NUFFNANG

Selasa, 20 Disember 2011

Hubby jumpa kawan lama.....


Semalam kita ada dinner ngan kawan hubby lama yg sama
kerja dgnnnya di BSN dulu.
Kawan tu skrg dah tinggal kat Alor Star dan dtg sini sempena 
cuti sklh bawa family jln2 .Baru first jumpa kawan dia dan wifenya.
(Yg pakai cap dan wifenya baju biru serta t-shirt putih tu pun
kawan hubbyku sama BSN dulu.)
Diorg semuanya ramah.......
Semoga slps nie ikatan persahabatan antara kita
akan bertambah erat.
Makan kat Perantau Hill,Bangi.



*Esok sampai lepas krismis tuan punya blog bercuti,Insya Allah
klu rajin mengupdate blog kat rumah,adelah tu ......




Gambar Family Day opisku........


Assalamualaikum.........
Acctually family Day nie dah 6 bulan berlalu.......
Baru ada kesempatan upload gambar.ye ke baru ada kesempatan.....
Malas nak cite pjg2 layan tgk gambar jelah....
Family day opis nie aku join sbb aku punya unit diwajibkan
attend kursus bg unit aku dan dah pegi kursus tu pegi sekali 
family day.Diadakan kat Puteri Resort,Melaka di Tanjung Kalebang.
Dah balik Melaka nie jadi aku balik kpg le sekali,
'Menyelam sambil minum air' le katakan.  


 Acara pembukaan badut mengelongsor dan kibarkan bena family day.
 Habis acara perasmian acara berebut belon utk anak di dlm kolam(x ambik gambar...)


 ni plk acara kat pantai...

 Najmi dan kakak main kasut Phua Chu Kang


nie plk utk anak bwh 7 thn,berebut gula2....



 Izzyan main pasir.......
Najmi turut ikut acara tarik tali.





Mataku ketumbit.....

Assalamualaikum.......

Minggu nie mataku yg ketumbit dua minggu lepas dah besar balik.
Ingatkan minggu lepas dah hilang dan baik rupanya minggu nie
makin besar berbanding 2 minggu lepas.
Kenapa ya mata ketumbit........Mata ketumbit nie biasanya org kaitkan dgn "sekodeng"
Ya sekodeng ......dulu org tua2 kata klu mata tumbuh ketumbit nie kita ada sekodeng org
ya........betul ke? aku rasanya xde pun sekodeng org dan lg satu anak sedaraku yg baya
Izzyan tu pun aku tgk matanya pun ada ketumbit dulu dr aku sampai dari skrg x baik2 lg.
Takkan budak kecik camtu nak sekodeng sapa...(x tahulahkan!) Tapi baru aku ingat
sblm tu aku ada sekodeng Tom dan Kitty,tp tu bukan org..........

Lagi satu klu di tpt aku mata ketumbit nie dipanggil mata 'pitan' dan petua utk hilangkannya
kena pakai cincin benang pd jari yg mana satu aku pun x pasti,tp biasa aku pki kat jari manis
je dan warna benang pun x pasti mesti kaler apa(skrg nie aku pakai kaler hijau sbb tu je
 benang yg senang aku ambik dr bekas jarum).

Ok kita google apa itu ketumbit?

Apakah ketumbit (chalazion)
Ianya sejenis pertumbuhan di kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh
penyumbatan kalenjar minyak.
Kenapa sering mengalami ketumbit


Ini biasanya disebabkan oleh kekotoran di kelopak mata atau kelimumur di kelopak
mata. 
Bagaimana keadaan ini dirawat

25% hilang dgn sendirinya kerana ketumbit berasal di bawah kulit,menggunakan ubat titis sahaja,kadang2 tidak merawat ketumbit sepenuhnya.
Cubalah ini

Ambil tuala yg telah direndam dlm air panas(jgnlah terlalu panas supaya x akan membakarkan kulit) dan letakkannya atas ketumbit itu.Urutkannya dgntekanan yg ringan supaya kalenjar boleh melepaskan minyak.Ini boleh dilakukan empat kali sehari.Jikalau ketumbit ini x hilang atau terjadi balik,dptkan rawatan drpd pakar mata.Pakar mata kadang2 perlu melakukan pembedahan kecil dan anda akan diberikan ubat antibiotik dan ubat yg lain.





*abaikan aku punya tgn yg kasar tu,maklumlah kita nie dr kecik2 dah tlg arwah
ibu kat sawah padi waktu dulu2.......
Lagi satu ketumbit nie mata kita rasa gatal2kan sentiasa je tgn nie nak garu tp 
lepas garu tu pedihlah plk........







Isnin, 19 Disember 2011

Apam Polkadotku.....

Assalamualaikum..............

Hari nie nak upload gambar apam polkadot yg telah berjaya aku buat
2 minggu lepas.Ingatkan nak entry post minggu lepas tp dah
problem kat aku punya new post tu jadi terbantutlah jadinya.
Rasanya ramai yg dah pandai buat apam polkadot nie
dan aku rasa aku yg dah ketinggalan nak cuba buat.
Resepi nie aku ambik dr cik tom.com ,kredit to cik tom...


Bahan-bahan (50 biji papercup medium)

3 biji telur -dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum(aku guna tepung naik sendiri sbb tepung gandum aku dah habis)
220 gm gula halus
150 ml susu segar@ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-bluberry@strawberry@apa2 ikut citarasa(aku guna kaya)
pewarna


Cara - Cara
1.  Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dgn kelajuan maksima sehingga kembang
     dan manjadi putih.
2.  Slps tu baru campur bahan2 lain(masukkan susu,tepung dan ovelette, kemudian masukkan esen vanila)
     dan campur sehingga sebati.
3.  Bahagikan adunan kpd berapa bhgn,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4.  Masukkan setiap adunan berwarna ke dlm piping bag. 
5.  Picitkan adunan ke dlm mangkuk kertas(stgh/separuh shj.)
6.  Letakkan filling secukupnya(nak senang masukkan dlm plastik kemudian picitkan)
7.  Picit lg adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8.  Last sekali dot2kan dgn warna pilihan,kemudian kukus dgn api kecil/sederhana
     selama 10-15 minit atau sehingga masak.











Jumaat, 16 Disember 2011

New post aku ok......

Assalamualaikum.....

Semalam aku punya sheet utk new post ada problem......
semua button atas tu hilang sampai BW smlm pun 
rasa xde mood.Tapi nasib baik pas baca komen As aku pun
pagi nie google le cari camne nak buat jadi normal balik.
Jumpalah blog Yuna Una ada tutorial mengenai setting new post nie
dan kegunaan button yg ada dlm tu. Walaupun rasanya
nie x sama macam yg lama tp janji ada buton2 di atas tu
xlah rasa butakan ketika menaip entry.
TQ dik sebab settle problem akak.
Akak akan follow blog adik yea.....






Khamis, 15 Disember 2011

kenapa aku punya 'New Post' jadi camni?

Assalamualaikum.......
Hari nie ada mood nak update blog jadi gini pulak aku punya sheet utk new post.
xde ikon yg biasa di tgh2 atas tu nak centre ke,nak bold ke semua hilang,tekan
previeu atas pun sama x klr2 ikon tu,sign out dulu msk blk pun camni....
Ada x kawan2 di luar sana yg pernah camni......boleh bantu tak?



Rabu, 14 Disember 2011

Jumaat, 9 Disember 2011

Progress Minggu nie....

Balik minggu lepas rumahku dah siap semua plaster siling.
Tile pun dah 75% siap.
Minggu nie rasanya dah siap ikat batu botol(pagar terace)






Jom Makan Roti John

Assalamualaikum........
Ni cite hujung minggu lps baru nak msk blog........hehehe
Restoren Barkat Roti John nie rasanya kat area Malim kot,Melaka
(x pasti sebenarya) sedap roti john sini berasa dia punya daging dlmnya.
x rasa roti john yg biasa aku selalu beli kat sini atau kat rumah MIL.
Selain tu kita order ayam golek dan puyuh goreng berempah.



ayam golek gambar aku ambik x berapa cantik jadi google jelah.


*Si Tom dah blk 2 hari lps dgn keadaannya mata bengkak dan mamai2


Rabu, 7 Disember 2011

Tom gulik2,Kitty mengendap.

Assalamualaikum........

Hari nie dah seminggu Tom x blk rumah.
Rindunya dgnTom.....
Minggu lepas hari sabtu masa kitaorg nak blk kpg,
Kitty yg pegi klr x blk2,puas cari
semua tpt di area rumahku ini
memang x nampak.
Jadi kitaorg xleh nak tunggu coz nak blk kpg
jadi kitaorg tinggal ajelah dua2 ekor nie kat sini,
sambil lepaskan si Tom sekali agar Tom
nanti dpt carikan Kitty.
Blk sini pg isnin terus tgk kandang dan berharap
dua2 ekor tu ada dlmnya tp hampa si Kitty
je yg ada,Tom x nampak smpi saat nie
dia x blk lg.....
Biasanya Tom pandai blk klu pegi main kat luar.....
Nie yg aku risau takut ada apa2 jadi dgnnya.
Harap2lah Tom akan selamat dan kembali blk rumah.

Ni gambar aku ambik 2 minggu lps.
Aku tgh cabut rumput tepi rumah Si Tom
main gulik2 kat tepi aku atas rumput.
Si Kitty plk dlm rumah mengendap ikan yg dlm
aquarium.......

Tom....






Khamis, 1 Disember 2011

Malam2 pegi pool.....

Assalamualaikum......
Mlm tadi sempatlah bawa anak gi mandi kolam
kat pusat kejiranan dekat rumah ni je...
Hubby dah 3 mlm OS.
Seronok le anak2 sbb lama dah x kesempatan
bawa gi pool.Msk dlm kul 8 lbh sampai kul 10 mlm.
Aku yg duduk tepi kolam menunggu tu yg boring.
Apa2 aje asalkan anak gembira.





Hepi besday Izzyan......

Assalamualaikum........
Pejam celik pejam celik dah bulan Disember utk tahun 2011 nie.
Rasanya macam cepat je masa berlalukan!
Hari nie 1 Disember 2011 adalah
"hepi besday to Izzyan"
dah 3 tahun dah anakku yg paling kecik nie.
Semoga Izzyan pjg umur,murah rezeki dan sentiasa sihat
dan menjadi anak yg solehah dan diberkati
Allah SWT.amin....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...