NUFFNANG

Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Tinggal 2014 Selamat Datang 2015

~ Assalammualaikum ~

Kak nurul ambil kesempatan nie mengucapkan slmt thn baru buat kwn2 semua.
Semoga tahun 2014 yg bakal ditinggalkan telah menjadi sejarah kenangan yg manis
abadi dan jgk dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupan untuk tahun 2015
dan tahun2 yg akan mendatang.


imej pinjam google

Persediaan Sekolah Tahun 1.....Iyan


~ Assalammualaikum ~

Buat kenang-kenangan kak nurul tulis jgk persediaan persekolahan Izzyan di blog ini.
Walaupun kita tahu skrg nie mangsa2 banjir di Pantai Timur tgh bertungkus lumus membina kehidupan semula slps banjir atau ada yg masih lg menghadapi banjir di kwsn mereka.Memang kasihankan....macam manalah persediaan persekolahan anak2 mereka,diharap ada ramai pihak yg 
membantu.


Untuk baju sklh iyan kak nurul beli yg ready made shj,senang aje cari saiznya berbanding kakak
yg kena tempah. Baju dia kak nurul beli lima helai dan kain sklh plk kak nurul beli 3 pasang dan ada yg sepasang tu kak nurul beli kain licin dan selebihnya tu kak nurul beli kain cotton.Tudung plk kak nurul beli sepasang sahaja,beli tudung jenama disiplin kat maidin harga RM11.90 saiz s,tp still besar lg buat dia,jd kak nurul htr otter upahnya dah nak sama harga tudung RM10,......itu yg hubby bising,huhuhu..........

Kasut dia kak nurul beli dua pasang,sbb ada satu pasang kasut sklh lama ok lg.....scarf putih satu
kak nurul beli utk dia.  Selain tu kak nurul beli seluar sukan dia kaler hitam 2 helai dan sehelai baju putih pjg lengan yg rasanya diorang akan pakai nanti sementara tunggu baju sukan rasmi sklh siap.

Beg sekolah kak nurul beli dua,satu utk pagi dan satu utk ptg,yg pg tu kak nurul beli yg beroda jenama swann(beli swann sbb thn lama dan ada warranty klu zip ke rosak),kak nurul beli beroda sbb buku2 sklh nanti kan berat,...........tgk badan dia lebih kurang sama besar dgn beg tu.........huhuhu

Botol air pun beli satu utk bekal......klu dah beli botol air si yan nie siap jgk beli bekas makanan,....

Alat tulis tu pun ada beli sikit.

Kain sekolah kafa, nanti beli kat sklh dia,kaler coklat.

Baju sklh anak2 semuanya kak nurul beli di Beelon,Melaka,senang cari situ semua ada.
Dari baju,beg sklh,kasut alat tulis,semuanya ada di situ.

Tapi kak nurul beg sklh beli tpt lain dan kasut di kedai bata.

Rasanya sudah cukuplah persediaan sklh iyan dan anak2.
Esok 2 hb Januari 2015 hari orentasi sklh iyan.
Kak nurul dan hubby ambik cuti........


Buku2 hari nie hubby dah beli di book shop sklh.

Tgh mencuba baju
Tgh mencuba kasut


Kasut anak2 beli sini,,kedai besar dan selesa mencuba serta membeli

Selasa, 30 Disember 2014

Objek Dikesan Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501

~ Assalammualaikum ~
Syukur alhamdulillah banjir di Pantai  Timur sekarang makin beransur pulih.Walaupun dah beransur pulih tapi kesan dr banjir tu pun memang berat mata memandang,diharap mangsa2 banjir tabah menghadapinya.Begitu juga mangsa2 banjir di negeri Perak skrg ini.
Untuk pesawat AirAsia QZ8501 dgrnya dah ada tanda2 dijumpai objek2 dr pesawat berkenaan.Apa2 pun penemuannya,semoga ahli keluarga penumpang tabah menghadapinya.

Objek Dikesan Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501


Objek-objek yang ditemui sebentar tadi di permukaan laut di perairan Kalimantan ketika pencarian pesawat AirAsia QZ8501 disahkan daripada pesawat berkenaan.
Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Indonesia Djoko Murjatmodjo berkata, untuk waktu ini, ia adalah sah milik pesawat berkenaan yang hilang sejak awal pagi Ahad.
Menteri Pengangkutan Indonesia akan segera berangkat ke Pangkalan Bun iaitu pusat operasi bagi pencarian pesawat itu di Indonesia.
Selain itu, sumber dari pasukan pencarian turut mengesan visual berupa manusia berhampiran dengan serpihan pesawat tetapi tidak diketahui masih hidup atau sudah meninggal dunia.  - MYNEWSHUB.CC 
Berita sebelumnya:sini

Sabtu, 20 Disember 2014

Izzyan ke tadika kali terakhir


~Assalammualaikum~

Slmt pg kwn2....
smlm kak nurul berkesempatan pg tadika izzyan bersama dia utk ambik buku2 dan gambar graduation.Waktu hari graduation tu dia x dpt dtg coz masa tu kenduri ibu long,itulah thn nie xde gambar kenangan iyan hbs tadika.

Dapatlah iyan jumpa kwn2 dia,tp ramai yg xde,maklumlah cuti sklhkan!ambik gambar ngan kwn2 sikit,ngan teacher lupa plk.
sebagai kenangan ambik gambar dpn tadika dia.Blk rumah startlah iyan melekat hasil lukisan dia kat dinding rumah.
Haiiii... dah mcm di tadika plk.








Khamis, 18 Disember 2014

Hari cuti di Malaysia 2015


~ Assalammualaikum ~


Buat yang nak merancang percutian yg akan dtg.....hehehe...




Rabu, 17 Disember 2014

Kenali rumpai mexico, ulam raja

~ Assalammualaikum ~

Hahaha.......sapa sini minat ulam ulaman?

Spt ulam raja ke?

Kak nurul minat ulam raja,dulu kak Sibu blkng rumah byk pokok dia.

Pokoknya membiak melalui debunga yg dihasilkan,klu dah sbtg tumbuh tu nanti akan cepatlah
anak2nya membiak....

Tapi jgn salah petik pokok ulam raja dgn rumpai miang mexico plk,....

Memang klu dilihat sekali pandang seakan2 sama ajekan kedua2 pokok nie.

So marilah kita sama2 alert akan rumpai mexico ini,ada x tumbuh di kwsn rumah 
atau di kebun2 kwn2 tu.........


ALOR SETAR - Walaupun baru-baru ini negara kecoh dengan bahaya rumpai miang mexico, namun ramai mempertikaikan persamaan tumbuhan beracun tersebut dengan ulam raja.

Tumbuhan ulam raja adalah tumbuhan liar dan menjadi tambahan hidangan kepada penggemar ulam yang biasanya dimakan mentah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, masyarakat tidak perlu khuatir kerana rumpai miang mexico atau parthenium hysterophorus mempunyai tiga ciri berbeza dengan ulam raja.

“Cara pertama dan paling mudah untuk membezakan ulam raja dan rumpai beracun itu adalah dari segi bau. Ulam raja mempunyai bau dan rumpai tersebut tidak.

“Selain itu, rumpai miang mexico mempunyai bulu halus di kesemua batang tumbuhan tersebut berbanding ulam raja.

“Orang ramai juga boleh mengenali rumpai miang mexico tersebut melalui bunganya yang berwarna putih krim berbanding bunga ulam raja bewarna merah jambu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, walaupun kedua-dua tumbuhan tersebut hidup secara meliar di kawasan belukar dan mudah didapati namun tiga perbezaan itu adalah cara mudah untuk mengenali rumput miang mexico tersebut.

“Jangan khuatir, dari jauh kita sudah boleh bau dan melihat bentuk fizikal berbeza antara kedua tumbuhan ini walaupun seakan sama serta dapat mengelakkan alahan akibat rumpai miang mexico itu,” katanya.

Sumber:Sinar Harian


Imej google,.....ada beza tak?

Sabtu, 13 Disember 2014

Aiskrim kon RM2


~ Assalammualaikum ~

Slmt pg kwn2......Masak apa hr nie?
Hr nie kak nurul nak share harga aiskrim nie.
Rasanya dlm bulan lepas kot beli dgn org yg jual pki
motosikal tu..... Balik kerja tu,anak2 semua ada kat rumah
dgn konfidennya mama diorg nak belanja aiskrim...........
Ingatkan harga satu tu RM1............rupanya satu harganya RM2
Tanyalah ngan penjual tu(penjual tu bangsa asing, kak nurul x pasti,tp
yg pastinya bukan bangla,mungkin myammar kot)
kenapa naik RM2?biasanya harga RM1 je....
klu nak naik pun naiklah dlm 50 sen je ke,nie x naik sekali ganda.........
biar betul mamat yg jual nie........
Dia ckp harga sebalang aiskrim tu dah naik,itu yg harga 1 kon tu pun
naik..........
Dah lepas nie x pyh nak beli2 lg aiskrim dgn penjual bermoto tu....
Harga di tpt kwn2 berapa ya aiskrim kon camnie?




Rasa x lojik naik sekali ganda.........
Tgklah mimi dgn 2 aiskrimnya,mana x gemuk...........

Jumaat, 12 Disember 2014

Ikan lumek kering goreng


~ Assalammualaikum ~

Ingat tak entry kak nurul hari tu pasal ikan lumek?
Sebenarnya waktu tu kak nurul memang x tahu nak masak apa ikan
lumek kering tu,...sbb klu di kpg kak nurul ikan tu klu x msk yg fresh,
dibuat salai pun ada,dan x pernah lg jumpa dikeringkan camni.
Itu yg kak nurul tanya ngan kwn2 ada idea x nak masak ikan tu.
Banyak komen yg kak nurul dpt di enrty tersebut suruh goreng je....
Iye le,kenape kak nurul x terfikir nak goreng ya....sbb dah biasa
masak yg fresh atau yg disalai.
So ptg tu kak nurul cuci dan goreng.........
rasanya not bad  dan izzyan pun suka mkn camtu je,tanpa nasi.
Kak nurul goreng garing2.....
Bila dah digoreng,baru kak nurul tahu rupanya

ikan lumek kering nie boleh digoreng...........

kadang2 di kpg nelayan yg berdekatan dgn kpg kak nurul di 
S'wak mereka buat cucur yg fresh tu.....
mereka goreng bersalutkan tepung.....dengarnya kata mereka

Sedap!

kak nurul x pernah lg merasa,huhuhu.............

So bg sesiapa yg merantau kat S'wak tu bolehlah cuba ya....


Ikan lumek yg kak nurul dah goreng garing

tgk iyan mkn camtu je....

Khamis, 11 Disember 2014

Senarai Nama Tempat Pelik Dan Unik Di Malaysia

~ Assalammualaikum ~

Apa nama kpg uols?adakah nama kpg uols pelik bunyinya?
nama kpg kak nurul xdelah pelik hingga msk paper.....Kpg Medang,,pelik x?
x pelikkan....Hari nie ada sedikit nama kpg/tempat yg pelik dan 
diketahui ramai di Malaysia,jom baca....
Sebagai perkongsian  bersama..... sebenarnya byk lg tempat2 yg namanya
pelik dan unik di luar sana yg kita x ketahui.......


BARU-baru ini beberapa jalan utama di sekitar ibu kota Kuala Lumpur telah ditukar namanya bagi memberi penghormatan kepada Yang Dipertuan Agong yang pernah menerajui negara.
Langkah ini disambut baik keseluruhan rakyat Malaysia dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah memulakan projek menukar papan tanda jalan yang terlibat dengan penjenamaan baharu itu.
Namun, jangan tak tahu.. negara kita ini juga kaya dengan pelbagai tempat yang mempunyai nama pelik dan unik.
Kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar dan memang sudah lama wujud sejak beberapa dekad lalu.
Jom semak senarai nama unik ini bagi menambahkan lagi pengetahuan am anda! –
kg
1. Kampung Bogel, Terengganu
Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.
temu-jodoh
2. Desa Temu Jodoh, Johor
Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor. Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek. Ia terletak 60km dari bandar Segamat dan 20km dari daerah Yong Peng.
imam-lapar
3. Kampung Imam Lapar, Terengganu
Ada sebuah kisah menceritakan, dua pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing sebuah pengkalan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Pedagang itu dikatakan memberitahu imam mereka lapar, tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya.
baru-jumpa
4. Kampung Baru Jumpa, Sabah
Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.
atas-tol
5. Kampung Atas Tol, Terengganu
 Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada satu masa dahulu tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air. Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja,namun lama-kelamaan ia menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘Atas Tu’ atau ‘Atas Itu’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.
microwave
6. Jalan Microwave, Sabah
Pengguna jalan raya yang memandu di sepanjang 350 km yang sunyi antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh melihat papan tanda jalan raya pastinya akan mengundang hilai tawa sepanjang melalui laluan tersebut.
mambang-awan
7. Mambang Di Awan, Perak
Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell, mula menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana di tempat berkenaan terdapat mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.
seronok
8. Kampung Seronok, Pulau Pinang
Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri bebarapa majlis keramaian pada setiap tahun. D.W Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dinamakan Kampung Seronok pada 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.
felda kg new zealand
9. Felda New Zealand, Pahang
FELDA New Zealand atau Kampung New Zealand merupakan sebuah petempatan FELDA di Pahang, Malaysia. FELDA ini dinamakan bersempena negara New Zealand dan terletak 10 km dari bandar Maran. Mengikut cerita lisan orang-orang Maran dan peneroka kampung New Zealand sendiri, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand. Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Lebih dari itu, juruukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda juga berasal dari New Zealand. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand.
batang berjuntai
10. Batang Berjuntai, Selangor
Kini ia dikenali sebagai Bestari Jaya. Nama itu diubah beberapa tahun lalu. Namun, kalau hendak menceritakan mengenai nama unik di Malaysia, nama Batang Berjuntai harus disebut dan diingati juga.
Ikut kata mulut penduduk setempat, namanya berasal sebatang pokok besar yang memiliki dahan yang berjuntai dan nama kawasan itu diambil sempena itu. Bagaimanapun, lain orang lain versinya asal-usul nama tempat itu. Kalau lihat video di bawah, abang dalam video tu ada versi dia pula pasal nama itu.
Apa pun, mentaliti lucah orang kita fikir Batang Berjuntai tu dengan cara lain yang tak perlu la penulis perjelaskan lagi kot. Justeru, dari Batang Berjuntai ia diubah kepada Berjuntai Bestari dan kemudiannya kepada Bestari Jaya. Namun, untuk golongan tua, ia tetap disebut Batang Berjuntai…atau lebih popular lagi BB. – MYNEWSHUB.CC

Rabu, 10 Disember 2014

Wordless Wednesday


~ Assalammualaikum ~

Jom kita saksikan gelagat 2 ekor kuching hitam nak mencuri makanan
di dlm sebuah rumah,jeng2,.......)P.>> dpt x mknn tu.....
silalah tgk...........



*

*


*


*




Selasa, 9 Disember 2014

Resepi tart telur


~ Assalammualaikum ~

Sebenarnya tat telur nie dah lama kak nurul buat.
Tapi asyik x kesampaian aje nak share di sini.
Kak nurul pun resepinya kak nurul ambik dlm internet.
So nak tepek sini,nanti senang nak refer bila nak buat lg.......
hahaha.))..,nanti tu bila ya?......bila rajin dan teringin nak mkn.....



Untuk Bahan Crust /Shell

250gm tepung gandum
120gm buttercup
40gm gula aising
1 biji kuning telur

1    1.      Pukul sebentar buttercup dan gula aising, masukkan kuning telur. Pukul sekadar                      meratakan       adunan saja.

2    2.      Masukkan tepung gandum, uli guna tangan hingga menjadi doh yang tidak lekat di tangan         atau mangkuk adunan.

3    3.    Ambil sekepal, tekan ke dalam acuan tart (jangan terlalu tebal). Potong lebihan supaya           kemas. Cucuk sedikit menggunakan garpu pada permukaan crust tadi.

4   4.       Bakar shell/crust pada suhu 110°C selama 20-25 minit.

Bahan untuk inti tart

250ml susu cair
2 biji telur  - dipukul sedikit
60gm gula kastor
¼ sudu teh garam
1 sudu makan tepung kastard

1        1.  Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk, guna api kecil dan kacau selalu hingga ianya           berbuih di tepi periuk.

2        2.  Angkat dan masukkan ke dalam jug (supaya senang nak tuang), sejukkan sebentar dan             boleh lah di tuang ke dalam crust tadi.

          3.      Bakar lagi tart selama 10 minit.


~ Selamat mencuba ~


Baru nak bakar


zoom sikit

siap dah...

Time nak mkn

zoom sikit.....

Keputusan Mini Giveaway


~ Assalammualaikum ~




Alhamdulillah Mini Giveaway yang kak nurul buat bulan lepas dah
selamat,walaupun tidak ada mendapat sambutan yg begitu memberangsangkan.
Maklumlah kak nurul buat utk beberapa hari sahaja,jadi yg tahu hanyalah  tetamu2
yg sering berkunjung ke sini je yg tahu......

Nampaknya hanya seorang sahaja pesertanya dan dah tentulah pemenangnya 
org tersebutkan tanpa persaingan......

Pemenangnya ialah........



*
*
*

Nanti emel ngan kak nurul nama penuh,alamat dan no.hp di nurulnadhirah00@gmail.com
ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...