
 Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 
4.OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta dan huru-hara. Cuba renung-renungkan...disaat artikel ini dibaca...berapa ramai agaknya pasangan remaja atau yang bercinta yang mungkin terdiri daripada ANAK-ANAK KITA..KAUM KELUARGA KITA..SAHABAT ANDAI KITA... sedang merancang untuk keluar bersama dan mengadakan hubungan terlarang seperti zina, minum arak, pergaulan bebas dan sebagainya pada tarikh berkenaan!!! Sila rujuk Lampiran 1 untuk mengetahui keadaan sebenar kegawatan sosial di negara kita yang tercinta ini.

Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 
Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang terang-terangan bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah memuja-mujaValentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak saat ini, agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terbaik setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Kerana sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat material. Tetapi hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 
Jadi...Mengapa perlu kita mewarisi kehancuran yang telah dan sedang dihadapi oleh barat???
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

KESIMPULAN :
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



 Sumber: dr email kawan2.....

Isnin, 13 Februari 2012

Comel tak anak kitty?

Assalamaualaikum.......
Bertemu lagi kita yea kawan2.....
Setelah lamanya aku bercuti.......
Sewaktu blk kpg di S'wak minggu lepas kitty dah beranak,
Sebelum nie kitaorg pun saspek kitty bunting sbb besar perut
dia tu,nie pic anak dia lahir pd 6.2.2012 hari tu...
hingga kini mata anaknya tu x bukak lg....
Bulunya semua kaler putih.....
Nama x beri lg, kawan2 ada x cadangan utk namanya?



P/s:ada sikit sedih nie sbb semua pic blk kpg di S'wak habis kena delete anak2.....huwa!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...