Rabu, 20 September 2017

Apam puteri ayu


~ Assalammualaikum ~

Apam puteri ayu.......baru first time kak nurul cuba...
anak2 ckp sedap....
acct.lama dah nak buat tp asyik posponed je  ...hehehe

Bahan2

1. 3 biji telur
2. 1 cwn gula pasir(kak nurul buat stgh je)
3. 1sk ovellate
4. 2 cwn tepung gandum
5. 1sk baking powder
6. 1 cwn santan kotak
7. 1 penutup esen vanila
8. 1 penutup pewarna hijau

* kelapa parut gaul sedikit garam dan sedikit tepung jagung dan kukus kejap

cara2

ayak tepung bersama baking powder
mix telur,gula,ovellate,esen vanila hingga putih(guna air pandan pun ok)
masukkan santan selang seli tepung
mix sebati bahan

Masukkan kelapa dlm acuan,tekan2 dan masukkan adunan tepung
kukus 15 minit....

selamat mencuba




zoom...lg

Isnin, 18 September 2017

Apam Balik


~ Assalammualaikum ~

Hari tu,kan kak nurul ada ckp dah berjaya cube buat apam balik.
Nak makan apam balik yg dibuat sendiri nie memanggil2 je nak suruh
buat,jd bila hujung minggu tu x blk kpg kak nurul trylah buat.
rupenya mudah je nak buat apam nie....

kak nurul kongsi resepinya di sini di samping nak buat rujukan diri sendiri
nanti bila nak buat lagi.Resepinya pun kak nurul cr dlm internet.
so halallah ya...........



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk apam balik:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah.Lipat dan angkat apam balik.










Selasa, 29 Ogos 2017

Alahai my blog



~ Assalammualaikum ~

Ada x sapa2 blh tolong,kenapa blog kak nurul jadi camni...
background dia klr benda nie....
dulu2 bolehlah edit blog sendiri,skrg dah tukar dia punya sistem
jd malas nak gode2 mcm dulu2...
lagipun masa pun xde....

tolong2..........hahahaha....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...