NUFFNANG

Jumaat, 25 Mei 2012

Happy 12th anniversary

Assalamualaikum.........

Baru ada kesempatan aku nak update blog yg
almost one week so are dusty,fuhhh tiup sikit bg
habuk tu hilang dan bg semangat plk rajin update lepas nie.
25 Mei lepas is anniversary of  my wedding ke 12.
Hari tu aku ada update entry tp aku save dulu
sbb masa tu  iolls OTW ke Ipoh.x kisahlah x publish dulu
asalkan ada entry aku sempena 25 hb tu,kan.....
Pergi sana sbb hubby ada kerja dan sabtunya plk
ada jemputan kahwin anak kwn hubby.

Dah 12 tahun aku melayari kehidupan dgn hubby tersayang.
Ingatkan nak join segmen imbau kenangan saat sah menjadi miliknya
 yg mama mia buat pd hari anniversary nie,tp x sempatlah
sbb mama mia dah tutup awal sbb ada sbb tertentu.

Syukur alhamdulillah sbb aku dijodohkan dgn suami yg
amat memahami,wlpn pd mula2 kahwin dulu byk
juga perselisihan disbbkan aku rasa berpunca komunikasi.
Bagi aku bahasa yg aku gunakan lain maksud,dan dia plk
lain maksudnya tp lama2 kami berdua boleh sesuaikan dan
mula belajar masing2 punya budaya pasangan.

Tidak ada sambutan pun yg kita buat,cukuplah
sekadar ucapan dan harapan masing2 dgn pasangan.


Every year


Every year that i'm with you
Has been better than before;
It's hard for me to even think
How I could love you more.

Every year you're graced my life
Has been full of happiness;
I love your caring face,your voice,
Your tender,sweet caress.

Every year when this day comes,
I'm filled with love and pleasure;
Happy anniversary,Love,
My joy,My delight,My treasure.

By Joanna Fuchs

Rabu, 23 Mei 2012

Kisah beli susu

Assalamualaikum........

Petang smlm lepas blk keja kami anak beranak pegi
lg Alamanda wlpn ptg isnin tu dah pegi.
Ptg isnin tu nak betulkan klip jam tgn hubby je sebenarnya.
Meleret sekali pegi ke carre4 pulak sbb nak beli
tisu je utk keta dan di rumah.
Jadi xdelah nak beli barang dapur sgt.
Lepas blk dlm keta tu aku bilek2lah katalog
carre2 yg aku ambik tadi,baru perasan ada offer
susu dumex(izzyan dan Izzat minum susu nie) RM18.95
klu x harganya biasa RM23 lebih,dpt lg free give 
heritage tin setiap satu pembelian.
Selain tu aku beli sunlight offer 2 botol RM8
klu x satu harganya dekat nak RM5 kot......
Beli Dynamo sekali yg 90 cucian tu offer harga RM13.60.
Offer tu spi hari khamis nie je.
Aku bayar pecah dua dgn hubby sbb susu dan sunlight 
tu limit 2 botol je utk satu family.
Macam hari tu juga ada sekali offer kat Mydin
susu Izzyan RM16.99 jadi aku bayar dua kali
manakala hubby sekali.Nasib baik jaga yg ada
dpn pintu dan cop kita punya resit pembayaran
tu x perasan aku,klu takkan kantoi.
Rasanya bersalah ke klu beli cara camtu,kita byrkan.....
Disebabkan nak beli susu dan barang2 lain tu rela
pegi ke Alamanda 2 kali berturut2 wlpn dlm Alamanda
tu bukan main lg panas sbb diorg tgh service ekon.
Moral of the story kena check betul2 offer yg
ada dlm katalog tu sblm meninggalkan pasaraya 
manalah tahu ada offer berganda2 bg brg yg kita pki selalu
tetapi boleh simpan lama dan xdelah 
nak buang masa,minyak keta dan byr parking lg semata2
nak beli beberapa brg tu aje.
Panjang plk entry pasal susu dan sunlight nie,huhuhuhu.







Beli susu dpt free give tin nie sempena 54 thn kot Dumex,tp x tahu lg nak simpan apa.

Isnin, 21 Mei 2012

Syukur alhamdulillah

Assalamualaikum.........
Syukur alhamdulillah Izzyan dah sembuh sikit
dr campak.Walaupun ada sikit2 parutnya yg tinggal.
Minggu lepas lagi aku dah htr dia ke nursery.
Nasib baik pengasuh situ x berkira sgt berbanding
dgn Najmi dulu hampir seminggu aku cuti jaga dia
sbb nursery dia nak suruh baik betul2 baru boleh
htr,selebihnya aku bawalah dia pegi opis sekali nak
jimatkan cuti.Lepas tu dlm meeting(masa tu aku x msk meeting)
pesanan dr pengarah x boleh bawa anak ke opis,klu sakit
bawa klinik,tp tgk org punya unit lain dlm aku punya
bahagian ramai yg bawa anak2 ke opis klu apa2 hal.

Berbalik pd Izzyan dia punya bintik2 campak tu
hanya tumbuh kat muka aje dan ada 2 3 ketul kat badan
dan kaki dia.Walaupun aku dah kasi minum air kelapa
dan mandi daun bambu atau kitaorg selalu
panggil daun sami je. Air kelapa dia x nak minum
sgt,bukannya apa org ckp klu x klr habis masa
nie takut kang dah besar kena lg campak,
tp aku dah tanya ngan doktor hanya sekali saja
dlm hidup,dan aku nak tanya lebih lg soalan ngan
doktor tu,tp dia suruh aku balik cepat2 plk suruh 
kasi ubat anti viral ke virus aku x pasti yg nak
matikan kuman campak.Geram pun ada masa tu 
ngan doktor tu......kita bayar bukannya free,
Doktor2 yg lain jgn marah aku punya tulis nie.




Muka ian lepas 3 hari kena campak.

Daun sami aku ambik tepi jln yg byk ditanam kat Putrajaya,balik rumah ingatkan salah daun
sbb ada bunga putih tu,jadi aku google serupa dan mandilah Izzyan dgn daun nie.

Daun sami yg aku dah rebus campur ngan kunyit sikit.

Tapis daunnya ambik pati saja.



Ada satu ketul  besar  antara 2  keningnya,  x pasti lg ada kesan parut ke x.....
(nie gambar izzyan umurnya sethn lebih)






Khamis, 17 Mei 2012

Roundbaout

Assalamualaikum.........

Semua tahu jln raya sebagai jln penghubung utama nak ke 
sesuatu tempat tanpa ada sebarang masalah.
Semua org nak sampai ke destinasi yg dituju dgn
keadaan selamat dan cepat.Jadi rasanya semua dah tahu
undang2 penggunaan jlnraya.

Kalau yg dah ada driving license mesti tahu apa
itu roundbaout atau bulatan atas jalan raya.
Semuanya dah belajar waktu nak ambik lesenkan.
Kecuali yg lesen terbang tu.
Sefahaman aku roundbaout tu adalah simpang empat
yg ada bulatan di tengahnya.Ada peraturan juga
bila nak masuk roundbaout tersebut bukan main
masuk je.Sejak aku pindah sini kebanyakkannya
pengguna jlnraya bila nak masuk raoundbaout main masuk 
gitu je,setahu aku kena berhenti dulu bila nak masuk,
dan bila ada keta di tgh2 raoundbaout tu kena beri 
dulu laluan pd keta tersebut.Tapi kat sini aku tgk
terbalik sebaliknya keta yg dah ada di tgh2 raoundabaout
tu plk berhenti beri laluan keta yg nak masuk.

Sebagai contoh(cuba tgk gambarajah di bwh),keta 1
dah msk raoundbaout dan berada di tgh2,tiba2
keta 2 plk  nak  masuk  ke jln yg aku lukis anak panah tu
main masuk je tanpa menghiraukan keta 1,betul ke
cara camtu?wlpn jln tu nampak lurus bagi keta 2
dan boleh jln terus tp.keta 2 tu salah sebenarnya.
X berapa jauh dr rumah aku pun ada satu roundbaout
memang aku x kasi jln klu aku dah tgh2 roundbaout tu.
Tp klu bas aku kasi jlnlah sbb takut pjg sgt,biar berhenti
         di tgh2 raoundbaout kasilah dia jln dulu.


Ada satu lagi yg aku hairan kat sini klu kat traffic light
lorong sblh kiri sekali tu ada tertulis arahan "Belok kiri
bila tiada kenderaan" tp bila lampu merah depan ada juga
keta yg nak belok kiri tu berhenti menyebabkan org
yg dah tahu law nie kat belakang tekan honlah,apa lg.
Lepas tu baru terhegeh2 nak belok.Sudah nampak jelaskan
arahan di situ. 

Dulu waktu hubby mula2 dtg kat Sibu dia hairan
kenapa kat Sibu byk sgt roundbaout sampaikan satu 
masa dia dgn kwnnya boleh membilang jumlah
roundbaout di bandar berkenaan.Tapi last aku blk 
bulan 2 hari tu dah byk roundbaout bertukar kepada
traffic light.

Ok cuba tgk gambar di bawah,siapa boleh cam
roundbaout tu kat mana?Ini adalah roundabaout yg  paling 
besar di dunia.Terletak di Putrajaya berukuran 3.4 km
mengelilingi sebuah bukit.
imej dr google.

Rabu, 16 Mei 2012

Peringatan buat kita semua......

"AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2  PADA KERTAS YANG MELEKAT  PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA(INI BUKAN GURAUAN) Sedarlah semua,Tolong sebar2kan ...


Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.
Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat


BMW 6 Series Convertible 5 BMW Malaysia lancar model terbaru BMW 6 Series Convertible
Pinjam jap imej dr google..........

P/s: Skrg nie ada macam2 cara org nak curi ketakan ,takutnya............

Selamat Hari Guru...........

Assalamualaikum.........

Selamat hari guru buat semua insan yg bergelar guru.
Kawan2 blogger seperti Mulut Payau,Salmiza dan suami,
Fiza dan suami,Yumida,9n0L4 dan juga kwn2 blogger lain yg aku
x perasan dia seorang pendidik.
Teristimewa buat kakakku teh mengajar di sklh Kpg Tungkah
Melayu Simunjan,S'wak,semoga jadi seorang pendidik
yg berjaya dlm mendidik anak bangsa menjadi insan 
yang berjaya dunia dan akhirat.
"Selamat hari Guru"
 ~: Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi
Pendidikan Negara :~










Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari IBu

Assalamualaikum........

Sempena hari ibu hari ini aku ucapkan "Selamat Hari Ibu"
pada semua insan2 yg bergelar ibu terutamanya buat MIL,SIL,
kakak2ku yg jauh di seberang Laut China Selatan dan juga
x lupa kwn2 blogger semua.Semoga dgn ada sambutan hari ibu
buat kita semua nie akan menjadi ibu2 yg berjaya mendidik
anak2 menjadi insan yg berjaya dunia dan akhirat,amin.
Ok nie sekadar renungan dan perkongsian bersama.
Sentuhan Rasa.....Mendidik Jiwa.
Ibuku Sayang.

Ibuku buta sebelah mata.
Aku bencikan ibuku........dia amat memalukan saya.

Tugas harian dia memasak untuk guru dan pelajar untuk
menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah ibuku datang ke sekolah untuk
bertanya khabar.

Aku sungguh malu.Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku.

Aku tidak peduli dengan menunjukkan wajah benci  kepadanya
dan terus lari.

Keesokkan harinya salah seorang rakan darjah berkata,
"EEEEEE ibumu hanya ada one mata!"

Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku.
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku.

Oleh itu aku pergi berjumpa dengannya dan berkata
"Jika engkau hanya mahu aku jadi bahan ketawa,akan lebih baik 
awak mati saja?!!!"

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah
aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.

Aku langsung tidak peduli perasaannya.....

Aku ingin keluar dari rumah itu....

Oleh itu aku ingin belajar bersungguh-sungguh sehingga
berjaya melanjutkan pelajaran ke Singapura.

Kemudian aku berkahwin.Membeli rumah sendiri dan 
mendapat anak.Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku.Sudah lama dia tidak
berjumpaku dan tidak pernah berjumpa cucunya.

Bila dia berdiri depan pintu anakku ketawakan kepadanya.

Aku menjerit padanya "Sanggup engkau datang ke sini
dan menakutkan anakku"
KELUAR DARI SINI SEKARANG

Dengan pantas ibuku menjawab "Maaf saya tersilap alamat",
dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama
sampai ke rumahku.

Oleh itu aku memberitahu isteriku yang aku pergi untuk urusan
perniagaan.

Selepas perjumpaan itu aku pergi ke rumah usang ibuku
hanya untuk ingin tahu!!!

Jiranku memberitahu yang ibuku telah meninggal.

Aku tidak menitik setitis air mata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan  kepada aku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya...

"Anaku yang dikasihi, ibu selalu teringatkan kamu 
setiap masa....

Aku minta maaf kerana telah datang ke Singapura
dan menakutkan anakmu.

Saya gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan
pelajar-pelajar lama.

Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa
denganmu.

Ibu minta maaf kerana selalu memalukanmu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu.......semasa kamu masih kecil
kamu telah kemalangan dan telah hilang satu mata....

Sebagai ibu aku tidak sanggup melihat anaknya membesar
dengan satu mata.

Oleh itu aku telah memberi salah satu mataku kepadamu.

Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat
dunia ini dengan mata ibumu ini.

...Dengan kasih kepadamu....

....IBU KAMU....

Rasulullah SAW bersabda,Dia memberitahu kamu
supaya taat pada kepada Allah dan RasulNya sentiasa.
Selepas itu taat kepada ibumu kemudian ibumu
kemudian ibumu kemudian ayahmu.

SEMPENA HARI IBU....
Walaupun hakikatnya... hari-hari  adalah hari ibu...
marilah kita merenung akan jasa dan betapa besarnya
pengorbanan ibu ayah yang dicurahkan kepada kita
sehingga menjadikan 
"Siapa diri kita hari ini"

Sementara mereka masih hidup ziarah dan kerap
 bertanya khabar.
Kepada yang telah pergi doakan kesejahteraan mereka.
Sesungguhnya....Ibu ayah penyeri kita yang
tiada tandingannya.

"Kebanyakkn kita kurang menghargai apa yang ada
di depan mata,tetapi setelah telah hilang baru mulut
menyebut,"kan bagus jika dia ada di sisi"
 Selamat Hari Ibu, I Love U.
























Jumaat, 11 Mei 2012

Demam campaklah plk....


Assalamualaikum...........

Salam ukhwah di pagi jumaat ini penghulu segala hari.
Hari nie aku EL sbb si Izzyan deman,demam campak.
Semalam aku bawa pegi klinik tp doktor tu x ckp plk
dia ni  allergic biasa je.Aku tunjuk juga dua tiga ketul
kat tgn dan kaki dia yg ada gelembung air tu.........
Pulak doktor tu ckp klu byk2 yg gelembung air tu  tumbuh 
nanti bawa pegi klinik lg....
Lepas pegi klinik malas aku nak htr Izzyan pegi nursery
blk aku bawa naik opis kejap,semua kwn2 ckp
nie campak dan suruh kasi air kelapa bagi
keluar semua campak tu.Petang blk keja cari juga mana
ada jual kelapa muda kat Putrajaya nie,mula2 pegi 
Mydin,nan hado,then aku suruh hubby pegi Taman 
Warisan,baru ada tu pun abg yg jual tu ckp dia
x pernah lg jual sebiji camtu yg dia jual dah bubuh
dlm cup siap2,tp xpe dia bagi mungkin hubby
ckp nak buat ubat kot.........
Berbalik pd si Izzyan tadi dlm kul 11 lebih aku
ambik dia nak bawa pegi klinik dan time tu 
budak2 baru habis mandi adalah aku tgk sorang
budak laki nie yg x pki baju lagi dah penuh badan 
dia dgn biji2 campak tu,aku tanya dgn pengasuh
tu bila plk kena nie dan boleh plk lepas
htr nursery hari nie,si pengasuh tu jwblah nanti ckp
ngan seorang pengasuh lain(jwpn bg melepaskan diri).
Apa yg aku kisah kenapalah ibu bapa budak tu boleh
main htr camtu je anaknya yg badan penuh campak
tu ke nursery,aku wlpn cuti thn dah tinggal sikit
lg nie(sbb bulan 2 hari tu cuti blk S'wak dan bln 3
plk tu hubby operation) dan memang klu ikutkan
minggu nie x leh cuti sbb nak siapkan table......
Tapi xpelah demi anak2,Izzyan pun demam tu
dan memang nak kena pantau selalu sbb dia
tido pun selalu teperanjat.
Hari isnin nanti x tahu lagi  sambung cuti ke x ,tgklah
keadaan nanti camne.........


cuba kwn2 tgk nie campak ke allergic?
Pampers  Drypers saiz L yg Izzyan pki skrg........

Hari tu  beli pampers camne le aku boleh salah ambil saiz yg anak aku pki skrg nie.....
Mungkin aku teruja tgk ada free gift tu kot,nasib baik boleh tukar lg.Aku suka beli
kat situ sbb murah,harga bg pampers nie RM31.99 shj,klu x biasanya RM34.99.

Khamis, 10 Mei 2012

Eeeeee gelinya.....

Assalamualaikum.........

Aku memang geli bendalah nie,tp nak share juga
ngan kawan2 sebagai peringatan agar selalu berwaspada
bila nak masuk toilet bagi melepaskan hajat.
Juga berhati2 bagi yg ada toilet duduk camni(rumah aku
semua toilet camni semua,takutnya.....)
Sumber dr email,x tahu betul ke x jumpa nie kat R&R.........


Rabu, 9 Mei 2012

Kabinet Dapurku

Assalamualaikum......

Lama dah x update pasal rumahku.Sebenarnya dah siap dah
bulan satu lepas,tp ada lg yg nak dibuat balik beberapa
perkara yg kita org x berkenaan dgn hasil pembuatan mereka.
Aku rasa klu nak beraya rumah tu thn nie pun x sempat 
sbb byk kerja nak buat,bab packing nilah aku  lemah nak
buat,byk kerja wei....

Salah satu part yg dah siap kat rumah tu ialah kabinet dapurku.
Siap table top tp kabinet gantung tu kemudian2lah tunggu
bajet lain klu ada,Insya Allah.Aku ngan hubby pilih solid wood aje.
Walaupun org fikir solid wood nie cam dah ketinggalan 
zaman,ada aku kisah sbb berkonsepkan klasik gitu..............

Solid nyatoh kami pilih dan kalernya apa nama aku pun dah lupa.
Salah satu sbb kami pilih solid wood nie sbb kayunya
yg padu,tahan lasak dan x mudah rosak.
Selain tu anai2 x mudah nak memakannya sbb sifat
 kayunya yg keras. Selain dari tu ada juga diorg bg pilihan
nak dapur kabinet jenis formica,melamine,aluminium 
dan plywood.

Impian aku nak buat meja berpulau di wet kichen pun
nampaknya x kesampaian apabila melihat ruang
yang agak terhad,tp x apalah syukur apa yg dah ada nie.
Rasanya sesuai x aku punya warna dinding dapur 
dgn kitchen kabinet tu?


Dapur kering

Dapur basah

Dry & wet kitchen......

Isnin, 7 Mei 2012

Izzat dan bantal busuknya...

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah boleh lagi kita jumpa pd.
hari isnin nie. Dekat seminggu aku x update blog
rasa macam malas sgt2 dan bw pun ada sikit2
mana yg kesempatan.

Hujung minggu lps kami x blk kpg sbb hubby ada keja,
keja dan keja lg....Aku pun ngan anak2 duduk rumah je
malas nak klr,sbb minggu nie anak2 dah ezam ingatkan
x blk kpg dan pegi mana2 boleh suruh anak2 ulangkaji sikit
tp sampai kesudah xde pun budak2 nie nak belajar terutamanya
si Najmi tu....kwn2 yg ada atau telah mempunyai anak yg
cemerlang boleh x share ngan aku camne nak buat anak2
yg malas nak belajar nie........

Ok tutup bab tu,hampir seminggu x jumpa Izzat jadi aku
teringatlah dia punya tabiat dengan bantal busuknya.
Smlm ada mama Utehnya mms gambar dia pergi pertandingan
 mewarna kat mana aku pun x pasti sbb reply blk mms tu x direply
 blk. Bercerita pasal bantal busuk nie,mesti tahu maksud 
bantal busuk niekan, bantal atau objek yg dijadikan peneman
ketika hendak tidur,kadang2 boleh jadi kain selimut ,kain pelikat
dan patung2 mainan spt bear dsbnya. Kadang2 klu xde
bantal busuk nie seseorang tu x boleh tido kot,klu boleh
pun mungkin tertido.....hahaha apa aku punya ayat.

Si Izzat nie ada dua bantal busuk,satu dah habis koyak
jadi tinggal satu je,tulah yg dia cari bila nak tido dan 
setiap kali menghisap botol. Wlpn sarungnya dah koyak
rabak lg nak pki sarung bantal tu jugak,bukannya aku 
x beli bantal baru dan sarung bantal baru buat ganti
sarung bantal yg dah koyak tu..........
Bantal tu jugak yg dia cari bila nak tido dan menyusu.

Sarung bantal baru nie neneknya yg beli baru......

Bantal baru aku beli bagi ganti bantal busuk dia tu.....

Sarung nielah dia pki lapik kat bantal busuk dia tu bila nak tido dan menyusu.

P/s:Aku hari tu dah tukar blog pki new interface tp bila nak buka blog kwn2 x leh 
buka byk2 sekaligus,nak kena buka satu2 dlm satu masa,macamne plk kwn2 yg
 dah biasa pki new interface baru tu ada x sama masalah macam aku.....

Rabu, 2 Mei 2012

'Kerana kasihan, mentua paksa suamiku kahwini sepupu'

Assalamualaikum.......

Macam mana hari nie kawan2,kat area aku nie dr tengahari tadi 
hujan lebat spi skrg.Syukur alhamdulillah hujan itu rahmat 
wlpn tghri tadi aku basah kuyup sikit sbb tghari klr pegi sklh anak2.
Hari isnin tu aku kerja sbb malas nak
ambik cuti sbb anak2 pun sklhkan.Tp mesti jiran sblh rumah aku 
pelik sbb cuti sabtu ahad tu x blk kpg plk dan cuti 
sehari nak blk plk.Hari sabtu dan minggu lps x 
blk sbb hubby terlibat dgn Sukan bola
 tampar Maswip.Lepas tu ptg isnin tu hubby ckp ada
 kerja lg sabtu dan minggu nie jadi fikir minggu depan
 x dpt blk jadi kita org shootlah blk senin tu.......

Sebenarnya bukan nak cite apa aktiviti,pegi mana dlm masa 
sehari tu tp aku nak share kisah benar nie........
Sumber: ruangan keluarga Utusan Malaysia 28/4/2012
(mana tahu kawan2 terlepas pandang nak baca sbb asyik berita
pasal Bersih aje)
Syukur alhamdulillah aku dikurniakan dengan ibu mentua
yg memahami dan baik sekali.Kawan2 yg lain segeng x dgn
mak mentua?

MAK harap kamu reda dengan apa yang akan berlaku. Mak nak nikahkan suami kamu dengan sepupunya yang kini telah menjadi ibu tunggal."

Jika anda yang mendengar kata-kata itu, apa tindakan anda? Marah, merajuk atau melawan keputusan mentua anda.

Tentu ia suatu isu perit yang sukar anda selesaikan dalam sekelip mata. Apa kata kita ikuti kisah ini seterusnya, luahan perasaan Shila (bukan nama sebenar) yang ingin dimadukan oleh mentuanya sendiri gara-gara kasihan kepada anak saudaranya yang sudah kehilangan suami.
Wanita ini saya temui pada satu majlis seorang kenalan baru-baru ini. Saya memang tahu dia bermasalah, jadi urusan saya untuk berkongsi cerita dengannya tidak menjadi masalah kerana Shila dengan senang hati bercerita kepada saya tentang kemelut rumah tangga yang dihadapinya.


Begini cerita Shila.

"Saya berusia 45 tahun dan suami, Amirul (bukan nama sebenar) 50 tahun. Kami sudah 25 tahun hidup bersama. Rumah tangga kami bahagia, tidak ada masalah langsung.
"Tiga orang anak kami sudah berjaya dalam hidup mereka dan sudah bekerja. Mentua seorang yang baik hati, penyayang dan amat mengambil berat akan hal kami sekeluarga.
"Saya adalah menantu sulung dalam keluarga suami seramai empat adik-beradik. Jadi saya selalu mengalah dalam apa juga perkara dalam keluarga mentua.
"Suami seorang yang baik, penyayang dan mengambil berat akan hal saya dan anak-anak. Biarpun anak-anak semua sudah dewasa, hubungan tetap akrab.


"Suatu hari mentua saya menelefon suami meminta kami pulang ke kampung, katanya ada urusan penting berkaitan keluarga. Seperti biasa saya dan suami tidak banyak tanya. Dalam perjalanan kami meneka apa agaknya yang hendak diceritakan ibu kali ini.

"Dalam kereta kami berbincang apakah masalah ibu kali ini. Tapi suami rileks sahaja kerana katanya jika tidak kerana nak minta wang mungkin dia mahu buat kenduri.
"Tekaan kami meleset sama sekali setibanya di sana. Jantung saya bagaikan meletup kala ibu mentua meminta saya berkorban untuk dia dan suami.
"Seingat saya selama ini saya selalu berkorban sehingga ada masanya saya ketepikan keluarga sendiri kerana mentua.
"Saya tanya pengorbanan yang macam mana dia inginkan. Katanya dia mahu saya mengizinkan suami bernikah dengan anak saudaranya yang kini sudah menjadi ibu tunggal setelah kematian suami.
"Macam hendak meletup jantung saya mendengar permintaannya itu. Tapi saya tidak tunjuk marah dan geram saya. Kata mentua lagi, suami mesti ikut katanya kali ini sebab dulu suami memang dicadangkan untuk bernikah dengan sepupunya itu tetapi kerana saya jadi pilihan, dia ikut saja.
"Kini katanya sudah sampai masanya saya pula berkorban untuk bermadu dengan sepupu suami. Kononnya sebab dia kasihan dengan anak saudaranya itu yang tidak ada suami dan terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.
"Suami saya juga terkejut dan membantah keputusan ibunya itu. Itulah kali pertama saya melihat suami bertengkar dengan mentua sejak kami berkahwin.
"Saya menangis apabila kami tiga beranak bergaduh tentang perkara ini. Suami mempertahankan saya dan menyifatkan tindakan mentua sebagai mengarut.
"Saya pelik juga, kenapa dia mesti sibuk nak kahwinkan anak saudaranya itu dengan suami saya sedangkan anak saudaranya itu bukanya orang susah. Suaminya ada meninggalkan banyak harta dan wang untuk dia dan anak-anaknya. Tanpa suami pun dia boleh hidup senang.
"Saya terpaksa mempertahankan suami kerana saya tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Biarpun kami sudah 25 tahun bernikah saya sayangkan suami dan rumah tangga kami.
"Kenapa sekarang baru mentua mahu menjodohkan mereka? Adakah dia sengaja hendak sakitkan hati saya dengan isu ini.
"Apabila suami berkeras tidak mahu menerima cadangan ibunya, mentua mengeluarkan kata-kata kalau kami berdua tidak mahu mengikut katanya kami diharamkan balik ke rumahnya lagi.
"Terkejut juga kami dengan ugutan itu tetapi kami pasrah. Jika itu yang mentua mahu, kami akan akur. Keputusannya kami sekeluarga disingkir mentua.


"Kini sudah hampir setahun saya dan suami tidak pulang ke kampung bersama anak-anak. Ipar-duai saya juga demikian, mereka juga jarang balik sebab saya dan suami tidak ada.

"Menurut saudara mara yang selalu menghubungi saya dan tahu kisah ini, mentua sekarang amat rapat dengan anak saudaranya itu. Ke hulu ke hilir berdua, malah mentua juga sekarang sudah pandai melaram.
"Saya tidak pelik dengan khabar itu kerana anak saudaranya itu memang seorang yang pandai bergaya. Dia juga pernah beberapa kali menelefon suami untuk berjumpa dan berbual... alhamdulillah, setakat ini suami tidak melayan.


"Keadaan itu menjadikan kami trauma untuk balik kampung... Kini saya dalam dilema, saya kasihankan suami yang terputus hubungan dengan ibunya gara-gara hendak mempertahankan kesetiaannya terhadap saya.

"Pada masa yang sama saya gembira dan terharu kerana suami membela saya. Saya harap ada keajaiban yang berlaku dalam keluarga kami.
"Saya faham setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap hari saya berdoa agar mentua akan insaf dan sedar akan perbuatannya itu. Saya juga berharap satu hari nanti mentua akan menerima kami semula seperti masa lalu. Pesan ibu saya, jangan putus berdoa, mohon kepada Allah agar segala kekalutan akan berakhir dan hubungan dengan mentua kembali seperti sedia kala.
"Saya harap semuanya akan berakhir dalam masa terdekat. Walaupun saya sedih dengan keadaan ini saya terima dengan reda. Sehingga kini saya tidak tahu kenapa mentua mahu jodohkan anak saudaranya itu dengan suami saya.


"Pelik juga apabila difikirkan tetapi saya tidak mahu membebankan fikiran saya dengan masalah itu sebab yang penting suami dan anak-anak ada di sisi saya. Susah senang kami akan harungi bersama. Semoga Allah memakbulkan doa saya dan membuka pintu hati mentua untuk kembali seperti masa lalu. Insya-Allah," Shila menutup cerita dengan penuh mengharap.

Pelik juga kisah Shila kongsi dengan pembaca minggu ini. Tetapi itulah realiti hidup. Jangan fikir di penghujung perkahwinan tidak ada dugaan yang datang. Malah semakin usia meningkat, semakin hebat cabaran yang datang.


Saya harap Shila akan terus tabah melalui ujian ini. Mungkin mentua ada sebab untuk berbuat demikian tetapi Shila harus bersyukur kerana suami tetap setia mempertahankan kasih sayangnya terhadap Shila dan rumah tangga. Susah mencari suami yang setia seperti ini masa sekarang.

Saya juga berdoa agar kemelut keluarga ini akan berakhir dalam masa terdekat. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan hidup Shila dan keluarga untuk terus menggapai kebahagiaan. Tindakan suami tidak melayan sepupunya itu juga satu tindakan bijak dan harus diteruskan. Jangan beri muka kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih keruh.
Menutup kata, pesanan daripada saya: Bersabar dan berdoa adalah sebaik-baik cara untuk memulihkan keadaan kerana dengan mengingati Allah akan mendekatkan kita dengan kebahagiaan yang dicari.
Salam.









aku ngan MIL dan anak2....

Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Hari Pekerja.......


Tema Hari Pekerja Tahun 2012  adalah "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi".
Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan inovatif ke arah negara berpendapatan tinggi dan selaras dengan Konsep 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Selamat hari pekerja pada semua  x kira apa jua jenis pekerjaan pd hari nie 1 Mei 2012,diharap semuanya bekerja kerana  Allah dan ikhlas di setiap perbuatan yg kita lakukan. Semoga Rezeki yg kita dapat akan sentiasa  Allah berkati....amin.
Firman Allah:
dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah atau bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.(QS al Nur 105)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...