NUFFNANG

Rabu, 15 Oktober 2014

Bonus Kakitangan Awam Akan Dibayar Bersama Gaji Januari - KSN

~ Assalammualaikum ~

PUTRAJAYA – Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.
“Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Januari 2015.
“Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember dan bukannya Januari depan.
Presiden CUEPACS, Azih Musa, berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekali gus meringankan beban kewangan mereka.
“Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lalu, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.
Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. – BERNAMA

P/s:nampaknya kena berjimat betul2 nie utk cover budget keperluan sklh anak2.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...