NUFFNANG

Khamis, 22 Januari 2015

Whatsapp Dinaik Taraf, Kini Boleh Diakses Di Laptop

~ Assalammualaikum ~
MELANGKAH setapak lagi dalam industri komunikasi global, aplikasi Whatsapp kini boleh diakses menggunakan komputer, melalui enjin carian.
Perkara ini disahkan CEO firma itu, Jan Koum yang membuat pengumuman di laman sosialFacebook.
Katanya, “Para pengguna kami di laman web merupakan pengguna tetap aplikasi itu di telefon, dan skrin komputer akan menjadi ‘cermin’ penghubung dari telefon pintar mereka.
“Ia bermakna, semua mesej tersebut akan tetap berada di telefon anda.”
Para pengguna yang mahu mencuba aplikasi itu, boleh melayari laman web khas bagi memuat naik software tersebut. KLIK SINI
Bagaimanapun, telefon pengguna perlu dihubungkan ke web sebelum boleh digunakan dan ia dicipta bagi fleksibiliti terhadap pengguna yang sukar menggunakan dua peranti dalam satu masa.
Buat masa ini pengguna iOS belum dapat menggunakan aplikasi tersebut di produk keluaran Apple, namun ia bakal dilaksanakan dalam tempoh tertentu.
Sehingga kini, Whatsapp memiliki kira-kira 700 juta pengguna yang menghantar 30 bilion pesanan dan ia merupakan jumlah terbesar berbanding kesemua pesaingnya dalam industri sama seperti WeChat dan Facebook Messanger. -Sumber: MYNEWSHUB.CC
WHATSAPP-ON-PC-WHATSAPP-for-PC
P/S:lps nie makin bertambahlah pengguna whatsapp.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...