NUFFNANG

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Saloma

Selamat Hari Raya

( 1 )
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

( 2 )
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

( ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya



salam semua

Di sini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari
raya aidilfitri yg akan menjelma tak lama lagi kpd semua
kwn2 blog.....
ampun dan maaf dipinta.....halalkan makan dan minum...
esok aku dah cuti jadi hari ni sesuailah nak ucap hari raya
kepada kwn yg blk kpg 2 drive berhati2 di jln raya...


Tahun ni aku beraya kat kpg hubby lg di Melaka....
InsyaAllah tahun dpn kite beraya kat Kpg halamanku
yg dirindu KPG MEDANG,Pusa Saribas S'wak...





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...